Bab 4

241 8 1
                                    

"Ouchh!" aduh kami serantak.

Aku menggosok-gosok kepala ku yang tidak seberapa sakitnya kemudian memandang budak lelaki itu. Ketika aku melihatnya laju sahaja kedua-dua tanganku menekup mulut, bulat mata ku saat melihat kaca matanya. Alamak! Kaca mata dia! Ia dah retak!

  "Sorry² saya tak sengaja" ucapku menggelabah.

"Tak pe"balasnya perlahan sambil tersenyum. Sejurus itu dia terus menanggalkan kaca matanya. Aku terpana seketika. Sementara itu dia masih lagi tersenyum memandangku. Handsome gila dia ni! Desisku dalam hati.

"Eh.. Kenapa ni?" Celah Fisya sekaligus menyedarkan aku dari terus memandang budak lelaki itu.

"Ni, kepala aku terhantuk dengan muka dia then kaca mata dia retak" ujarku perlahan. Kemudian aku berdiri bersebelahan dengan Fisya. Rasa bersalah dalam hati mula menebal. "Ya Allah! Keras jugak kepala kau ni ek?" Ujar Fisya. Aku menjelingnya tajam. "Ehh. Heheh.. Aku gurau je" ujar Fisya lagi sambil tersengih. Kecut perutnya apabila menerima jelingan tajam dari ku. Hisyh.. Karang aku ketuk jugak kepala budak ni. Getusku dalam hati. Aku kemudian kembali memandang budak lelaki itu yang kini sedang sibuk membelek-belek kaca matanya yang retak. 

Wahh.. Dari pandangan aku dia memang kacak tanpa memakai kaca mata. Tiada kecacatan yang kelihatan, wajahnya juga halus dan langsung tidak menampakkan sebutir jerawat bahkan tiada kesan jerawat yang pernah bertandang di pipinya. Cuma, penampilannya yang agak skemah menjadi batas atas kelebihan yang dia miliki. Kenapa dia tidak perasan akan semua ini? Atau penampilan itu tidak penting baginya? Ishh.. Apa yang aku merepek ni??

"Err.. Macam mana dengan kaca mata awak?" Soalku perlahan. Biar pun aku tahu hakikatnya kaca matanya telah retak olehku. Perasaan bersalah mula menyelubungi diri.

"Sikit je ni. Tak pe, saya masih ada satu lagi spare dekat rumah"

Aku mengangguk perlahan. Hati ku berasa sedikit lega tetapi tetap sahaja aku rasa bersalah kerana kejadian tadi.

"Kalau macam tu aku blah dulu la. Terasa macam tunggul pulak berdiri lama-lama dekat sini." Suara Fisya menyedarkan aku bahawa dia masih lagi berdiri di sebelahku. "Haa.. Elok sangat la tu. Mengganngu je kerja kau" Ujar ku. "Aik?? Menghalau nampak? Opps.. Sorry ganggu korang dating ke?" usik Fisya sambil menekup mulutnya menggunakan sebelah tangannya. Aku menjegilkan mataku lantas mencubit pinggangnya. "Ouchh! Sakit la mak cik!" Aduhnya sambil berlalu pergi. Takut la tu. Sementara itu aku tersenyum puas. Hah tu lah! Kan dah kena! Desisku dalam hati.

Budak lelaki yang sedari tadi berdiri di depan kami hanya memerhati gelagat aku dan Fisya. Dia lantas berdehem menyedarkan aku dari terus melayan perasaan geramku terhadap Fisya. Aku terus menoleh ke arahnya.

"Boleh saya ambil buku saya balik" ucapnya."Ohh.. Sorry. Saya geram sangat tadi". Bukunya aku hulur dengan kadar segera.

Dia tertawa kecil. "Fisya memang macam tu. Suka sangat bergurau". Ujarnya seperti sudah arif sangat dengan perangai Fisya." Ohh.. by the way saya tak tahu pun lagi nama awak. Nama awak apa eh?" Soalku ingin tahu.

"Nama saya Aiman Hazwan Aniq. Panggil Aiman je" jawabnya.

Aku sekadar mengangguk. Setelah itu kami hanya berbual kosong dan terus beredar ke tempat masing-masing. Setelah aku melabuhkan punggungku cepat sahaja siku Fisya menyiku aku. "Apa?" Soalku tanpa memandangnya sambil menyelak permukaan buku yang baru sahaja aku keluarkan. "Korang sembang apa tadi?" Soalnya ingin tahu. "Borak kosong je.. Kenapa?" Soalku semula. "Tak de la.. Tadi aku tengok kau pandang dia lain macam je" aku mengerutkan dahi dan terus memandangnya.

"Lain macam?"

