Bab 12

122 6 0
                                    

LISA P.O.V

Entah apa-apa lah yang tengah dibualkan tu. Sibuk sangat sampaikan Cikgu bercakap dekat depan pun mereka bua tak tahu  je.

       Aku menggeleng kepala lalu menyalin semula apa yang Cikgu tulis di papan putih.

    Daripada perbualan kecil kini beralih menjadi sorakan gedik. Semua mata mendang ke arah mereka. Kecuali aku. Malas nak ambil tahu.

Macam mana aku boleh tahu semua mata tertumpu ke arah mereka? Kalau suara dah nyaring sangat mustahil orang tak tengok, betul tak?

Tak ada feadahnya kalau tengok dia orang aje. Buang masa!

"Okey, Cikgu tengok slide show kamu ni bagus,  tak ada apa-apa masalah. Point pun menepati tema. Erm.. cuma satu je Cikgu nak tegur, latar belakang ni tak sesuai. So lepas balik dari sekolah nanti Cikgu nak kamu tukar warna latar belakang ni." Kata Cikgu Arif selaku Guru Bahasa Melayu yang mengajar di kelas kami.

"Baiklah. Er , esok turn siapa pulak presentation Cikgu? " Soalku selepas mengangguk. Pendrive yang berada di tangan Cikgu Arif kini beralih di
tanganku.

"Memandangkan slide show kamu dah siap, besok kamu boleh present."
Jawab Cikgu Arif sambil menulis sesuatu pada kertasnya.

"Okey set, terima kasih Cikgu!"  Kataku setelah mencatat perkara yang aku perlu buat esok pada diariku.  Setelah itu, aku bergegas keluar dari bilik guru.

Diariku aku masuk ke dalam poket baju kurung sekolahku. Langkahku laju menuju ke arah kantin. Aku semakin kesuntukan masa, masa rehat hanya berbaki 10 minit sahaja lagi. 

Kenapa banyak sangat orang dekat koridor ni? Semuanya perempuan! Sesaklah.Susahlah nak pergi kantin kalau macam ni. Aku bermonolog dalam hati.

Bedebuk! Sebiji macam buah nangka jatuh da!

Entah siapa pulaklah yang aku terlanggar kali ni. Ah! Peduli apa aku. Yang penting aku minta maaf dan kantin. Eh,  eh maksud aku terus pergi kantin. Lapar!

Aku terus bangun lalu mengibas bajuku yang terkena kotoran tadi sambil meminta maaf tanpa melihatnya,beberapa saat kemudian aku terus berlalu ke kantin. Agak biadap kan? Cara minta maaf tu tak ikhlas langsung. Lepas tu pergi macam tu aje. Parah kau ni Lisa.

"Sorry lambat" Ucapku setelah mengambil tempat duduk di sebelah Fisya.

"Tak pe" Sahut Aiman setelah menutup bukunya.

"Nah, kita orang dah makan. Nak tunggu kau tadi, tapi si Haziq ni dah kebulur sangat. Jadi kita orang makanlah dulu."

"Aku pulak yang kena? Entah siapalah tadi yang kebulur sangat nak makan. Siap tambah dua bungkus nasi lemak pulak tu." Balas Haziq sambil menjulingkan matanya ke atas.

"Eh, tolong sikit eh? Kau pun tambah dua bungkus okey. Bukan aku je!"Balas Fisya tidak mahu kalah.

"Finally, mengaku jugak kau eh?" Haziq tersenyum sinis sambil menaikkan sebelah keningnya.

Fisya mendengus geram lalu bertindak memijak kaki Haziq yang berada betul-betul di depannya.

Aku dan Aiman sekadar terkekeh tertawa saat melihat Fisya dan Haziq berdebat mempertahankan diri masing-masing. Entah siapa yang betul aku pun tak tahu.

Aku mula mengisi perutku yang sedari tadi minta diisi.

Kenapa aku rasa macam, macam sedang diperhatikan je? Ke, cuma perasaan aku je? Entahlah.

"Ah! Kau diam! Eh, aku menyampah betullah dengan mamat poyo macam kau ni!" Suara lantang Fisya mengejutkan aku.

Uhukk uhukk!

Budak Nerd Tu Boyfriend Aku!Where stories live. Discover now