Kami berdua diam tidak berkutik. Masing - masing hanya melayan perasaan sendiri. Aku menoleh sedikit kearah Risha. Kelihatan mukanya sedikit muram. Dia telah memutuskan hubungannya bersama Ehsan.
Sebut sahaja nama itu , membuatkan aku ingin meletuskan amarah padanya. Adakah patut Ehsan cakap Risha itu terlalu jaga batas antara mereka ? Gila lelaki itu.
" So.. apa plan kau sekarang ?" Aku melihat wajah muram Risha. Dengan mata bengkaknya..
" Entahlah babe.. i pun tak tahu," dia menongkatkan dagu sambil memandang keluar cafe itu.
Aku mengeluh perlahan . Sebab ini lah aku jadi was was dengan lelaki . Kalau difikirkan balik , lelaki lagi complicated dari perempuan.
" Your parents dah tahu ?" aku memandang muka Risha. Risha mengeluh " Belum.. macam mana aku nak bagitahu kalau my parents always busy ," Keluh Risha.
Ini lagi satu masalah. Keluarga Risha sentiasa mengutamakan kerja berbanding anak mereka . Sudahlah Risha ini satu satunya puteri mereka. Haih..
" Hm , jangan bagitahu lambat lambat. Nanti dorang tak tahu pula kau dah cancel kan pertunangan korang nanti," aku membebel. Muka Risha semakin keruh apabila dengar akan perkataan 'pertunangan ' itu . Haih.. semoga cepat move on , sahabat .
𖥻 ࣪ Qarizh Humaira ʕ•ᴥ•ʔ𖥔 ׅ۬
Tangan Alisyha ligat mengemas meja kerjanya. Jam sudah menganjak pukul 6 petang. Dia mahu balik dan berehat secukupnya.
Tiba sahaja di rumah , Alisyha disambut oleh mummynya. Kelihatan wajah sang ibu sangat gembira seolah - olah ingin menyampaikan sesuatu.
" Ha.. balik pun anak mummy ni. Lisyha pergi mandi , solat semua lepastu bersiap cantik cantik. Malam ni kawan - kawan mummy nak datang. Mummy buat makan makan sikit sebelum mummy pergi Mekah nanti," ujar Puan Aisya. Tangan anak daranya digenggam . " Kalau boleh , pakailah tudung. Nampaklah ayunya," sambungnya.
Alisyha Humaira terdiam disitu. Pakai tudung... ? Tidak pernah terdetik dihatinya untuk berhijab. Tudung pun tidak tahu masih ada atau tidak dibiliknya. " Erm.. okay mummy,"
Puan Aisya tersenyum lebar. Tidak sabar ingin menunjuk anak dara dan anak terunanya dihadapan rakan - rakan. Mana tau ada yang berkenan untuk buat menantu.
Kelibat anak lelakinya dicari . Puan Aisya puas mencari keberadaan Adam Haqeemi . Waktu beginilah Adam mahu menghilang ! Alisyha pula tidak turun dari biliknya lagi .
" Mummy,"
Terkejut Puan Aisya . Jantungnya yang berdegup laju itu dipegang. Ya Allah , nasib tak arwah. Dia memusing kebelakang . Tangan kanannya sudah siap sedia untuk menarik telinga gerangan yang mengejutkannya.
" Aduh , aduhhh ! Sakitlah mummy," desis Adam Haqeemi. Malu pula dia apabila ditarik telinga dihadapan rakannya.
" Ha, terkejutkan mummy lagi ! Eh," terdiam Puan Aisya disitu sebelum dia berdehem. " Qarizh kan ? Anak Sarah ?" terus berubah intonasi Puan Aisya. Adam mencebik.
" Ya , Aunty Aisya. Aunty sihat ?" Qarizh bertanya khabar. Kepala ditundukkan tanda hormat. Tersenyum Puan Aisya melihat kelakuan Qarizh. Kalau buat menantu pun okay ni.
" Aih mummy , lamanya tenung anak orang. Anak mummy kat sini lagi handsome tau," Puan Aisya menggulingkan matanya saat mendengar suara berlagak anak lelakinya. Rakan-rakan Adam di situ tergelak melihat telatah dua beranak ini.
" Kamu semua pergilah makan dulu. Aunty nak berbual dengan kawan aunty dekat sana," pamit Puan Aisya. Mereka hanya tersenyum.
" Adam," panggil rakannya , Huzair. Adam Haqeemi menjungkitkan kening.
" Kau kata kau ada kakak. Mana orangnya ? Aku tak pernah tengok kakak kau lagi," Huzair berkata sambil menyengih. Tangannya menepuk nepuk bahu Adam.
Adam berdecit. Tahulah dia yang rakannya yang satu ini paling playboy diantara mereka.
" Dia ada dekat atas tengah bersiap," Adam kemudian menoleh kearah Qarizh yang diam membisu. Dia baru sahaja berkenalan dengan Qarizh sewaktu Qarizh dan uminya datang kerumah mereka beberapa minggu yang lepas.
Walaupun Adam muda 2 tahun daripada Qarizh , mereka tetap tidak kekok untuk berbual memandangkan keduanya agak peramah.
" Abang Qarizh kenapa diam ?" dia menepuk bahu Qarizh. Mata Qarizh kini tertancap pada Adam.
" Err.. abang rasa macam nak makan lah Adam," mulutnya tersengih lebar membalas ucapan adik ip— eh Adam.
Adam ketawa kecil sebelum menepuk dahinya. Lupa yang dia tidak membawa mereka ke tempat hidangan makanan lagi. " Jom kita makan dulu,"
YOU ARE READING
QARIZH HUMAIRA
General Fiction𝓆𝒶𝓇𝒾𝓏𝒽 𝒽𝓊𝓂𝒶𝒾𝓇𝒶 Alisyha Humaira. Nama seindah rupa tapi tidak pada perwatakannya. Seorang gadis yang agak kasar dan terdedah sana sini. Berubah imej dari seorang yang terdedah sana sini kepada seorang yang bertutup ? Tidak sama sekali...