Bab 13

115 5 0
                                    

"This is the mail box for the..." Sekali lagi Elena memutuskan talian yang balas oleh wanita yang berbahasa inggeris itu.

Sejak kejadian itu, dia langsung tidak dapat menghubungi Haikal. Di sekolah pula Haikal langsung tidak kelihatan. Puas dicarinya merata tempat ternyata usahanya sia-sia.

"Macam mana, dapat tak?" Soal Amni lalu menyisip air buatannya.

"Tak."

"Ni, kau dah try tanya Kimi tak?" Soalnya lagi.

"Dah, dia tak nak bagi tahu. Am, tolonglah aku cari Haikal.  I still love him, please help me!" Rayu Elena lalu mendekati Amni.

Amni mengeluh perlahan. Gelas yang dipegangnya diletakkan di atas meja.

"Sorry El. Aku bukannya tak nak tolong kau. Aku sendiri pun tak tahu dia ada dekat mana sekarang, kau try lah tanya kawan dia yang lain pulak." Kata Amni. Tangan Elena digenggam erat manakala tangannya yang satu lagi mengusap lembut belakang Elena.

Maafkan aku El, aku tak dapat tolong kau. Aku harap kau sedar mana silap kau. Detik Amni dalam hati.
Terdetik rasa bersalah terhadap Elena.
Kimi yang memintanya agar tidak memberitahu di mana keberadaan Haikal sekarang. Memandangkan Amni adalah kekasih Kimi, dia terpaksa menuruti kata-kata Kimi agar tidak berlaku perselisihan antara mereka berdua.

................................

"PAK Mat, parking kat tepi ni kejap." Arah Fisya sebaik sahaja terlihat kelibat seseorang.

Aiman dengan siapa tu? Tak pernah nampak pun dia sebelum ni.

"Eh, itu bukan ke Aiman dengan sepupu dia si Haikal?"

Fisya memendang Pak Mat dengan pandangan pelik.

"Pak Mat kenal ke budak tu?" Soal Fisya dengan kerutan di dahi.

"Lah, kamu dah lupa ke dengan si Haikal tu. Cuba ingat balik" Kata Pak Mat sambil menyuruh Fisya mengingat kembali budak lelaki yang sedang bersama Aiman itu.

Fisya cuba untuk mengingati budak lelaki yang berada disebelah Aiman yang sedang leka bermain dengan Smartphonenya. Sampai bertaut kening Fisya dibuatnya.

"Alah Pak Mat ni, nak main teka teki pulak. Manalah Fisya tahu siapa budak tu. Tak pernah nampak kot dia sebelum ni." Katanya kemudian memuncungkan bibir.

Pak Mat yang melihat perbuatan Fisya lantas menggelengkan kepalanya.

Ada-ada sahajalah gaya budak-budak zaman sekarang ni. Pak Mat bermonolog dalam hati.

"Haih, takkan dah lupa kot budak yang selalu usik Fisya masa kecik-kecik dulu."

"Usik eh? Hmm..." Soal Fisya. Dagunya digosok perlahan menandakan yang dia sedang berfikir.

12 Tahun kebelakang......

"Ma, cepat sikit ma! Haikal dah tak sabar dah ni!" Ujar anak kecil itu agar menyudahkan make-up yang disentuh oleh mamanya ke wajah Haikal.

Wajahnya yang tadi segar dan bersih kini bertukar menjadi pucat lesi serta banyak parut dan luka buatan.

"Kejaplah. Tinggal sikit lagi ni." Kata Puan Mira sambil menyiapkan kerja akhirnya.

"Okey, siap!"

"Yeah!" Sorak Haikal dengan penuh keriangan. Haikal segera mencapai cermin yang berada di atas meja untuk melihat wajahnya.

"Wah nampak macam real lah! Pandai mama buat" Puji Haikal dengan penuh kagum. Puan Mira sekadar tersenyum saat melihat anak kesayangan itu gembira.  Permintaan Haikal yang meminta Puan Mira untuk me'make-up'kan wajahnya seperti hantu itu diturutnya juga walaupun pada awalnya dia tidak bersetuju dengan permintaan Haikal.

Budak Nerd Tu Boyfriend Aku!Where stories live. Discover now