🎕deja vu 3: Nuri and The Blue Rose 🎕
❦❦❦
"Ah? Erm, dia dah keluar. Dia ada ros biru juga. Tu yang aku nak tanya kau, dia ke yang bagi?"
Aku ketawa. Ha ha, sejak bila hidup aku jadi macam ni? Apa yang aku buat? Mana salahnya? Aku menutup muka aku dengan telapak tangan, I need a moment. Pertama, aku masuk dunia tu lagi tanpa bermimpi, tanpa tidur. Kedua, semuanya terasa benar. Maksud aku, tak macam mimpi lain, macam 2D. Tapi mimpi yang ini- eh bukan.
Dunia yang ini macam realiti. Macam aku betul-betul berada di situ.
Ketiga, bunga ros biru. Apa kaitan semua ni dengan ros biru?
Ah, aku boleh mati overthinking kalau aku mimpi benda ni lagi sekali. Buat kali pertama, aku mohon sangat aku tak akan bermimpi lagi. Mimpi itu sepatutnya lebih indah daripada realiti tapi mengapa mimpi dan realiti kini seperti satu perkara yang sama?
"Dia baru keluar ke?" Amelia mengangguk. Tanpa membuang masa, aku terus berlari keluar dari kafe ini dengan bunga ros biru di tangan. Beg, telefon, semuanya aku tinggalkan dulu. Aku percaya Amelia. Dia akan datang cari aku dengan barang aku sekali. Tolong Amelia, live my expectations.
Aku berlari sambil memandang sekeliling. Tak ada apa yang perlu disyaki pun. Aku berhenti seketika untuk berfikir. Tapi sebelum tu. Kenapa aku cari dia? Macam mana aku boleh teringat pada lelaki itu selepas semua ni? Apa sebenarnya yang mengingatkan aku padanya?
Oh ya, deja vu.
Aku terfikir deja vu lepas tu muncul lah dia dalam minda aku. Pelik dan kelakar kan? Aku tak tahu pun nama dia. Kitorang baru jumpa hari ni kot. Apa kena mengena dengan dia? Ya, aku tak tahu. Aku memandang lantai, terdiam seketika lalu aku mentertawakan diri sendiri. Nuri bodoh. Darah.
Ada darah pada lantai laluan pejalan kaki ini. Kalau aku teringat pada dia, mesti lah ada kaitan sekurang-kurangnya. Atau itu apa yang aku fikirkan.
Masuk akal. Aku terima ros biru, dia pun sama. Kalau hidung aku berdarah, dia pun mesti sama? Betul tak? Kalau tak sama, dia mesti ada sesuatu yang berdarah juga. Mungkin batuk berdarah? - Ish, cari dia dulu!
Aku berlari mengikut darah tersebut. Sepanjang jalan ada darah dan sesekali terjumpa kelopak bunga berwarna biru. Jadi aku anggap itu kelopak bunga ros biru yang kami berdua dapat. Semakin jauh aku berlari, semakin terasa kehadirannya. Yang buat aku pelik dan terfikir, kenapa ada kelopak bunga ros merah juga?
Aku berhenti serta merta. Dia, lelaki di kafe tadi sedang berada di lantai, melutut. Aku menutup mulut melihat keadaannya. Teruk dan tak terbayang langsung. Tekaan aku betul, darah keluar dari mulutnya. Tapi lebih teruk. Aku pernah baca tentang penyakit ni. Jika aku ingat dengan betul, itu hanahaki disease.
_
Hanahaki disease; is a fictional disease where the victim of unrequited or one-sided love begins to vomit or cough up the petals and flowers of a flowering plant growing in their lungs.
_
Kelopak bunga ros merah dan ros biru itu datang dari mulutnya. Dari peparunya. Dia seperti menahan diri daripada mengeluarkan lebih banyak kelopak dan darah, tangan sebelahnya menutup mulut. Sebelah lagi memberi isyarat pada aku. Aku tak faham tapi aku tak ada masa untuk fahamkan.
YOU ARE READING
Deja Vu: In Dreams And Nightmares
Fantasy[ slow-update ] stop scrolling and read this! thank you for your time. ________________ déjà vu (n.): a feeling of having already experienced the present situation. Segalanya normal sehingga lah satu malam dimana dia tiba-tiba sahaja tidak boleh ban...