Sejak sedarnya minjae dari tidur panjang jaemin banyak menghabiskan masa bersama gadis itu. Encik Na dan Puan Na juga turut menyertai mereka berdua. Bila diberitahu minjae sudah sedar hyunjin bergegas ke seoul untuk melepaskan rindunya pada sang gadis.Tak hanya hyunjin saja rakan ii nya yang diluar kota turut pulang melihat sahabat mereka
" Aku rindu kau! "
Kata Wei haein sohnyun haejong dan chae. Mereka saling berpelukan melepaskan rindu yang terpendam
" Aaaa aku pun rindu kau! "
Haechan yang ingin memeluk minjae terus dihalang jaemin dan renjun. Pandangan maut diberikan mereka pada haechan
" gurau je! Ish susah betul nak dekat dengan minjae "
Kata haechan merajuk lalu dengan protes dia kearah mark. Dipeluk mark sebagai ganti minjae
Renjun dan jaemin ketawa lucu. Bukan taknak bagi kan patah tulang minjae kena peluk dengan haechan. Kalau haechan dapat peluk memang jeno mark join sekali la
" kau suka dia lagi ke jun? "
Bisik jaemin pada renjun. Renjun dengan selamba terus mengangguk
" kau pula? "
Tanya renjun kembali. Jaemin mengangguk angguk. Rupanya renjun masih menyimpan perasaannya pada minjae walaupun dia sudah pulang belajar di china namun hatinya tetap pada minjae.
" sebelum aku jujur baik kau pergi cakap dulu "
Ugut renjun terus menolak jaemin kearah minjae. Mata-mata memerhati jaemin dan minjae silih ganti.
" Okey guys jom keluar bagi ruang pada jaemin "
Kata renjun terus menolak mereka semua keluar dari wad termasuk hyunjin. Mula-mula hairan juga namun lama kelamaan mereka semua mengerti maksud renjun
Keluar saja mereka wad menjadi sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi mesin nadi yang dipakai minjae sahaja
" jaemin? Apa yang renjun cakap? Ruang apa? "
Tegur minjae bingung. Jaemin malu nak saja dia tumbuk renjun arghh dia betul ii malu sekarang
" a-aku sebernanya ada benda nak bagitau tapi...aku takut lepas bagitau kau tak selesa pula dengan aku "
Kata jaemin menggosok belakang lehernya segan
" belum bagitau lagi dah cakap tak selesa. Bagitau la apa dia? "
Soal minjae diiringi tawa halus. Comel juga tengok jaemin malu ii macam ni. Tak pernah ii jaemin malu ii kucing dengannya
" aku suka kau "
Ujar jaemin memandang minjae lama. Minjae yang tertawa halus terus terdiam tanpa respon
Jaemin yang melihat wajah minjae berubah tersenyum senget
" aku dah cakap dah mesti kau tak selesa urmm kau abaikan jelah apa aku cakap tadi "Kata jaemin sedikit kecewa disitu. Jaemin menunduk pandangan kebawah mencari tenaga.
Kalai tahu dia tak cakap tadi
" siapa kata? "Pertanyaan minjae terus jaemin mengangkat muka. Dipandang minjae bingung
Tiba-tiba tangannya diraih oleh minjae. Gadis itu mengengam tangan jaemin lantas tersenyum
" kalau betul awak suka...kenapa dari dulu lagi tak bagitau? Kenapa baru sekarang?
....Kalau sekarang saya rasa hubungan kita tidak akan kekal lama "
Sambung minjae sedikit sayu. Dengan keadaan dia sekarang apa yang dia kata memang betul. Terlantar di hospital, selalu kena makan ubat, darah rendah jadi bila-bila masa saja dia akan pergi
" maafkan aku...tapi aku janji aku akan jaga hubungan kita! percayakan aku dan simpan kata-kata aku "
Kata jaemin bersungguh-sungguh. Matanya jelas kelihatan dia betul-betul mahu akan gadis itu tidak kira apa jua sekali pun
" saya sakit. Awak sanggup ada gf macam ni? Terlantar dekat hospital setiap hari lepastu kita tak boleh keluar macam pasangan yang lain "
Jaemin mengeleng laju dengan kata-kata minjae. Hatinya sangat sakit bila mendengarkan perkataan itu. Sungguh dia mahu buat minjae sihat semula seperti dulu
" aku sayang kau. Aku tak kisah kau sakit macam mana pun dan aku sendiri yang akan sembuhkan kau
...aku akan berada disisi kau hingga kau sembuh...percayakan aku "
Kata jaemin menyakinkan lagi minjae. Minjae mulai sebak. Selain dari arwah appanya ada lagi lelaki yang sayangkan dia...
" kalau itu yang awak mahu saya terima "
Balas minjae tersenyum manis. Jaemin dengan gembira terus memeluk minjae erat
" bulan depan aku nak masuk meminang kau tau sayang "
Kata jaemin tersenyum ceria sambil tangan menungkat dagu
" ishh tak sampai sehari dah nak masuk meminang awak ni deman ke "Balas minjae mencubit lengan jaemin geram. Merepek saja mamat ni sakit ke apa tiba-tiba nak masuk meminang
Jaemin ketawa dalam kesakitan apabila dicubit oleh minjae berkali-kali
" mulai sekarang sayang kena jaga kesihatan "
Kata jaemin romantik sambil tanggannya membelai lembut kepala minjae
" pft! Geli la bersayang ii pula "
Gelak minjae membuat wajah jijik. Jaemin menjeling minjae setelah diketawakan oleh gadis itu
" diam ah kau patut bersyukur tau selama aku bercinta tak pernah ii aku panggil sesweet ni tau "
Kata jaemin memuji dirinya. Hmm dengar boleh percaya jangan
--
YOU ARE READING
[ √ ] Her • NCT DREAM
Fanfiction" Terima kasih kerana telah hadir dalam hidup aku. Terima kasih kerana kau telah menerangi hidup aku. Terima kasih sebab kau,aku menjadi anak harapan appa omma aku. Terima kasih dah buat aku jatuh cinta dengan kau dan terima kasih untuk cinta yang t...