t w o

26 3 0
                                    

Alisyha berguling di atas katil akibat kebosanan. Otaknya ligat berfikir apa yang hendak dilakukan pada hari ini .

Bebola mata Alisyha bergerak memerhati keadaan sekelilingnya. Haih..

Tidak sangka biliknya itu sudah tunggang langgang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tidak sangka biliknya itu sudah tunggang langgang. Alisyha menggelengkan kepala. Itulah asyik keluar saja sehingga tidak sedar biliknya sudah tidak nampak seperti bilik.

Alisyha mengikat rambutnya dengan gaya messy bun sebelum kaki memijak lantai bilik . " Let's get started . "

Bakul baju kotor bersebelahan dengan almari baju digapai . Tangannya ligat mengutip satu per satu pakaian yang berterabur di atas lantai. Handbag yang berada di lantai kini diletakkan semula di tempat asalnya.

Apabila peluh mula keluar , Alisyha menurunkan lagi suhu aircond menjadi 17° .

Bilik yang sudah kemas itu dipandang dengan puas hati . Barulah boleh tidur dengan aman .

Alisyha Humaira tersenyum puas. Jam dinding dikerling sekilas. Hm.. baru pukul 1 tengah hari..

Alisyha Humaira membuat keputusan untuk membersihkan dirinya dahulu sebelum merancang aktiviti seterusnya.
Tuala dan bathrobe dicapai sebelum kaki melangkah masuk ke dalam bilik air itu.

Usai sahaja membersihkan diri , Alisyha segera turun ke bawah . Lapar ! Saat kakinya melangkah turun ke ruang tamu , Alisyha mengerutkan dahinya saat terdengar suara gelak ketawa yang tidak dikenalinya. Siapa pula tu..

" Ha turun dah anak dara aku tu .Lisyha.. mari datang sini," Puan Aisya menggamit anaknya supaya datang menghampiri mereka . Perlahan kaki Alisyha berjalan mendekati mummy.

Tangan dihulurkan pada seorang wanita yang kelihatan sama umur dengan ibunya. Senyuman manis dihadiahkan pada wanita itu.

" Ya Allah, besar dah Alisyha sekarang.. makin cantik umi tengok.. " Puji wanita yang menggelarkan dirinya sebagai 'umi' itu .

" U-umi ?," Alisyha bertanya kehairanan. Siapa umi ? Setahunya , dia merupakan anak kandung kepada Puan Aisya . Otak mula mengeluarkan pelbagai spekulasi.

Puan Aisya tergelak kecil . Seperti tahu apa yang difikirkan oleh anak daranya sekarang.

" Ni Aunty Sarah tapi Lisyha panggil umi dulu . Lisyha tak ingat ? Dulu kan umi ni yang jaga Lisyha bila mummy dengan daddy kerja. " Terang Puan Aisya. Alisyha hanya berkata ' ooo ' sebagai tanda faham .

Puan Aisya dan Puan Sarah meletuskan ketawa kecil saat melihat wajah Alisyha Humaira yang kelihatan keliru walau sudah diberi penerangan .

" Assalamualaikum," kedengaran suara seorang lelaki memberi salam dimuka pintu . Ketiga tiga wanita di dalam rumah itu serentak menoleh ke arah pintu seraya menjawab salam .

" Ha itu anak tunggal umi , Muhammad Qarizh Reza. Rizh ni tua 2 tahun dari Lisyha . " Puan Sarah memberi penerangan secara detail.

Alisyha Humaira menganggukkan kepala . Ini bermaksud umur Qarizh sekarang 26 tahun.

" Tunggu apa lagi dekat situ Qarizh ? Mari masuk. Jom kita pergi ke dapur , makanan dah siap terhidang tu. " Puan Aisya mula melangkah ke dapur beriringan dengan sahabatnya .

Qarizh yang melihat kelibat umi nya semakin menghilang dari pandangan , dia segera berlari mendapatkan syurganya itu . Alisyha yang melihat situasi itu mula mengerutkan dahinya . Dah kenapa mamat tu ? Cantik sangat ke aku ni sampai dia berlari ke dapur ?

Alisyha Humaira menggelengkan kepala.
Macam macam lah perangai lelaki zaman sekarang...




ألله‍م صل على سيدنا محمد وعلى أل سيدنا محمد

QARIZH HUMAIRA Where stories live. Discover now