°12 (Last)

138 19 109
                                    

Aku tongkat pipi dengan sebelah tangan. Bibir tak lekang dari menguntum senyuman. Aku rasa sejak jumpa Jungkook, otot pipi aku rasanya ringan nak senyum. Kenapa? Oh, mungkin ini dinamakan gila bayang!

Ya.. Ya.. Aku gilakan Jungkook. So what?

"Saya tahu saya kacak."

Aku mencebik.

"Bila masa saya cakap?"

Jungkook senyum senget. Telefonnya diletakkan atas meja. Lepas aku pergi peluk dia tadi, Jungkook bawa aku pergi kafe. Yang pasti bukan kafe sebelumnya. Dia bawa aku ke kafe yang ada meja outdoor.

"Your eyes tell me dear." Katanya selamba. Buatkan kedua pipiku hangat sekejap. Sebelum aku buat-buat muka tak kesah.

"Awak pergi mana selama ni?" Soalku.

Tertanya-tanya aku. Selama sebulan ni ke mana dia pergi? Sikit pun tak nampak batang hidung lepas beria-ia tunjuk diri dekat Pulau Jeju hari tu.

"Sebelum kita jumpa atau selepas dah jumpa?" Tanya dia balik.

"Selepas kita jumpalah."

"Oh, saya pergi Jepun sebab ada urusan kerja."

Aku angguk-angguk. Patutlah tak nampak batang hidung.

"Why? Miss me a lot?" Sebelah kening diangkat-angkat. Mengusik.

Aku mula rasa pipi dah naik suhu. Nampaklah kat situ yang tekaannya mengena. Tapi Jungkook cuma senyum.

"Well.. I try not to miss you. But in the end, you're always on my mind." Malu-malu pun aku tetap mengaku. Dia dah perasan, nak lindung buat apa?

Aku perasan yang hujung bibirnya menaik. Senyumnya cuba di selindung. Sebelum dia tayang muka selamba sambil sedut amerikano aisnya.

"Adakah itu maksudnya awak dah jatuh hati dekat saya?" Soalnya dengan senyuman nakal. Aku juling mata ke atas.

Perasan level satu! Walaupun apa yang dia teka kali ni mengena sekali lagi. Tapi aku cuma diam. Aku pun keliru macam mana aku boleh terjatuh suka dekat dia cepat sangat.

Okey.. Okey..! Dia memang kacak. Kacak maut. Tu sebab tipikal. Tapi bagi aku, itu sebab tercorot sekali. Aku bukan nilai rupa dia semata-mata. Tapi aku suka dengan cara budi bicara dia. Kalau dia tak ada budi bicara yang baik, masakan appa beria nak dia jadi calon menantu, kan?

Tiba-tiba teringat sesuatu. Appa kata Jungkook pernah tengok gambar aku sebelum ni. Dan Jungkook memang dah pertimbangkan cadangan appa supaya kami berdua bersatu. Siap dah setuju pun haa..

"Appa kata awak pernah tengok gambar saya. Awak rasa saya baik dan sesuai jadi isteri awak. Kenapa awak buat keputusan cepat sangat?" Soalku. Soalan yang selalu aku nak tanya dekat lelaki yang appa pilih untuk jadi calon suami aku.

Jungkook cuma senyum bila dengar soalan yang aku tanya. Basahkan tekak dengan air amerikano aisnya sebelum mula berbicara.

"Long short story, uncle kawan baik daddy saya. Saya pula memang rapat dengan appa awak. One day, uncle tanya saya kalau saya interest nak kahwin atau tak. Saya jawablah yang saya belum ada calon. Lepas tu uncle tunjuk gambar awak. Let's say, it's love at first sight."

Aku cuma diam. Tapi dalam hati dah berbunga kembang. Maknanya kami sama. Jatuh cinta pandang pertama gitu.

"Saya tahu awak susah nak setuju sebab kita tak pernah kenal. Sebab tu saya kena jumpa awak. But I don't want to use clichés. Macam saya datang jumpa awak lepas tu kenalkan diri as your future husband. Dah tentu-tentu awak tolak saya." Jungkook senyum pahit. Mungkin membayangkan macam mana aku tolak dia.

"Sebab tu bila awak pergi Pulau Jeju saya ikut awak. Salah satu cara nak bagi awak kenal saya sebagai orang asing dulu. Bagi awak selesa berbual dengan saya. Supaya bila dah jumpa kita tak awkward."

Dan apa yang dia cakap tu betul belaka. Sepanjang dari taman tadi, sikit pun aku tak rasa kekok. Kami bercakap macam kawan lama yang dah berkurun tak jumpa. Tolak bahagian aku lari masa mula-mula jumpa dia tadi. Tu sebab aku masih terkejut.

Selebihnya macam nilah. Dan aku baru perasan, cara pertemuan kami bukan macam orang lain yang buka kaunter soal jawab untuk sesi suai kenal.

"Awak ni licik tahu tak. Saya ingat lagi masa awak berhujah malam tu. Rupanya awak cakap macam tu supaya saya terbuka hati nak terima awak, kan?"

Bila aku cakap macam tu Jungkook tayang sengih lebar. Oh.. Baru sekarang nak buat muka!

"I'm sorry not sorry, dear. Saya cakap macam tu supaya pintu hati awak terbuka sikit."

"Hati saya terbuka ke?"

Aku jeling dia. Capai straw dan sedut espresso frappe sampai separuh. Dahaga lah pula.

"Hmm.. Saya tak tahu. Ask yourself." Skema dia jawab. Minta aku tanya diri sendiri! Dah tentulah dah terbuka luas. Kalau tak, tak adanya aku duduk semeja depan dia hari ni.

"We take baby steps, dear. Saya akan buat awak jatuh cinta dekat saya hari demi hari. Masa tu, jangan terkejut kalau hanya ada saya dalam kepala awak." Katanya. Kenyit mata sebelah kepadaku.

Aku buat-buat jeling dia lagi. Pandang entah ke arah mana. Asalkan tak berlaga dengan anak mata coklatnya itu. Alahai.. Tak payah mula pun lah awak, saya ni dah jatuh tergolek, terguling-guling dah!



THE END.

•••

Haku terasa sungguh single dan sendu. HAHAHA 😭. Untuk awak readers semua terima kasih sebab dah baca dan dannn support short story ni ❤. Walaupun terasa single sendu tapi saya hepi sepanjang tulis short story ni (yang haku haram mau baca balik lepas publish nanti HAHA).

Anyway, HAPPY BIRTHDAY JEON JUNGKOOK! 💜 Year by year sila bertambah kacaks lagi biar saya bertambah sendu uhuk 💜.

[C] Nice To Meet You, Love | Jungkook BTSWhere stories live. Discover now