SEBULAN KEMUDIANSetelah sebulan berlalu, kesemua pelajar yang menduduki peperiksaan hampir tidak sabar menunggu keputusan yang akan keluar. Hari yang ditunggu-tunggu masih tinggal 10hari sahaja lagi dan keputusan akan keluar
" kalau minjae ada mesti best ni "
Ujar wei dengan bibir termuncung. Sebulan kematian encik song iaitu ayah kepada minjae, gadis itu jarang datang ke sekolah. Bila ditanya kata tak sihat
" hmm sekarang pun kalau datang dia menyendiri je "
Celah sohyun. Kesemua mereka mengangguk setuju. Dalam mereka bermasam muka dan melayang perasaan masing-masing tiba ii haechan renjun jeno mark jaemin datang menyapa
" petang ni kami nak ke rumah minjae. Korang nak join tak "
Tanya Haechan. Kelima wanita itu menoleh serentak lantas mengangguk tanpa ragu
" arh btw jaemin kau kan selalu pergi rumah minjae urhm dia ada beritahu apa-apa ke? Maksud aku macam dia sakit ke ha macam tu "
Soal chae memandang jaemin. Jaemin dia seketika sebelum membalas
" tak boleh nak kata apa sebab dah 4hari aku tak pergi jadi aku tak tahu "
Jawap jaemin. Chae mengangguk lantas melepaskan keluhan berat. Apa yang kata jaemin itu termasuk dirinya sendiri. Sejak kebelakangan ni mereka sebagai pelajar sibuk jadi tiada masa untuk lari dari kerja rumah. Mereka pulang saja sudah lewat malam kerana hadir kelas tambahan
Harap minjae tahu la yang kerja sekolah melambak sekarang
-
Petang itu seperti yang dikatakan mereka semua datang kerumah minjae tepat pada masanya. Namun apa yang menyambut mereka hanya pintu dikunci dan juga pagar turut dikunci seolah-olah tiada penghuni didalam
Panggilan demi panggilan memanggil minjae namun tiada sahutan sehingga renjun jeno jaemin haechan dan mark memanjat pagar untuk mengetuk pintu rumah
Namun hampa masih tiada sahutan. Jendela juga ditutup dengan kain langsir dan tidak kelihatan apa yang didalam
" aku rasa dia takde kat rumah la "
Kata Renjun mengintai intai disebalik jendela yang kain langsir nya sedikit terselak
Jeno memberi isyarat pada chae haejomg sohyun wei dan haein yang tiada orang didalam rumah. Kelihatan wajah kelima sahabat itu pasrah
" aku call tak angkat dia matikan fon "
Ujar jaemin lalu memasukkan fonnya kedalam poket seluar. Lihat dari wajahnya jelas kelihatan jaemin betul ii risau akan keadaan minjae. Dimana dan apa dia sedang buat
Namun apabila mereka sudah memanjat semula pagar untuk keluar tiba-tiba satu kereta parkin disitu. Terkejut melihat gerangan yang keluar
" MINJAE A ! "
Jerit chae wei haejong haein dan sohyun lalu dengan laju memeluk minjae. Kehadiran minjae dihadapan mereka memang menyenangkan namun kehadiran seorang lelaki disamping minjae membuat mereka semua hairan. Siapa lelaki tu tidak pernah ii nampak
" babe jom "
Celah lelaki tinggi berbaju hitam itu.
Lihat gaya memang tak pernah nampak lelaki ni. Bukan juga student sekolah mereka
" er korang aku masuk dulu "
Pamit minjae mengukirkan segaris senyuman pada rakannya. Mereka mengangguk dan lelaki itu atau lebih dikenali sebagai hyunjin memeluk bahu minjae lantas melangkah masuk kedalam rumah
Melihat tangan hyunjin memeluk bahu minjae itu membuat hati jaemin sedikit sakit. Melihat cara mereka jaemin mula memikirkan yang mereka berdua ialah sepasang kekasih
" buang masa aku je "
Kata jaemin dengan wajah dingin. Dengan satu jelingan kepada hyunjin yang sudah masuk kedalam rumah jaemin melangkah pergi masuk kedalam kereta
Dengan geram dia menekan hon kereta agar renjun haechan mark dan jeno datang. Dengan tergopah-gopah mereka berempat berlari ke kereta
Dengan cepat kereta milik jaemin dipandu beredar dari perumahan itu.
.
" macam mana? Dah okey? "
Tanya hyunjin sambil membawa air suam dari dapur untuk minjae. Plastik ubat diatas meja diambil minjae dan satu persatu dibuka
" haah "
Balas minjae lalu memasukkan beberapa biji ubat kedalam mulut. Air diminum dengan gelojoh
" kalau aku tak datang tak tahu la apa jadi dekat kau ni "
Kata hyunjin mengeleng gelengkan kepalanya. Minjae tersenyum malu
" gomawo sebab kau masihhhhhh ingat aku walaupun dah lama kita tak
Berkomunikasi "Ujar minjae diiringi tawa halus. Hyunjin yang mendengarnya mula membuat memek muka
P/s bayangkan je rambut hyunjin warna hitam heuheu
Minjae yang melihatnya langsung ketawa besar
" HELLO cik adik! Aku masih ingat jalan pulang kau tu! Eeeeeh dah pindah no fon pun tak bagi "
Kata hyunjin diakhiri dengan jelingan nya untuk minjae. Setelah itu dia juga turut ketawa melihat minjae ketawa
" tak payah la buat muka macam tu hahahha huh huh semput aku "
Ujar minjae dengan sisa tawanya yang masih ada. Sia ii je hensem tapi muka tu kalau nak menganjing memang no1
.
YOU ARE READING
[ √ ] Her • NCT DREAM
Fanfic" Terima kasih kerana telah hadir dalam hidup aku. Terima kasih kerana kau telah menerangi hidup aku. Terima kasih sebab kau,aku menjadi anak harapan appa omma aku. Terima kasih dah buat aku jatuh cinta dengan kau dan terima kasih untuk cinta yang t...