o n e

58 6 0
                                    

Kaki melangkah keluar dari kelab malam itu. Dengan keadaan yang sesak di kawasan itu , Alisyha berjalan mendekati kereta miliknya.

Usai masuk ke dalam kereta Alisyha menghidupkan telefon bimbit nya. Data di'on'kan. Saat itu bertalu - talu notification masuk.

5 missed call from Mummy 💗

2 message from Risha.

@nurhana likes your photo.

@n.nmf likes your photo.

Alisyha membuat keputusan untuk menelefon si ibu.

" Alishya Humaira !! Awak pergi mana hah ? Banyak kali mummy call tapi tak dapat dapat ! Lisyha dekat mana dear ? " tanya mummy nya. Alisyha mengurut dada tanda terkejut.

" Mummy... terkejut Lisyha. Aaa Alisyha baru on the way balik. Dalam 20 minit Lisyha sampai. Bye mummy ! Love you ! " Alisyha menamatkan panggilan mereka.

Jikalau mummynya tau bahawa dia masih menjejakkan kaki di tempat haram itu confirm dia akan didenda !

Eh kau Lisyha tau pula tempat tu haram tapi masih nak jejak kaki dekat sana.

Alisyha menggelengkan kepalanya. Mummy tak boleh tahu tentang ni !

Enjin kereta dihidupkan .







" Alisyha balik pukul berapa malam tadi ? " soal Puan Aisya , ibu Alisyha Humaira.

" Lisyha balik lewat sikit mummy sebab jalan sesak sangat malam tadi.. ada kemalangan. " Alisyha Humaira cuba membuang rasa gugup saat menjawab pertanyaan Puan Aisya.

Malam tadi memang ada kemalangan kecil yang berlaku diantara seorang penunggang motor dengan pemandu teksi. Nasib baik kedua duanya selamat.

" Mummy tak nak Lisyha keluar malam lagi . Buang sikit your bad habit tu . " Puan Aisya mengeluarkan arahan.

" But mum- "

" Lisyha sayang mummy kan ? Dengar cakap mummy . " Puan Aisya pantas memotong percakapan anak gadisnya.

Alisyha Humaira mengangguk . Tiada pilihan lain selain mendengar arahan mummynya . Baginya , Puan Aisya merupakan segalanya dalam hidup Alisyha Humaira . Sejak kematian bapanya, Alisyha Humaira kini hanya mempunyai Puan Aisya dan adik lelakinya , Adam Haqeemi . Jadi , dia harus menjadi anak serta kakak yang baik buat mereka.

" Insyaallah , mummy . "






Risha memandang tajam wajah rakan baiknya . Kalau diikutkan , mahu saja dia cubit Alisyha sekuat yang mungkin . " Again , Alisyha ? " nafas dihembus sedikit kuat.

" Aku stress lah . " dengan muka tidak bersalah , Alisyha hanya mengabaikan renungan tajam sahabatnya.

Otak kau stress .

Risha mendengus . Malas sudah dia mahu menasihati rakannya itu. Dari umur 18 tahun hinggalah ke hari ini Alisyha Humaira tidak pernah mendengar nasihatnya . Masuk telinga kiri , keluar telinga kanan. Parah !

Agaknya apalah nasib future husband Alisyha nanti..

" Sampai bila kau nak jadi macam ni ? Sampai kau dah ada cucu baru nak berhenti jejakkan kaki dekat tempat tu ? " Risha menjongketkan keningnya , menunggu balasan dari Alisyha Humaira.

" Chill , Risha . I told you before , aku tak nak kahwin . " senyuman semanis gula diberikan pada sahabat dihadapannya

Dan buat sekalian kalinya Risha mengeluh .


- 17 oct 2022 -




" THE BRAVES HEART IS THE ONE THAT STAYS CLOSE TO ALLAH EVEN, WHEN IT'S IN PAIN. "














QARIZH HUMAIRA Where stories live. Discover now