"Aku... Mulut Macam Sampah?"

140 30 13
                                    

DR. NOOROO
DEPRESI
____________
It is all my fault?

 NOOROODEPRESI____________It is all my fault?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KATA NISTA

"Kau ini. Asyik mencarut je. Sukalah kumpul dosa. Carutlah lagi. Tak sabar nak pergi neraka, ya?"

"Tak payahlah kawan dengan Kobis itu. Dia tu mulut tak reti jaga. Suka cakap kasar - kasar."

"Kau ni mulut memang macam bangkai, kan?"

𖣘-----❀-----𖣘

Luahan

"Tuhan... Aku sebenarnya tak bermaksud tapi kenapa... Kenapa mulut ini selalu terlepas kata? Kenapa? Hisk... Hisk..."

"Hek ek leh. Kau pun mencarut juga. Tak perlu tunjuk baik sangatlah. Sikit - sikit cepat koyak. Boleh pergi matilah."

"Tapi... Adakah semua ini salah mulut aku?"

𖣘-----❀-----𖣘

Hrm...

Nooroo tidak tahu mahu kata apa sebab kadang - kadang setiap manusia pun ada yang terlepas kata bila emosi negatif merasuk minda.

Tetapi sebagai manusia yang melakukan banyak dosa dan kesilapan, kita mesti perbaiki diri kita supaya dihindari segala sifat buruk.

Tanpa membuang masa, mari kita baca bahagian TIPS/MOTIVASI!

𖣘-----❀-----𖣘

TIPS/MOTIVASI

- Ada sesetengah orang, bila rakan dia bagi nasihat untuk tidak mencarut, dia rasa sentap dan dalam dia rasa bengang dengan rakan yang menasihatkan dia disebabkan dia tahu apa yang dia buat.

- Sepatutnya perkara ini tidak patut terjadi antara kalian. Kau orang perlu terima nasihat itu dan bersyukur kerana ada orang masih prihatin dengan kau.

- Ada sesetengah itu yang suka mencarut dan cakap kasar, kawan dia pun ikut sekali perbuatan itu. Tapi di belakang dia, kawan itu mengumpat si dia dan rasa menyampah dengan dia. Moga kita dijauhkan dengan kawan seperti ini.

- Nasihat yang pertama, setiap kali korang cakap kasar ataupun mencarut. Minta maaf dekat orang yang kau carut itu. Tapi ini bukan tiket untuk buat lagi. Lepas minta maaf itu kau kena berazam dalam diri untuk berubah.

- Tips yang kedua, setiap kali kau berbicara benda yang tidak sepatutnya, kau boleh kunyah gula - gula getah ataupun gula - gula. Lepas baca bismillah dan makan itu kau kunyah sambil kata dalam hati. 'Aku tidak akan mencarut. Aku tidak akan berkata benda buruk.'

- Seterusnya, apabila kau terlepas kata, kau buat denda. Sekali carutan atau ayat kasar, kau sedekah 10 sen. Letak satu botol. Bila kau sebut benda tak elok, kau masukkan 10 sen dalam botol itu. Sama seperti yang berikutnya. Sudah banyak duit itu, bolehlah sedekah di AmanPalestin ataupun masjid surau.

-Untuk yang Muslim, jangan malu - malu mahu sebut nama Allah. Macam kalau kau rasa marah kata Lailahaillallah. Bila rasa bengang dengan keadaan sekeliling sahaja kau sebut Masya-Allah. Ha, ini aku punya rutin percakapanlah.

- Untuk yang bukan Muslim dan sama juga dengan Muslim, kau boleh buat benda yang menenangkan otak misalnya main permainan video, melakukan aktiviti kesukanan, melukis dan macam - macam lagi.

- Kau sebenarnya orang yang sangat baik dan mempunyai hati yang tiada pada orang lain. Kalau kau berusaha untuk tidak mencarut, hendak kau tahu, aku yakin kau boleh.

- Dan yang paling penting, kau kena percaya yang kau boleh buat semua ini! Walaupun ianya akan mengambil masa yang lama, yakinlah kau boleh!

𖣘-----❀-----𖣘

UNTUK SAHABAT

- Kalian yang ada sahabat begini, jangan putus asa untuk pimpin dia menuju ke cahaya! Kata kawan, tidak mungkin kalau cuba sekali sudah putus asa.

- Kau boleh bantu dia kurangkan mencarut. Macam kalau dia tercarut kau tegur dia. Biarlah dia bengang dengan kau tetapi percayalah yang lama - lama dia akan terima nasihat kau.

- Tetapi jangan tegur. "Wey, ahli neraka mencarut."

- Tentu dia akan sedih. Seeloknya nasihat dia dengan baik dan bertapis. "Wey, tak baiklah, Sameon. Kalau kau tak carut, aku belanja air Milo seringgit."

𖣘-----❀-----𖣘

QUOTES

"What comes out of your mouth comes into your life"
- Jin Sincero

"Sometimes, the best thing you can do is keep your mouth shut and your eyes open. The truth always comes out in the end."

Dr. Nooroo : Depresi  Where stories live. Discover now