Alisyha Humaira ralit memerhatikan kelakuan pelik mummy nya . Dari dapur hingga ke ruang tamu Puan Aisya masih tidak berhenti senyum atau lebih tepat , tersengih suka .
Tanpa berkata panjang, Alisyha membuka mulut. " Mummy okay? Lisyha perhatikan mummy dari tadi asyik senyum je. Risau pula,"
Puan Aisya tersedar dari lamunannya apabila si anak dara menyapanya. Puan Aisya berdehem sebentar sebelum menjawab pertanyaan Alisyha Humaira.
" Mummy cuma teringatkan Aunty Sarah dan anaknya semalam. Berkenan pula mummy dekat si Qarizh itu. Sudahlah handsome , sopan , berbudi bahasa pula tu. " Terang Puan Aisya sambil tangannya menekan - nekan remote television untuk memcari drama yang menarik.
Dahi Alisyha semakin berkerut tatkala sang ibu mula memuji anak kepada sahabatnya itu. Aii.. makin tua makin pelik perangai.
" So , mummy nak cakap yang mummy suka dia ? Mummy nak kahwin dengan dia ? Alisyha minta maaf mummy tetapi Lisyha tak setuju dengan keputusan mummy. Mummy terlalu tua untuk lelaki tu. " Selesai sahaja Alisyha Humaira menghabiskan kata - katanya yang terakhir, air teh yang diminum oleh Puan Aisya tersembur dari mulut. Tidak menjangka anaknya ini berfikiran sejauh ini.
" Alisyha Humaira!!!! " Jeritan Puan Aisya kini bergema dirumah itu. Alisyha Humaira sudah cuak memandang kearah ibunya. Alamak! Dia tersalah cakap ke ?
" Astagfirullahalazim , Lisyha.. mummy berkenan dekat Qarizh bukan bermaksud mummy nak kahwin dengan dia , Lisyha. " Alisyha Humaira menganggukkan kepala tanda faham. " Tapi Lisyha lah yang kahwin dengan Qarizh," bulat mata Alisyha tatkala ibunya berkata sedemikian.
Aku kahwin ? Aku ? Kahwin ? Hahaha.
" Mummy buat lawak apa tengah hari buta ni ? " soal Alisyha. Alisyha menghamburkan tawanya yang jelas kedengaran seperti terpaksa.
Puan Aisya mengucap panjang apabila anak daranya menganggap dia sedang bergurau sekarang .
YOU ARE READING
QARIZH HUMAIRA
General Fiction𝓆𝒶𝓇𝒾𝓏𝒽 𝒽𝓊𝓂𝒶𝒾𝓇𝒶 Alisyha Humaira. Nama seindah rupa tapi tidak pada perwatakannya. Seorang gadis yang agak kasar dan terdedah sana sini. Berubah imej dari seorang yang terdedah sana sini kepada seorang yang bertutup ? Tidak sama sekali...