"Ye la. Tadi masa dia tengah sibuk belek-belek kaca mata dia kau tenung dia lama-lama. Lepas tu boleh pulak mulut kau ternga-nga sekejap" Terang Fisya sambil ketawa berdekah-dekah saat mengingati riak wajahku ketika itu. Seriously! Aku langsung tak sedar apa yang aku buat time tu. Aku melihat Fisya yang masih lagi dengan sisa tawanya. Aku hanya mencebik. Tidak mungkin aku cakap dengan dia yang Aiman tu handsome bila dia tanggalkan kaca mata dia. Huh! Cari penyakit ke apa?!

Aku bermonolog dalam hati. Aku memilih untuk mendiamkan diri daripada bersuara. Tidak mahu mendengar sebarang ayat yang bakal keluar dari mulut Fisya. Tidak sanggup rasanya aku mendengar ayat-ayat yang bakal di ucapnya nanti. Mungkin ini yang terbaik? Ya, ini adalah yang terbaik! Gumamku dalam hati. Tapi sangkaan ku meleset. Dia tidak hanya berhenti di situ.

"Kau suka dia eh?" Duganya sambil tersenyum.

Sungguh tidak aku sangka soalan itu bakal keluar dari mulut mungilnya.

"Sampai macam tu sekali kau fikir?" Soalku tidak percaya. Ya, aku akui dia memang handsome! D

ia mempunyai tarikan yang orang lain tidak nampak kerana penampilannya, tapi tidak bermakna aku menyukai dia. Tarikan tersembunyinya juga tidak mampu menarik perhatianku. Sebelum ini tidak ada seorang pun yang mampu menarik perhatianku. Aku tidak tahu mengapa. Bukan aku tidak pernah bercinta. Pernah! Tetapi bercinta melalui jarak jauh! Melalui laman sosial. Itu pun tidak bertahan lama kerana aku tidak tahan dengan ragam mereka.

"Ye la.. Yang kau tenung dia lama-lama tu buat apa?"

"Aik?? Tak boleh ke? Atau kau jealous??" Usikku. Aku tersenyum sinis. Asyik dia je yang kenakan aku! Mana boleh! Fisya mencebik.

"Tolong sikit eh! He is not my type!" Bidasnya.

Aku tertawa kecil. Waktu sesi pembelajaran semakin hampir. Aku mengerling ke arah Aiman yang sedang sibuk menyediakan barang keperluan untuk belajar. Mataku tertumpu kepada meja yang ada di sebelahnya. Ia kosong.

"Fisya!" Seruku.

"Ya" sahutnya tanpa menoleh ke arahku.

"Tu kat sebelah Aiman tu memang tak de orang ke?" Tanyaku. Fisya menoleh ke arah Aiman, kemudian memandangku.

"Tak kot. Sebab selalunya time² macam ni dia mesti dah sampai" ujarnya dan kembali membuat kerjanya. Aku mengangguk perlahan.

"Fisya" panggilku lagi. Dia menoleh dengan pandangan 'kenapa?'

"Kalau aku duduk kat sebelah Aiman untuk sementara waktu ni kau tak kisah kan?" Sejurus itu dia lantas menoleh memandang Aiman yang kadang kala menggosok kelopak matanya dan kadang kala mengecilkan matanya akibat tidak nampak. Fisya tertawa kecil tatkala melihat gelagat Aiman yang terkebil-kebil melihat papan putih di depan. Dia kemudian memandangku dan mengangguk memberi kebenaran kepadaku.

"Thanks! Jumpa rehat nanti" ucapku dan terus barlalu pergi.

..................................................................................

Aiman P.O.V

Aduhh.. Mana pulak si Haziq ni?? Takkan la tak hadir kot? Tempat duduk pun jauh. Macam mana aku nak nampak apa yang Cikgu tulis nanti? Ahh! Sudah! Getus hatiku.  Sedang aku sibuk membebel dalam hati, tiba-tiba datang seorang perempuan duduk di sebelah ku. Lisa?

"Hai!" Ucapnya.

Aku memandangnya pelik namun tetap membalas. "Kenapa awak pandang saya macam tu?" Soalnya hairan.

"Tak, tak de apa-apa. Kenapa aw..." Belum sempat aku menghabis ayatku dia terlebih dahulu memotong ayatku.

"Sebab saya nak dating dengan awak!" Usiknya sambil menahan tawa. Bergurau pulak dah dia ni. Aku hanya terdiam. Pipiku mula merona merah.

"Heii bertenanglah! Saya duduk sebelah awak sebab saya akan jadi mata awak untuk hari ni. Memandangkan kaca mata awak retak di sebabkan saya and saya rasa bersalah sangat jadi saya decided akan berkhidmat untuk awak hari ni" ujarnya sambil tabik menghadapku. Aku tergelak kecil melihat gelagatnya. Comel! Nasib baiklah rabun jauh kalau rabun dekat memang tak nampak lah kecomelan Lisa ni. Pujiku dalam hati. Aku sekadar tersenyum dalam hati.

...................................................................................

Bosan?? Sorry.. :(


Budak Nerd Tu Boyfriend Aku!Where stories live. Discover now