"With your two lightless eyes, please erase all my memories."
Dia tunduk dengan sebelah lututnya mencecah lantai, kepalanya tidak mampu diangkat memandang wajah si puteri itu. Si puteri menghunus pedang dari sarungnya lalu mengacungkan pedangnya pada dia. Si puteri langsung tidak berkata apa sejak tadi. Namun, si puteri akhirnya melepaskan pedangnya begitu sahaja membuatkan dia sedikit terkejut.
Ingatkan ajalnya berada di tangan puteri tersebut kerana meminta perkara yang bukan-bukan.
"Search for me."
Dia memberanikan diri untuk mengangkat kepalanya melihat si puteri. Si puteri menoleh lalu menapak pergi setelah melepaskan kata-kata itu. Dia semestinya terkejut, tapi yang penting dia perlu tahu. Ini lah peluang yang dinantikan.
"Untuk apa?"
"Kau akan tahu nanti. Bangunlah sekarang."
Setelah itu, si puteri hilang begitu sahaja seperti dia tak pernah berada disitu. Dia berdiri dengan kebingungan. Pedang yang berada di lantai itu diambil. Entah untuk apa dia ambil pedang itu, dia pun tidak tahu.
Perlahan-lahan pandangan dia kabur lalu dia rebah jatuh ke lantai.
Si puteri berambut blonde dengan mata biru teal, memakai gaun berwarna peach, tiara bunga yang terletak kemas pada kepalanya, mempunyai pedang sebagai peneman setianya. Akan dia ingat penampilan itu. Moga mereka berjumpa lagi di lain masa. Sekarang masanya untuk dia bangun.
"NURI!"
idea by:
"As long as I can breath, I can't let go of you again."
YOU ARE READING
Deja Vu: In Dreams And Nightmares
Fantasy[ slow-update ] stop scrolling and read this! thank you for your time. ________________ déjà vu (n.): a feeling of having already experienced the present situation. Segalanya normal sehingga lah satu malam dimana dia tiba-tiba sahaja tidak boleh ban...