Pagi itu sebelum berangkat ke sekolah minjae sempat menemani appa nya ke tempat kerja. Katanya nak tolong kerana waktu masih awal pagi
" haih kamu ni tak perlu la nanti kotor baju tu nanti "
Halang encik song apabila penyapu ditangannya dirampas minjae. Selain menjadi pemandu peribadi, encik song juga bekerja sebagai pembersih di sebuah syarikat.
Kerja itu juga turut ada kaitan dengan majikannya. Demi mencari wang lebih dia bekerja separuh masa jadi cleaner
" takkan hehe "
Kata minjae tersenyum manis. Encik song mengeleng lantas tersenyum melihat kelakuan anak perempuan tunggalnya
Perangai macam arwah isterinya. Baik hati, suka tolong orang , senang buat kerja dan banyak lagi la
-
Melihat jam sudah masuk pukul 8:10 minit minjae dengan sekuat tenaga berlari menuju ke sekolah
Khsyuk bantu appa sampai lupa dengan sekolah. Dah la pelajar baru tapi dah datang lewat
Huh huh huh huh
Nafas dihembus lelah setelah sampai di pagar sekolah. Nasib la sempat kalau tak memang kena denda dah
" ada 3minit lagi nasib kau cepat "
Kata hyunjin selaku pengawas untuk mencatat murid lewat
Minjae tersengeh sambil mengusap belakang tengkuknya. Kalau dia lambat habis la
Melihat jam sudah pukul 8:13 minjae meminta diri untuk pergi. Dalam perjalan dia masuk kedalam bangunan sekolah kereta mewah bewarna hitam melintasi nya
Minjae dengan mulut ternganga memuji orang didalam kereta itu. Tak dapat naik dapat tengok pun jadi lah
MINJAE POV
" Eoh minjae! "
Aku yang baru saja melempasi kereta hitam itu ditegur seseorang dari belakang. Dengan muka blur aku menoleh
Melihat insan yang memanggil aku tersenyum lebar menyapanya namun senyuman ku mati apabila melihat jaemin keluar dari kereta itu
" jaemin? "
Omel ku bingung. Mata kami bertembung
Jeno juga turut ada dan baru keluar dari kereta. Melihat jaemin dan jeno sudah hampir pada ku dengan cepat aku memandang kearah lain lantas berlari kearah appa
" appa kenal ke dia tu? "
Tanya ku mengerling jaemin yang sudah masuk kedalam bangunan sekolah
" dia anak majikan appa, hari ni driver dia sakit jadi appa yang hantar dia dan kawan dia kesekolah "
Jelas appa padaku.
Jadi selama ni appa bekerja dengan appa jaemin la..wahhh kecil betul dunia ni
" ouh, appa minjae masuk dulu sudah lewat ni. Appa hati-hati ya! " ucapku lalu memberi ciuman dipipi appa
aku melambaikan tangan kearah appa sebelum aku menjejaki kaki kedalam gedung sekolah
.
REHAT
" wei kau dengan si mark tu ada apa-apa ke? "
Soal Sohyun membuka perbualan mereka sebaik saja duduk di meja makan
" mark? Anak Lee tu ke? HAHAHAAH ew memang tak la "
Jawap wei ketawa hambar
Bukan nak kata apa la tapi masuk 3 hari bersekolah kat sini dia selalu perasan yang mark asyik ii pandang kearah mereka
Nak kata pandang haein memang tak la sebab dia tu memang anti dengan namja tapi kalau minjae lagi la tak..sebab dia tak peramah macam yang lain dan lebih suka menyemdiri dari berkumpul macam ni
Sohyun heran. Dia memandang kelima rakannya yang lain silih ganti. Susah betul nak taksir muka dorang ni...berlakon no satu
" apa pandang aku? "
Tegur minjae menjeling sohyun yang memandangnya lama
" kau....mencurigakan "
Kata sohyun mengecilkan matanya cuba mengetahui rauk wajah rakannya
" mengarut, dia nak pandang aku. Kau kalau berkenan cakap biar aku yang tolong taken kan. Syak orang je tahu haih "
Omel minjae mengeleng kan kepalanya. Mereka yang lain ketawa melihat lagak minjae dan sohyun.
Sohyun bila minjae dah buka mulut auto senyap.
Dahtu suka sangat syak orang mana tak kenal marah. Dah kalau diri nak cakap jelah ni duk syak orang sana sini
KRINGGGG
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat. Pelajar pelajar mula masuk kedalam kelas masing-masing
" nanti tolong edarkan nota sains aku ada hal "
Kata Seungmin terus berlari keluar dari kelas. Mahu tak mahu minjae menuruti saja
Dengan bantuan chae. Nota diedar kesetiap pelajar namun bila saja giliran untuk diedarkan dimeja jaemin dan yang lain..minjae memutuskan untuk berikan pada chae saja
Namun dia lambat. Renjun dengan lantang memanggilnya
" kitorang kau nak buang kat mana huh "
Kata renjun memandang minjae dengan pandangan sinis
Nak panggil chae belum tentu perempuan tu dengar. Dengan paksa rela minjae perlahan-lahan mengangkat langkah kearah mereka berlima
Helain nota diberi pada mereka namun bila saja tiba pada jaemin...kertas diberi namun dia tidak mengambil malah memandang minjae dengan kosong
Minjae malas mahu bertengkar dengan geram dia meletakkan kertas itu atas meja namun hal yang dilakukan jaemin membuat nya sedikit terkejut
" Oppss jatuh boleh tolong ambilkan? "
Kata jaemin sebaik saja ia menolak kertas itu jatuh kelantai. Minjae menahan segala perasaannya lalu dengan tenang dia menunduk mengambil kertas itu
Tetapi bila saja dia ingin mengambil kertas itu jaemin dengan selamba memijak kertas itu
Dengan kelakuan jaemin..perasaan bercampur baur sekarang. Nak saja dia tumbuk tapi bila ingin buat fikirannya mula memikirkan tentang encik song sebagai pembantu dirumah jaemin
" tolong jauhkan diri dari keluarga aku. Arraseo? "
Bisik jaemin dengan nada dingin. Kakinya yang memijak kertas itu terus diangkat lalu diambil sendiri kertas yang dia jatuhkan
Minjae bangun lantas tersenyum kecil sebelum pergi melangkah pergi
Melihat minjae yang sudah pergi jaemin tersenyum sinis. Tidak tahu mengapa tapi bila dia melihat perempuan hatinya betul-betul panas
YOU ARE READING
[ √ ] Her • NCT DREAM
Fanfiction" Terima kasih kerana telah hadir dalam hidup aku. Terima kasih kerana kau telah menerangi hidup aku. Terima kasih sebab kau,aku menjadi anak harapan appa omma aku. Terima kasih dah buat aku jatuh cinta dengan kau dan terima kasih untuk cinta yang t...