Bab 9

182 6 0
                                    

"Kenapa tak lawan balik?" Soalku

Tanganku ligat menyapu ubat pada pipi sebelah kanan Aijman. Kami kini berada di bilik rawatan sekolah. Dah dia tak nak pergi klinik, nak buat macam mana kan. Hmm.. Lagi pun lebam je, taklah teruk sangat. Rasanya lah. Heheh..

"Aww ahh" Aiman mengadu kesakitan.

"Opps, sorry,sorry!" Ucapku menggelabah.

Aku segara meletakkan semula kapas yang aku gunakan untuk merawat lebam pada pipinya ke dalam bekas. Tanganku ligat mengipas-ngipas dan meniup mukanya yang lebam. Boleh hilang ke sakit tu dengan cara yang aku buat ni? Ah..

"Eh.. Tak pe" ujarnya perlahan, terkejut dengan dengan tindakan drastik ku. Aiman mula menjarakkan sedikit dirinya dariku. Dia tertunduk malu, mukanya juga kelihatan kemerah-merahan.

How cute!

"Tak reti" ucapnya perlahan antara dengar dan tidak dengar.

"Excuse me?"

"Err.. Tak ada apa-apa. Erm, saya erm, I.. I, I have to go" ujarnya tergagap-gagap. Huh? Gagap pulak dah. Aiman lantas mencapai dan menyandang begnya pada bahu sebelah kanannya. Baru beberapa langkah Aiman berjalan. Dia berhenti betul-betul di sebelah pintu, lantas menoleh.

AIMAN P.O.V

"Excuse me?" Soalnya, mungkin tidak mendengar suaraku yang perlahan. Aduh! Dahlah jantung ni dari tadi asyik dup dap dup dap je. Aku tak kira, aku kena balik sekarang jugak. Nanti menggelabah tak tentu pasal buat malu aku aje.

"Err.. Tak ada apa-apa. Erm, saya erm.. I-I.. I have to go" ujarku sambil tergagap. Kan aku dah kata.

Aku terus mencapai dan menyandang begku pada bahu kananku. Biar nampak 'macho' sikit. Budak nerd nampak 'macho'?, hahah.. Pelik je bunyinya.

Aku terus bangun dan menapak keluar. Tapi takkan lah nak tinggalkan dia seorang je? Terima kasih pun tak ada. Haisy tak tahu di untung betul, dahlah tadi dia tolong kau. Dua kali pulak tu. Serta-merta aku berhenti di sebelah pintu. Aku lantas menoleh ke belakang.

"Erm, by the way. Thanks sebab tolong rawatkan luka saya and thanks sebab selamatkan  saya" Ucapku perlahan sambil menggosok-gosok belakang leherku dan tersenyum. Lisa hanya membalas dengan senyum manis.

Dup dap! dup dap! dup dap!

Aku tertunduk tatkala melihat senyuman Lisa. Melting!

Dia mula lagi pulak dah. Tak, tak, tak. Tolonglah jangan buat hal time-time macam ni. Wahai jantung pisangku, aku tak kisahlah kau nak meletup ke, nak main drum ke. Tapi, tolonglah jangan, janganlah buat hal dekat sini. Nanti lagi teruk menggelabah tak tentu pasal aku ni. Aku lantas memusingkan badanku mengikut arah jam dan..

"Aduh, aww" aku mengerang kesakitan sejurus jatuh kerana terlanggar dinding. Lisa segara menghampiriku.

"Eh, okey tak ni?" Soalnya cemas.

"Okey, saya okey" jawabku perlahan, menahan sakit sekaligus menahan malu. Aduii, malunya. MummyJerit hati kecilku. Serupa anak manja.

Aku lantas bangun dan dibantu oleh Lisa.

"Are you sure?"  Soalnya terselit nada risau.

Budak Nerd Tu Boyfriend Aku!Where stories live. Discover now