🎕deja vu 4: Nuri and That Unknown Guy (I) 🎕
!!TW: SUICIDE ATTEMPT, INNER THOUGHTS!!
❦❦❦
Manfaatkan masa yang ada ya? Huh bullshit. Aku baru je keluar dari istana ni, mata aku dah mula kabur. Ya, sangat menyakitkan hati tapi aku tak boleh nak buat apa-apa. Benda nak jadi, biar je lah jadi.
Sebelum aku pengsan dan kembali ke realiti, biar aku ingat dulu tempat ni. Selagi aku masih terima ros biru, aku tak rasa aku akan dapat masuk mimpi lain selain mimpi yang ini. Jadi, mengingati sekurang-kurangnya satu atau dua tempat dalam mimpi ni merupakan langkah pertama yang aku perlu buat.
Nak salahkan diri aku sendiri ke apa? Aku tak nak pun mimpi benda ni?
Kali pertama aku masuk dalam dunia mimpi yang 'ini', aku berada berdekatan dengan kotej. Kawasannya tenang seperti tiada orang yang tinggal di situ. Kotej itu juga berada di tempat yang tidak strategik menyebabkannya susah untuk dicari jika dipandang sekilas. Istana ini seperti terletak di atas gunung.
Ah, lupakan lah istana ni. Aku perlu fokus untuk meneruskan hidup.
❦❦❦
"Hanahaki disease tu cuma fictional disease. Jadi, kenapa aku boleh nampak dan Mel tak boleh? Hah! Senang! Sebab aku dan lelaki tu masuk mimpi yang sama, dimensi yang sama, dunia yang sama, timeline yang sama! Dia terkena hanahaki disease dalam mimpi tu, bila dia kembali di realiti, kesan hanahaki disease tu masih ada. Aku boleh nampak sebab aku dan dia berada dalam situasi yang sama!"
Aku menepuk tangan aku sekali. Bangga dengan diri sendiri yang baru saja sedar dari pengsan dah mula memikirkan misteri yang tak berapa nak misteri sangat ni.
"Tapi persoalannya, dia confess pada siapa? Unrequited love surely hurts." Aku menggeleng kepala. Aku tak ingat sangat muka dia tapi dia boleh tahan kacak. Tapi bukan taste aku lah. Aku suka lelaki pandai. Aku menutup mulut dengan telapak tangan untuk menyembunyikan senyuman nakal. Bodohnya awak, lain kali jangan confess sesuka hati. Kan dah mengena.
"Bising juga kau sebenarnya eh?" dia menguak pintu wad. Aku dengan perasaan menyampah menjeling dia. Kalau boleh jeling sampai keluar laser, tapi tak mungkin lah kan. Dia mengeluh lalu menapak ke arah katil aku. Dia duduk di sofa yang tereletak sedikit jauh dari katil ini.
Oh, dia abang angkat aku. Tapi yang diangkatnya aku lah, bukan dia. Aku tak salahkan dia kalau dia tak terima aku, sebab siapa je nak terima ahli keluarga baru yang dikutip dari tepi jalan? Tak ada, sebab tu hidup aku agak menyedihkan. Tapi jangan risau, diorang layan aku baik je.
"Apa je kau buat sampai asyik pengsan ni?" aku mengeluh perlahan. Kerana malas nak bergaduh, aku memilih untuk berdiam diri. Baik aku fikirkan apa yang akan terjadi nanti. Aku kena buat persiapan. Yes, lari dari realiti Nuri. Go!
Hm, banyak eksperimen yang aku nak buat tapi takut nanti error pulak. Yang mampusnya aku juga. Aku kena hati-hati dan sentiasa berfikir. Kalau boleh 24/7. Waktu tidur pun aku kena berfikir. Eh, sekejap. Kalau aku tak boleh keluar dari mimpi macam mana pulak? Aku yang kawal mimpi, aku tahu itu. Tapi kalau?
Oh tidak. Overthinking menguasai minda aku.
"Oi." aku menoleh memandangnya dengan keterpaksaan. Ya lah, aku tak nak dicop sebagai adik angkat yang tak reti nak hormat abang angkat.
YOU ARE READING
Deja Vu: In Dreams And Nightmares
Fantasy[ slow-update ] stop scrolling and read this! thank you for your time. ________________ déjà vu (n.): a feeling of having already experienced the present situation. Segalanya normal sehingga lah satu malam dimana dia tiba-tiba sahaja tidak boleh ban...