᪥ deja vu 6: Nuri and Another's Perspective ᪥❦❦❦
"Nurilianne. Aku tertanya-tanya lah. Kau kuat. Kau boleh tumbuk orang. Kenapa kau tak lawan bila orang buli kau." Tanya Amelia pada Nurilianne Qasha. Perempuan itu yang selamatkannya daripada lelaki ini, lelaki yang selalu mengganggunya.
Dia tak pernah bertegur sapa dengan perempuan ini kerana rumor tentang dirinya. Monster. Seperti manusia lain, mestilah dia takut mendengar perkatan itu. Dia tidak tahu 'monster' dari segi apa, tetapi melihat dan menilai perempuan ini yang menyelamatkannya, dia boleh kata perempuan ini monster yang baik.
Rasa bersalah pula dia membiarkan sahaja perempuan di hadapannya ini di buli di sekolah.
"Perlu ke melawan?"
Dia terdiam tak terkata. Perlu ke? Apa punya soalan lah. Bukan ke normal bagi seorang manusia untuk melawan perbuatan manusia lain? Atau perempuan di hadapannya ini memang monster seperti di dalam rumor yang dia dengari dari mulut-mulut pelajar lain? Perempuan itu menghulurkan tangannya untuk membantu dia bangun. Tangannya dia sambut.
"Kau... pelik."
Perempun itu tergelak. Semakin keliru dia dibuatnya.
"Ya. Aku dengar banyak tentang itu."
"Kau tak marah?" dia terdiam. Amelia dipandangnya seketika kemudian pandangannya dialihkan ke tempat lain. Dia mengukirkan senyuman tapi entah mengapa pada mata Amelia, senyuman itu seperti topeng. Dia tak boleh agak Nurillianne sedang marah atau sedih disebalik senyumannya itu.
"Marah tu semestinya. Aku manusia juga. Tapi semua tu memang betul, aku tak nafikan. Jadi biarlah. Tak perlu dibalas apa yang orang dah buat pada kita." jawapan dia membuat Amelia terdiam seribu bahasa. Dia benar-benar tak faham perempuan itu. Nak kata baik, ya baik. Bodoh pun ada juga.
"Kau memang pelik."
"Aku tahu."
❦❦❦
"Kenapa kau ikut aku? Dah macam stalker pun ada tahu?" Amelia menundukkan kepalanya memandang lantai. Dia juga tak tahu mengapa dia mengekori perempuan ini, dia cuma mengikut kata hatinya. Perempuan itu ketawa kecil. Baginya telatah Amelia sangat comel. Tapi dia risau.
Risau kerananya, Amelia juga akan terkena tempiasnya. Apalah yang difikirkan Amelia agaknya. Takkan dia tak pernah dengar tentang rumor itu? Mustahil. Berada di sisinya seolah-seolah meminta dibuli juga.
"Tak boleh ke?"
"Tak ada lah, pelik je. You know, so sudden."
"You're kind." kata-kata Amelia itu berjaya membuatkan Nuri memandangnya.
"You think I am?" Amelia terdiam. Tak sangka reaksi Nuri begini. Dia sangkakan Nuri akan membalas sesuatu yang lebih sombong dan bongkak seperti di dalam rumor. Mungkin sesuatu seperti 'aku tahu' atau seangkatan dengannya. Ternyata dia salah.
"Aku rasa lebih baik kalau kau tak dekati aku. Banyak yang tak suka pada aku. Aku tak nak kau terjebak sama." Amelia kelihatan marah. Bukan kerana tidak boleh berkawan dengan Nuri tetapi marah kepada manusia yang suka sangat membuli. Entah apa yang mereka dapat daripada membuli. Kepuasan? Huh, bullshit.
"Kenapa?" Nuri memandang dia dengan pandangan yang susah untuk dia tafsirkan. Senyuman manis dia hadiahkan pada Amelia. Senyuman itu seperti topeng yang menyembunyikan kesedihannya sekarang. Amelia juga tahu akan perkara itu. Kerana itu lah dia bersedih. Nuri juga berhak untuk merasa bahagia.
YOU ARE READING
Deja Vu: In Dreams And Nightmares
Fantasy[ slow-update ] stop scrolling and read this! thank you for your time. ________________ déjà vu (n.): a feeling of having already experienced the present situation. Segalanya normal sehingga lah satu malam dimana dia tiba-tiba sahaja tidak boleh ban...