" Auch, sakitlah! Tak nampak ke ada orang dekat depan ni ?," Alisyha sedikit menengking apabila sosok tubuh seseorang melanggar dirinya secara mengejut . Matanya pula terus mencengkam tajam kearah orang itu.
Namun , pandangan tajamnya berubah menjadi terkejut apabila melihat orang itu bagai tidak asing baginya. Dirinya kaku di tempat itu. Lelaki itu...
kekasih hati Risha !
Dan paling mengejutkan apabila lelaki itu sedang merangkul pinggang seorang wanita yang tidak dikenali.
" You ?!! " Sekali lagi Alisyha menengking.
" Hey , you siapa nak tengking boyfriend i macam itu ?," Angkuh sahaja wanita itu berbicara.
" W-what ? Boyfriend ? Are you kidding me Ehsan ? ," Wah ini sangat menyakitkan hatinya. Ehsan dan Risha baru sahaja ingin bertunang pada Ahad depan, namun ini pula yang terjadi.
" Lisyha.. this is not what you think. Listen , i can explain this.. dia kawan i je. Tolong , jangan bagitahu Risha tentang ni.. I'm begging you..," Suara Ehsan bagaikan merayu kepadanya. Heh , dia fikir aku ni bodoh ke ?
" Too late..," Jariku laju menari-nari diatas skrin telefon. Aku menekan butang video call. Tidak sampai seminit , panggilan telah disambungkan.
" Lisyha ? Pahal kau ni tiba tiba nak vc aku bagai ?," Dengar sahaja suara itu , wajah Ehsan semakin cuak. Aku pantas mengalihkan camera kearah mereka.
" Eh sayang ! You dengan sia— hey ! Who's that woman ? Kenapa dia peluk you , Ehsan ? Answer me !! " Risha menjadi berang . Kenapa kekasihnya seakan merelakan wanita disebelahnya memeluk dirinya sebegitu rupa ?
" S-sayang.. ini adik angkat i.. sumpah i tak tipu!," Ehsan mengangkat tangan kanannya seolah olah bersumpah. Aku yang mendengar ayat itu berdecit perlahan.
Persoalanku . Mengapa Ehsan memilih untuk curang ? Sedangkan Risha sangat sempurna . Cantik , bekerjaya , pandai berdikari dan sebagainya . Ah , tak boleh cakap lebih - lebih. Ini cerita aku bukan Risha !
YOU ARE READING
QARIZH HUMAIRA
General Fiction𝓆𝒶𝓇𝒾𝓏𝒽 𝒽𝓊𝓂𝒶𝒾𝓇𝒶 Alisyha Humaira. Nama seindah rupa tapi tidak pada perwatakannya. Seorang gadis yang agak kasar dan terdedah sana sini. Berubah imej dari seorang yang terdedah sana sini kepada seorang yang bertutup ? Tidak sama sekali...