᪥ in dream 7: Nuri and That World Again ᪥❦❦❦
Seperti biasa, chapter akan dimulakan dengan aku membuka mata. Klishe tapi biarlah. Aku menarik nafas panjang sebelum menghembuskannya. Langit biru aku lihat, aku tak tahu aku berada di mana cuma yang aku tahu aku masuk ke dalam mimpi tu lagi. Aku memandang sekeliling pula. Kawasan ini nampak familiar sangat sangat.
Oh, cottage? Rumah kecil ini yang terletak di luar kawasan kota, hm definitely a cottage. Kawasan ini penuh dengan pokok-pokok hijau, dan udaranya pun segar. Dah lama aku perasan tapi aku rasa aku berada dalam mimpi yang bukan disetkan di bandar. Macam luar bandar, ala-ala dekat kampung. Cantik, sumpah. Tak tipu. Aku rasa tenang je. Mungkin sebab aku duduk di kawasan bandar, susah untuk aku dapatkan ketenangan macam ni.
Okey, sekarang. Aku nak buat apa? Cari dia? Atau nak jalan-jalan je sampai mati? Eh tak best lah cerita ni kalau macam tu.
"Hm, rasanya ada orang dekat sini tadi?" terhinjut sedikit bahuku kerana terkejut. Suara perempuan itu menyapa gegendang telingaku. Bunyi derapan tapak kakinya juga semakin dekat. Aku kena sorok ke apa ni? Tapi nak sorok di mana? Kerana terlalu lambat untuk berdiri dan berfikir, aku hanya mengesot ke belakang dan ke belakang sehingga aku berada di dalam sebuah gua.
"Eh gua? Aduh, jauh betul aku mengesot." aku bebel sendirian.
Aku memerhati sekeliling, rasanya perempuan tadi tak dapat jumpa aku kot. Dia pergi cari aku ke kiri walhal aku pergi ke belakang. Setelah memastikan tiada bayangnya berdekatan dengan aku, aku mengeluh lega. Aku kena fikirkan sesuatu sebelum orang lain jumpa aku lagi. Yang paling aku nak elakkan ialah knights berdua tu. Knights lain pun kalau boleh aku tak nak jumpa, tapi yang dua orang tu double.
Seolah-olah nyawa aku berada pada tangan mereka, aku tak mahu berada dekat dengan mereka berdua. Aku takut. Lebih baik aku jauhkan jarak antara aku dan dua orang knights itu. Gaun yang dipakai aku kibas-kibas untuk membuang habuk dan tanah yang melekat pada gaun itu. Eh, gaun? Memang dari awal aku pakai gaun ke? Ah, lupakan. Gaun yang berhabuk ini boleh memberitahu orang yang aku mengesot sehingga ke sini. Macam tak ada kaki nak jalan.
Aku berjalan ke hulu ke hilir dengan jari yang diletakkan pada dagu. Alah, macam gaya bapak-bapak berfikir tu. Hah yang tu. Hm, that unknown guy, mana dia sekarang agaknya ya? Dia ingat aku ke tak? Kalau dia lupa aku, aku tak tahu lah benda tu merugikan aku atau tidak. Tapi aku tetap kena cari dia.
Ya, cari dia!
Aku gembira lalu tersenyum lebar kerana dapat memikirkan sesuatu tetapi semua itu hancur apabila mata aku tertancap pada sekuntum bunga ros biru yang terletak di atas tanah. Betul-betul di hadapan aku. Tak, aku hampir seratus peratus yakin bunga ros itu tiada di situ tadi. Aku menelan airliur dengan perasaan yang bercapur aduk, tangan aku menggigil namun digagahkan juga untuk mengambil bunga ros biru tersebut.
Bunga ros, bunga ros, bunga ros! Asyik bunga ros aje! Warna biru pula tu sentiasa, macam tak ada warna ros lain. Naik muak dah aku tengok. Menyampah pun ada.
"Princess Alva...?" sepasang mata hijau milik perempuan itu tepat memandang ke arah aku. Aku membeku di situ, cuba memproses situasi yang berlaku ketika ini. Dengan tangan yang masih memegang bunga ros biru itu, teragak-agak aku melambai padanya.
"H-hai?"
"Sir Aerich, Sir Dinastra! Sini, princess ada di sini!"
"Erk!"
Alva lagi?! Aku dah kata kan aku tak kenal dia? Aku tak kenal! Aku siap kena tahan lagi dekat lokap tu. Eh lokap? Hah lokap lah tu kot. Lagipun, dalam gua ni ada ke si Princess Alva tu? Tak ada rasanya. Dalam gua ini cuma ada aku seorang sahaja dari tadi. Tiada orang lain selain aku. Jadi aku yakin dia tak salah orang. Memang betul, dia panggil aku Princess Alva.
YOU ARE READING
Deja Vu: In Dreams And Nightmares
Fantasy[ slow-update ] stop scrolling and read this! thank you for your time. ________________ déjà vu (n.): a feeling of having already experienced the present situation. Segalanya normal sehingga lah satu malam dimana dia tiba-tiba sahaja tidak boleh ban...