34

96 9 0
                                    


Tatapan penuh kasih sayang dipandang jaemin pada minjae yang sudah ketiduran selepas diberi ubat tidur oleh doktor. Jangka masa untuk dia sedar semula mengambil masa dalam 2 atau 3 hari

Jaemin tidak mengantuk memikirkan apa yang dikatakan hanmin petang tadi. Mungkin dia patut mula berjaga-jaga dan sentiasa berwaspada dengan keadaan sekarang

Hanmin akan lakukan apa sahaja untuk dapatkan apa yang dia mahukan

" haihh mana hyunjin ni...aku nak kencing ni " Detik hati jaemin lantas mendail no fon hyunjin

Panggilannya tidak diangkat sama sekali. Disebabkan tidak lagi tahan dia memutuskan untuk pergi juga

Namun hatinya sudah mula tidak enak setelah sampai di muka pintu. Dua bodyguard yang berjaga di luar diarahkan agar tidak membenarkan sesiapa masuk termasuk doktor atau nurse sekali pun

.

Troli besi berisi ubat ubatan ditolak hingga sampai ke wad yang diduduki pesakit bernama minjae.

" maaf Tuan Muda tidak benarkan sesiapa masuk termasuk nurse dan doktor " kata bodyguard menghalang pintu dari dimasuki nurse itu

Kedua mereka berdiri tegap menjaga pintu

" saya diarahkan memberi ubat kepada pesakit jadi sila ketepi kamu berdua menghalang kerja saya " ujar nya memandang kedua lelaki berbadan sasa itu silih ganti

Kedua lelaki itu memandang sesama sendiri sebelum mereka membenarkan nurse itu masuk

Troli besi ditolak masuk kedalam wad tanpa ragu. Pintu wad ditutup rapat

Tik Tik Tik

Bunyi mesin nadi ditutup oleh hanmin. Jarun dikeluarkan lalu disuntik kedalam air yang mengalir dalam badan minjae

Selesai sahaja perbuatannya hanmin mencabut jarun yang ditangan minjae apabila cecair itu sudah masuk kedalam tubuh minjae

Kelihatan wajah minjae mula pucat dan keseluruhan badan minjae menjadi kebiruan kesan dari cecair yang diberinya

Hanmin menolak troli itu semula lalu beredar keluar dari wad dan sempat dia bertembung dengan jaemin dilorong. Dengan pantas hanmin berlari meninggalkan tempat itu

" apasal ni macam nampak hantu je "
Detik jaemin memandang nurse yang sudah hilang dari pandangannya

Jaemin mengurut dadanya tidak tenang lalu terus dia berlari ke wad dengan cepat

Sesampai sahaja dalam wad jaemin terkejut melihat orang ramai berkumpul didalam. Tanpa berfikir apa-apa jaemin merempuh masuk kedalam wad. Tujuan pertamanya adalah minjae

" SEDIAKAN ALAT CEPAT! " laung doktor pada nurse

" apa jadi ni!? " tanya jaemin memegang kolar doktor itu kemas. Doktor itu hanya memandang jaemin sekilas lalu menekan dada minjae

Jaemin bingung. Baru sekejap dia pergi tandas terus jadi macam ni

OH GUARD!

Jaemin mendapatkan bodyguard yang turut sama didalam wad. Ditumbuk seorang dengan marah

" apa jadi!? "

Pekit jaemin memegang kolar baju lelaki itu kuat. Lelaki itu lantas mengeleng tidak tahu

Selepas nurse itu memberi ubat dan pergi tiba-tiba saja minjae bergetar seluruh tubuh badan. Badan wanita itu kebiruan dan wajahnya memucat

Jaemin cemas dan pada malam itu dia tetap disamping minjae hingga satu saat doktor memberitahu jantung minjae sudah berhenti berdegup dan nadinya juga sudah tiada lagi. Jaemin terkejut tidak percaya apa yang dia dengari

Air mata lelakinya turun membasahi pipi. Mayat minjae dipeluk lama sebelum dibawa kebilik mayat dan dibedah siasat

[ √ ] Her • NCT DREAMWhere stories live. Discover now