s e v e n

9 1 0
                                    

Alisyha melangkah turun dari tangga dengan perlahan. Telinganya dapat menangkap suara percakapan tetamu yang hadir. Ramai ke mummy jemput ?

Tudung selendang berwarna putih dan dikenakan dengan abaya putih itu dibetulkan. Sekarang , mana mummy ?
Mata digerakkan kekiri dan kanan untuk mencari keberadaan ibunya. Aduh , mana mummy ni ? Patut tak aku naik ke bilik semula ?

Badan dipusingkan untuk kembali ke biliknya setelah kelibat Puan Aisya tidak dapat dijejaki. Namun , belum sempat dia melangkah ada satu suara yang menyentakkannya.

" Kakak nak pergi mana tu ? Pergilah tolong mummy layan tetamu," arah Adam. Tangannya mencekak pinggang apabila melihat si kakak ingin naik ke bilik semula. Amboi amboi..

Alisyha berdecit perlahan sebelum memusingkan badan kearah Adam. " Kakak cari mummy tapi tak jumpa," mata memandang Adam. Sempat dia mengerling disekeliling Adam. Alamak , kenapa semua kawan Adam memandang kearah dia ?

" Mummy dekat luar. Pergilah sana," ujar Adam , lebih kepada menghalau. Tangan Adam pula membuat gaya mengusir. Alisyha pergi dari situ. Sempat tangannya mencubit perut Adam.

" Ish budak ni," perutnya digosok. Bapak sakit !

" Adik ipar okay ?" kawannya turut menggosok perut Adam. Adam berdecit      " Jijik,"

Qarizh yang melihat adegan itu tertawa kecil.

Adam tayang muka cemberut. Amboi , mentang mentang kakaknya cantik.. laju sahaja semua ! Kakak tak boleh kahwin sekarang ! Nanti siapa nak jadi atm bergerak dia.

Adam meninggalkan rakan-rakannya yang sedang bergelak ketawa itu. Nak cari makan . Lapar !

Hi ! update tanda active ✅

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 08 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

QARIZH HUMAIRA Where stories live. Discover now