Baju dan peralatan sekolah dimasukkan kedalam beg lalu dizip. Dengan sebarang kata minjae mengemaskan semua barangnya kedalam beg tanpa mempedulikan maid yang menghalang nya
" cik jangan macam ni nanti appa cik risau "
Pujuk maid itu cuba mengambil beg yang dipegang oleh minjae namun minjae dengan kasar menepisnya
Amarahnya tidak dapat ditahan lagi buat masa sekarang. Cukup membuat dia lagi tidak senang dengan semua ini. Duduk sebumbung dengan orang yang telah singkirkan nya dari exam huh memang dia lagi sakit hati
" CIK! "
panggilan dari maid tidak dihiraukan minjae yang menurungi anak tangga rumah mewah itu. Sesampai dia diruang tamu kelihatan haechan jaemin jeno mark dan renjun ada disitu dan ketibaannya membuat mereka memandang
" Tuan muda! "
panggil maid itu memandang jaemin dengan wajah meminta tolong agar jaemin menghalang minjae
Melihat jaemin sudah mengorat langkah kemari minjae terus kearah pintu
" SONG MINJAE! "
Panggilan jaemin menghentikan langkah minjae dari satu langkah kemuka pintu
Dengan air mata yang ditahan minjae memusing tubuhnya menghadap jaemin yang kemari kearahnya
" apa yang kau buat ni? "
Soal jaemin memandang beg ditangan minjae lalu memandang wajah minjae
" aku nak balik! aku benci kau Jaemin sumpah baru kali pertama aku jumpa musuh seteruk kau "
Kata minjae dengan air mata sudah bergelinang keluar. Jaemin bingung dengan keadaan ini
" apa yang aku buat? "
Soal jaemin dingin. Wajahnya yang blur ditutupi dengan kedinginan nya
" huh tak payah la nak buat bodoh. kau salah seorang yang undi untuk singkirkan aku kan "
Kata minjae mengelap air matanya kasar
" Hah? "
" mengaku sajalah. kau, hiks kenapa kau benci sangat dengan aku jaemin...apa yang aku dah buat dekat kay sampai kau berdendam sangat?dari firts day aku sekolah kau dah benci. Sanggup kau singkirkan aku kan "
Tangis Minjae mengesap air matanya yang tidak henti-henti mengalir. Jaemin bingung. Sejak bila dia undi orang ni? Dan bila masa pula sekolah ada buat pengundian dekat pelajar ni?
" Minjae kau da-
Belum sempat jaemin berkata minjae dengan pantas membuka tombol pintu lalu keluar dari rumah itu
Guard menghalang minjae dari keluar namun minjae menolak guard itu lalu berlari keluar tidak hiraukan orang-orang memanggil namanya
Melihat minjae sudah tiada dalam pengkaran rumah, jaemin hanya mampu mengeluh dengan kebinguan yang menyelubungi dirinya sendiri
" kenapa tu? "
Tegur jeno yang menyaksikan perkara yang berlaku sebentar tadi
" tah. Eh dekat sekolah kita ada buat pengundian untuk singkirkan pelajar ke? "
Tanya jaemin memandang jeno dengan soalan yang bermain dalam fikirannya
" haah ada. Aku vote orang lain sebab aku tahu minjae nak sangat pergi pulau gapado tu "
Jelas jeno jujur. Sejahat jahat dia tak la sampai nak hancurkan impian seseorang. Jadi dia undi orang lain dan tidak sesekali mengundi untuk minjae
Jaemin yang mendengarnya hanya dibalas dengan meng owh sahaja. Kenapa la dia langsung tak tahu mengenai undian bodoh ni kalau tak benda ni mesti takkan jadi
" ramai vote dia sebab mereka dengki dengan dia "
Kata-kata renjun itu membuat kedua mereka menoleh kebelakang
" dengki? Maksud kau? "
Tanya jaemin memerlukan kepastian. Apa yang mereka nak dengki kan sangat dengan minjae tu? Bukan ada apa pun
" dengki la korang berdua tinggal sebumbung..pergi sekolah sekali balik sekali haa mana tak dengki nya. Kau tu kegilaan dorang lupa ke "
Ujar renjun mengeleng kan kepalanya lalu meninggalkan mereka berdua dimuka pintu
" jadi kau nak buat apa Na? "
Tanya jeno
" buat masa sekarang aku tak tahu sebab kalau pujuk saem suruh masukkan minjae semula memang tak boleh la... "
" habis apa plan kau? "
" aku ada dua pilihan. pertama gantikan tempat aku untuk minjae kedua belikan ticket untuk dia
....tapi memang tak la dia nak terima kan? Lagi ii aku yang bagi "
Kata jaemin sedikit pasrah
" habis kau nak buat yang pertama? "
Tanya jeno sedikit terkejut jika jaemin membuat plan pertamanya
" Yeah kalau itu yang terbaik "
Balas jaemin dengan bibir mengukir senyuman manis. Jeno hanya memgangguk dalam tidak percaya yang jaemin akan lakukan hal itu
Dia berusaha sehabis baik dan balik ii kena gadaikan semua itu hanya untuk perempuan yang dibenci nya sendiri
YOU ARE READING
[ √ ] Her • NCT DREAM
Fanfiction" Terima kasih kerana telah hadir dalam hidup aku. Terima kasih kerana kau telah menerangi hidup aku. Terima kasih sebab kau,aku menjadi anak harapan appa omma aku. Terima kasih dah buat aku jatuh cinta dengan kau dan terima kasih untuk cinta yang t...