Hari ketiga percutianku, aku habiskan setengah hari berkurung di bilik hotel. Aku buat apa? Of course, membuta!
Tapi tak adalah sampai matahari terpacak baru nak bangun. Sebelum masuk tengah hari aku dah bangun. Siapkan diri untuk keluar makan tengah hari.
Aku cuma memakai blaus berwarna kuning cair dan seluar jeans berwarna putih. Rambut dibiarkan berlepas. Hari ni aku tak pakai dah topi jerami. Sebab aku cuma berjalan-jalan di tempat jauh dari matahari. Mungkin juga hari ni aku habiskan masa berjalan sampai ke malam.
Yalah.. Hari terakhir dah. Kena jalan puas-puas sebelum balik. Balik nanti dah sah-sah aku sibukkan diri dengan bekerja. Salah satu cara nak elak dari appa ungkit pasal bakal menantu tak jadi dia. Heh.
Ketika aku sampai ke lobi, layanan dan sapaan dari staf masih sama. Sebab aku muncul dah waktu tengah hari, jadi mereka sapa aku dengan ucapan selamat tengah hari.
Kemudian aku berjalan kaki ke satu restoran Jepun yang berada selang satu bangunan dari bangunan hotel. Selepas memesan makanan dan pesanan sampai, aku mulakan misi untuk mengisi perut yang dah lama buat konsert sejak di hotel lagi.
Selesai makan, aku keluar dari restoran. Jalan-jalan sambil pandang sekeliling. Kalau ada benda yang tarik perhatian, aku ambil gambar menggunakan kamera kecil yang aku bawa.
Nampak ada kedai menjual barang untuk cenderamata. Sebab nampak tarik perhatian, aku tolak pemegang pintu kaca kedai tu dan masuk. Entah berapa lama aku dekat dalam. Keluar kedai dah bawa satu beg kertas yang berisi anak patung comel dan jam pasir.
Lepas tu nampak kedai jual coklat. Aku masuk lagi. Setiap kali ada kedai yang rasa-rasa tarik perhatian, aku akan masuk. Kadang-kadang keluar dengan tambahan beg kertas. Kadang-kadang keluar dengan tangan kosong.
Aku berjalan-jalan tanpa sedar hari dah beransur ke malam. Sempat pulang sekejap ke hotel untuk menghantar beg-beg kertasku sebelum aku keluar semula.
Kini hala tuju destinasiku ke local bar yang terletak tak berapa jauh dari hotel yang aku inap. Kalau bukan rekomendasi staf hotel bila aku bertanya tempat menarik waktu malam, aku takkan tahu.
Nasib baik dia bermurah hati nak kongsi. Nasib baik juga local bar tu tak jauh sangat.
Kata staf hotel itu, setiap malam Ahad akan ada persembahan open mic. Kena pula malam terakhir percutiaan aku dekat Pulau Jeju ni malam Ahad. Cun sangatlah tu!
•••
YOU ARE READING
[C] Nice To Meet You, Love | Jungkook BTS
Fanfiction"Awak ni kerja pakar kaunseling ke?" Jeon Jungkook ft. Kim Narae ━━━━━━━᠂ ⚘ Jeon Jungkook BTS Birthday Project 2021. Start: 01.09.2021 End: 01.09.2021 ━━━━━━━᠂ ⚘ Cover by ©latterin29_ Storyline by ©latterin29_