°08

72 14 48
                                    

"...jadi, awak datang sini sebab merajuk dengan ayah awak?"

Aku cuma angguk-angguk. Sambil cucuk-cucuk tanah dengan ranting. Ketika itu kami masih di tempat yang sama. Cuma dah duduk atas bangku kayu yang disediakan.

Dengar Jungkook ketawa kecil. Sekadar nak bagi komen dengan anggukkan aku tadi. Aku kerling dia kejap. Bila sedar aku kerling dia, Jungkook buat-buat batuk dan berdehem.

"Saya dah seriklah. Asyik nak suruh saya kahwin aje. Bukannya saya tak kahwin terus. Nanti-nanti bila dah bersedia saya kahwinlah." Kataku pula. Nada dah macam mengadu.

Tapi.. Memang aku tengah mengadu pun! Kalau tak, tak adanya dia tahu aku datang sini sebab merajuk. Aku pun tak tahu kenapa mulut ringan nak bercerita dekat dia.

Jungkook diam sekejap. Gosok-gosok dagu licinnya itu. Gaya macam tengah berfikir. Sebab nampak macam termenung. Sebelum aku dengar dia tarik nafas dan lepaskan.

"Mungkin ayah awak nampak kebaikan lelaki tu yang boleh bimbing anak dia. Yang dia rasa takkan menyesal kemudian hari sebab dah serahkan anak perempuan dia kat lelaki tu. You know.. Bila awak seorang yang susah buat keputusan, keputusan seseorang yang memahami kita sangatlah berguna. Apatah lagi dia ayah awak."

Aku cuma mendengar.

"Seorang ayah selalu nakkan yang terbaik untuk anaknya. Selama ni dia sokong apa aje awak buat, kan? Tapi ada aje dia bantah bila rasa benda tu tak baik untuk awak. Tak terlalu membiar, dan.. tak terlalu kongkong awak bila awak buat keputusan. Ayah awak dah cukup bertoleransi dengan awak."

Perlakuanku yang masih bermain cucuk-cucuk tanah terhenti.

"Jadi saya kena ikut cakap ayah saya?" Soalku. Tapi Jungkook geleng kecil. Berkerut dahi aku. Eh..

"Saya tak suruh awak ikut tapi saya nak awak fikir baik-baik. Mana-mana keputusan yang awak buat adalah yang terbaik. Kalau awak masih membantah, ayah awak tetap terima. Tapi dia rasa agak kecewa. Dan, kalau awak terima keputusan ayah awak, siapa tahu, awak sendiri puas hati dengan keputusan awak?" Ujar Jungkook lagi.

Pendek kata, maksud ayat akhir dia adalah aku kena berani ambil risiko selepas dah bertoleransi dengan appa.

"Lebih baik cuba daripada tak pernah mencuba, dear." Jungkook angkat-angkat sebelah kening. Senyumannya masih tak lekang. Tapi bagi aku, senyuman dia tu seakan-akan mencabar.

"Awak ni kerja pakar kaunseling ke?" Panjang-panjang dia berhujah, akhirnya aku cuma soal soalan luar alam.

Jungkook agak tergamam. Sebelum kedua-dua bahunya terhenjut kecil. Dan.. Terletus suara tawanya ke seluruh isi alam. Geli hati sangat bila mendengar soalanku itu.

"Oh! Saya memang macam ni. Maaflah kalau saya terlebih cakap!" Jawab Jungkook pula dengan tawa yang masih bersisa. Tapi aku cuma senyum dan geleng kecil.

"It's okay. Sekurang-kurangnya awak dah bagi saya aura positif. Dah buka ruang minda sempit saya ni." Kataku.

Nampak Jungkook senyum tepi. Cuma sekejap sebelum dia buat muka selamba. Dia letakkan sebelah tangan atas penyandar bangku tempat kami berdua duduk itu. Sambil buang pandangan ke arah bandaraya Jeju yang masih meriah dengan cahaya lampu itu.

"Awak dah ada kekasih?" Soalku tiba-tiba. Soalan luar alam 2.0. Macam mana terkeluar pun tak tahu. Spontan.

Jungkook kalihkan pandangan ke arahku. Dia senyum kejap sebelum angguk.

"Ada. Tapi sekarang kami not in good term. Dia merajuk dengan saya." Jawabnya. Nada selamba sungguh. Macam tak kesah.

Tak tahulah kenapa. Tapi bila dia jawab macam tu aku rasa, hampa. Kenapa? Aku berharap dia masih single ke? Aku.. Dah suka dia ke ni? Tapi baru kenal takkan dah suka!

Kemudian sedar sesuatu..

"Eh, kalau dia tahu saya keluar dengan awak mesti dia lagi merajuk."

Habislah aku. Kalau tahu Jungkook ni boyfriend orang, mesti aku dah tolak awal-awal masa dia ajak aku tadi. Risau aku bila balik Seoul nanti, kena karate tiba-tiba sebab dah kacau boyfriend orang. Dahlah tadi sesedap lidah kena 'dear' oleh Jungkook ni!

"Chill lah. Girlfriend saya bukan jenis cemburu buta bila saya jumpa perempuan. Dia merajuk sebab saya tak datang jumpa dia lagi." Itu pula yang dibalasnya. Masih selamba.

Aku pula yang geleng-geleng. Lelaki memang!


•••

[C] Nice To Meet You, Love | Jungkook BTSWhere stories live. Discover now