" Susah Gila Nak Tidur! "

80 15 29
                                    

DR. NOOROO: DEPRESI
--------------------------------
"Kau adalah satu-satunya orang yang kena, tak... kau boleh hentikan suara itu pada 4 pagi itu."

KATA-KATA NISTA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KATA-KATA NISTA

"Isomnia, isomnia, isomnia. Itu sebab kau tak tidur malam. Tidur siang. Kau ingat, bagus ke perangai kau macam ini?"

"Tidak payah salahkan orang lain. Asyik-asyik salahkan Isomnia padahal kau sendiri yang bersalah."

*Pandang dengan muka kecewa*

𖣘-----❀-----𖣘

LUAHAN

"Aku akan baring di katil, dan akhirnya akan tidur waktu siang."

"Aku terlalu sedih sampaikan tak boleh nak tidur."

"Seberapa kali aku pejamkan mata, suara itu akan ingatkan aku benda yang aku tak nak ingat. Ianya menyakitkan untuk menangis tiap malam dan tak boleh tidur langsung."

𖣘-----❀-----𖣘

Selalunya Isomnia ini dikenali sebagai penyakit susah nak tidur. Bahkan kalau tutup lampu atau buka lampu sama sahaja. Mata itu degil tak nak tidur tapi suara dalam otak tu banyak pula tenaga nak bercakap.

Otak: Kau rasa mak kau sayangkan kau tak?

Me: Diamlah... Dah pukul 1 pagi dah ini.

Otak: Eh, eh... dengar dulu. Aku rasa tak sebab mak kau mesti akan padang hina kalau tahu kau ada depresi. Siapa sahaja nak anak dia jadi...

Me: *scroll Instagram* Senyap pun.

Jadi, sepanjang aku ada Isomnia, aku akan main telefon supaya suara itu tidak menjengah. Mesti suara itu macam. Budak ini, tak guna betul, tak apa. Esok masih ada.

Dan kalau aku baring sahaja, aku akan akhirnya menangis atau cederakan diri waktu malam.

Orang-orang yang berada di bawah tempurung hanya akan ingat Isomnia ni, orang yang suka berjaga waktu malam. Orang yang pemalas dan orang yang suka tidur.

Dan aku yang malas bergaduh, aku hanya iyakan sahaja.

Eh, panjang pula intro.

Sampailah youtube recommend aku video seorang yang produktif. Semangat nak cuba benda baru semakin membuak pada aku. Rasa macam nak buat juga.

Jadi, aku pun semangatlah nak sembuhkan Isomnia, nak jadi macam orang produktif versi aku. Alhamdulilah... adalah juga sembuh sedikit-sedikit.

Dr. Nooroo : Depresi  Where stories live. Discover now