🎕 deja vu 2: Nuri and Her Deja Vu 🎕
❦❦❦
Aku menutup mulut sambil menguap. Berdasarkan aksi aku ini, nampak lah yang aku tak cukup tidur kan? Ya, memang pun. Aku berjaga buat slide pembentangan semalam. Kerja last minute. Dan lagi satu sebab aku tiba-tiba overthinking sampai takut nak tidur. Jadi sampai ke subuh aku tak tidur. Dalam perjalanan nak ke sekolah baru dapat tidur sekejap dalam 10 minit.
Jadi lah tu. Tak sempat nak mimpi apa-apa.
Oh ya, sekarang aku dengan si dungu Amelia ni dalam perjalanan untuk pergi ke kafe kegemaran, Utopia Paradise. Memandangkan kitorang ada rehat dalam 1 jam, aku dengan dia bercadang nak lepak luar. Peraturan sekolah ni, kalau waktu rehat macam ni boleh je keluar makan dekat kafe tapi jangan jauh sangat lah. Kalau terlebih zon dikira sengaja ponteng.
Pelik tapi freedom pelajar penting hehe. Tapi kitorang bukan keluar makan saja-saja lah. Nak bincang pasal pembentangan subjek Biologi pula. Maklumlah, kitorang berdua tak suka Biologi. Pembentangan ni je lah caranya untuk dapatkan markah percuma begitu sahaja. Sebab tu bagi usaha lebih.
Siapa tak nak markah lebih der?
"Nuri, kau masuk jap. Aku nak jawab call, sir call." aku mengangguk. Aku melangkah masuk ke dalam Utopia Paradise, kafe dengan estetika bunga-bungaan. Pemilik kafe ni lelaki sebenarnya dan pelayan yang bekerja di kafe ni pun kacak-kacak belaka. Perempuan yang suka cuci mata boleh lah datang ke sini. Memang tak akan siap lah assignment kau sebab sibuk usya pelayan kacak.
Aku mengeluarkan telefon aku dari poket. Kerana leka yang amat, aku terlanggar seorang lelaki. Eh ke perempuan? Tapi tu lah nasib tak selalu baik, telefon aku jatuh ke lantai. Telefon aku lagi penting jadi aku abaikan manusia yang aku langgar tadi untuk mencapai telefon yang terjatuh tadi. Maaf sayangku, harap kau tak pecah. Aku tak ada duit nak beli sayang baru.
Eh kebal beb phone aku, tak pecah woo! Mungkin sebab aku tak pakai iPhone kot. Zaman bila pakai iPhone lagi ni?
"Sorry-"
Jantung aku berhenti berdegup buat seketika. Bukan sebab aku pandang muka dia lepas tu jatuh hati eh, tidak. Lambat lagi nak jumpa jodoh, aku baru tujuh belas tahun. Cuma aku rasa ada sesuatu bila aku pandang mata dia.
Is this some kind of deja vu? Aku tak rasa aku pernah jumpa dia.
"Habis berkerut dahi awak. Awak okey ke?"
"Hm? Ah, erm... hah okey okey." dengar dia ketawa kekok membuatkan aku sedar, deja vu semua tu permainan otak. Biasalah otak kita ni rehatnya sekejap je. Aku kan tak tidur semalam, mungkin ini salah satu kesan sampingan kan. Ya, positif Nuri. Positif. Jangan biarkan fikiran negatif mengambil alih minda kau. Mana lah tahu aku pernah terserempak dengan dia tapi aku tak ingat kan? Boleh jadi.
"Kita pernah jumpa ke?" aku membeku. What the fuck? Dia boleh baca minda orang lain ke? Aku memandang sekeliling. Aku tahu memang tak ada orang lain dalam kafe ni sebab Utopia Paradise tak ramai pelanggan. Lagi-lagi waktu macam ni.
"Awak... manusia ke?"
"Hah?"
"Hah?"
Kami memandang antara satu sama lain agak lama sampai lah telefon aku berbunyi 'ting'. Siapa yang hantar mesej pada aku ni memang layak diberikan gelaran hero kerana menyelamatkan aku daripada kekekokkan ini. Kami berdua kembali membuat hal masing-masing. Buat macam tak pernah terjadi apa-apa di antara kami berdua. Tak, sekarang ni mana Amelia? Dia ada skandal dengan sir ke call lama-lama ni?
YOU ARE READING
Deja Vu: In Dreams And Nightmares
Fantasy[ slow-update ] stop scrolling and read this! thank you for your time. ________________ déjà vu (n.): a feeling of having already experienced the present situation. Segalanya normal sehingga lah satu malam dimana dia tiba-tiba sahaja tidak boleh ban...