deja vu 5 ❧

9 3 0
                                    


᪥ deja vu 5: Nuri and That Unknown Guy (II) ᪥


!!!TW: MENTIONED OF DEATH!!!

❦❦❦

Aku terjatuh tetapi bukan ke luar di mana jika terjatuh, pasti mati. Sebaliknya aku jatuh ke dalam bersama si dia kerana terlalu kuat menarik tangan aku. Mungkin dia gelabah tengok perempuan depan mata dia tiba-tiba je berdiri atas dinding pembahagi rooftop ni. Siap depakan tangan lagi, macam betul-betul berniat nak bunuh diri. Kalau orang lain nampak, dia juga yang akan dituduh membunuh atau penyebab perempuan itu bunuh diri.

Memang pun. Aku lah perempuan tu.

"Aishhh! Kenapa kau tarik aku?" tanya aku padanya. Aku terduduk di atas lantai akibat terjatuh tadi dan aku terlalu malas untuk berdiri. Kalau baju aku kotor pun, perlu ke aku kisah? Ini baju hospital, bukan baju aku.

"Kau nak mati awal ke?!" aku terdiam seketika. Pertanyaannya membuatkan aku tertanya sendirian. Betul ke aku nak mati? Betul aku dah sedia? Atau aku terlalu ikutkan emosi aku? Aku memandangnya lama, riak wajahnya jelas menunjukkan yang dia risau. Dia risaukan aku ke?

"Tak! Tapi aku nak tengok, kalau aku jatuh dari sini, aku mati ke tak. Tapi kau dah mengganggu eksperimen aku! Aaaaah!" aku memberikan alasan padanya. Takkan lah aku nak mengaku yang aku ni memang ada niat nak tamatkan nyawa sendiri. Tercalar lah maruah aku nanti.

Aku mengusutkan rambut aku lagi. Kedengaran gila kan? Lantak lah, aku tak kisah. Aku harus mati dulu sebelum aku masuk lagi dalam mimpi tu tanpa kerelaan aku. Aku tak nak masuk sana lagi dah! Kalau boleh aku tak nak tidur, aku tak nak bermimpi. Tapi kalau sekarang ni pun aku dah boleh bermimpi dengan menutup mata sahaja, aku memang perlu mati. Aku patut mati.

Sejak bila, dan bagaimana mimpi boleh jadi sangat menyeramkan?

"Eksperimen? Kau gila ke? Kalau kau mati dulu, keputusan eksperimen tu pun kau tak dapat tahu tak?"

"Kau tak faham." balas aku perlahan sambil mata pandang ke arah lain. Aku melepaskan satu keluhan berat. Mungkin memang salah aku. Aku yang suka lari daripada berhadapan dengan masalah. Aku tak nak selesaikannya. Dalam kes ini, aku tak tahu pun macam mana nak selesaikannya. Ini bukan 'mimpi menjadi realiti' yang aku mahukan. Ini 'mimpi terasa seperti realiti' dan ianya sangat, sangat mengerikan.

"Aku perlukan kau. Aku tak nak mati lagi." terus kepala aku ditoleh untuk memandangnya sambil mata membuntang luas. Aku salah dengar atau memang dia cakap dia tak nak mati lagi? Apa maksud dia mati lagi? Dia dah pernah mati ke sebelum ni? Jadi jasad depan aku ni...

"Hah, kau cakap macam kau dah mati. Kau hantu ke?" tanyaku jujur.

"Kau memang suka tanya soalan pelik ke?"

"Aku tanya kau dulu kot. Kalau kau gentleman, tolong jawab pertanyaan aku dulu."

Aku tak sangka dia ni sedikit annoying. Ingatkan boleh lah minta tolong dia bunuh aku ke apa. Tapi nampaknya dia macam ermm... macam apa ya. Macam soft? Agak prihatin? Hah lebih kurang macam tu lah. Aku kena tukar plan lain lah. Plan yang ni macam akan gagal. So, ada lagi 14 plan. Mana satu aku nak guna dulu?

"Ya, aku dah mati."

"Sebab hanahaki disease tu ke? Hah siapa suruh confess. Lain kali pendam je perasaan tu." aku membebel padanya. Dia hanya berdiam diri, mungkin penat layan aku yang memang dah serupa orang gila. Bukan apa tau. Kalau ada crush dekat seseorang tu, baik pendam je. Kalau dia dah couple dengan orang lain, baru lah confess. Biar kena reject kaw kaw, senang nak move on.

Deja Vu: In Dreams And NightmaresWhere stories live. Discover now