"Layakkah Aku?"

285 53 3
                                    

DR. NOOROO:
DEPRESI
__________________
Mungkin kau rasa mahu mati.
Tapi Tuhan masih beri kau hidup.
Jadi, jangan siakan peluangnya.

 Jadi, jangan siakan peluangnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KATA NISTA

"Lebih baik tak payah taubat kalau kau buat balik dosa. Taubat tu sia - sia saja."

"Kau ni confirm masuk neraka. Allah takkan ampunkan dosa kau. Peminum arak macam kau ni, doa pun tak makbul. Solat pun Allah tak terima."

"Buat apa taubat kalau kau buat balik dosa? Kau itu macam hipokrit! Menipu Allah! Taubat tapi buat balik. Tak guna kalau kau bertaubat."

𖣘-----❀-----𖣘

LUAHAN

"Allah benci aku..."

"Aku mesti akan jejakkan kaki aku ke dalam neraka."

"Aku teruk, aku sial, aku bangang, aku bodoh, aku jahat, aku permaksiat tegar, aku memang tak layak masuk syurga."

𖣘-----❀-----𖣘
                                                

For Muslim;

Mesti rasa seperti Allah S.W.T tak akan ampunkan kita. Yalah, sebab kau asyik buat dosa je. Lepas tu, kau rasa terhina sebab baru sekarang kau cari Allah S.W.T.

Sebenarnya, semua tanggapan kau salah.

Allah S.W.T bagi kau depresi semua ini nak kau datang sujud pada dia. DIA rindu luahan kau.

𖣘-----❀-----𖣘

TIPS/MOTIVASI

Nabi Muhammad S.A.W bersabda;

"Allah yang maha suci dan maha tinggi mendekati hambaNya yang beriman lalu berkata, 'HambaKu, datanglah dekat padaKu. Adakah kau masih ingat dosamu seperti ini? Masihkah kau ingat dosamu seperti ini?', sehingga hamba tersebut menyangka bahawa dia akan binasa (disebabkan dosa - dosa yang dilakukan tika di dunia). Tetapi, Allah berkata, 'Aku telah menutupi dosamu di dunia, dan inilah Aku yang akan mengampuni dosa - dosamu pada hari ini!"

(Hadith Riwayat Bukhari)

"Wahai hamba - hamba-Ku, sesungguhnya kamu berbuat salah pada malam dan siang, dan Aku mengampuni semua dosa, maka minta ampun lah kepada-Ku nescaya Aku akan mengampuni kamu..."

(Hadith Riwayat Muslim)

Hadith Qursi Riwayat Tirmidzi:

"Hai anak Adam! Sesungguhnya selama engkau berdoa dan berharap hanya kepada-Ku, nescaya Allah akan mengampuni dosa - dosa yang engkau lakukan dan Aku tidak peduli!"

"Wahai anak Adam! Seandainya dosa - dosamu  setinggi langit, kemudian engkau meminta ampun pada-Ku, nescaya Aku akan mengampunimu dan Aku tidak peduli!"

"Wahai anak Adam! Jika engkau datang kepadaku dengan membawa dosa - dosa yang hampir memenuhi bumi kemudian engkau bertemu dengan-Ku dalam keadaan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun, nescaya Aku datang kepadamu dengan memberi ampunan sepenuh bumi."

"Allah berkata pada Daud: 'Wahai Daud! Jika orang yang berpaling dariKu mengetahui akan kerinduanKu dan kecintaanKu kepada mereka, serta keinginanKu agar mereka kembali kepadaKu semula, pasti mereka akan berebut untuk mendapatkan kerinduanKu! Wahai Daud! Itulah keinginanKu kepada orang - orang yang berpaling dariKu. Lalu, bagaimana dengan kecintaanKu terhadap orang - orang yang selalu menghadap (taat) kepadaKu?"

(Ihya' Ulumuddin, 362:4)

- Selama ini kau rasa Allah sudah naik murka pada kau, Allah sudah benci engkau sangat - sangat tetapi sebenarnya tersilap. Allah sentiasa dekat dengan kau!

NOTAKAKI:

- Tetapi, tak bermaksud yang kita boleh lambatkan taubat. Sepatutnya, bila kita baca hadis ini, roh dan jiwa kita akan dahaga untuk terus bertaubat setiap kali berbuat dosa.

"Orang yang paling bodoh ialah orang yang tahu Allah maha pengampun, namun dia gunakan pengampunan Allah sebagai alasan untuk terus melakukan dosa"

(Ibn Qayyim)

𖣘-----❀-----𖣘

UNTUK SAHABAT

- Kalau kau ada sahabat yang baru bertaubat ataupun baru berhijrah, jangan panas hati. Jangan pergi maki dia. Tapi ucapkanlah 'Alhamdulillah' sebab dia dah berubah. Bantu dia berubah.

- Jangan sehingga kerana mulut kau, mereka berpaling terus daripada Allah S.W.T.

𖣘-----❀-----𖣘

DOA

- Maaf kalau gambar tak jelas.

"Ya Allah, aku mohon keampunan dariMu untuk dosa yang aku bertaubat untuk tidak ulangi tetapi aku kembali melakukan dosa tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ya Allah, aku mohon keampunan dariMu untuk dosa yang aku bertaubat untuk tidak ulangi tetapi aku kembali melakukan dosa tersebut..."

"Dan aku meminta keampunan dariMu untuk pekata yang aku janji untuk buat keranaMu tetapi aku tidak laksanakan."

"Dan aku meminta keampunan dariMu untuk perkara yang aku berazam untuk buat keranaMu, tetapi buatku bercampur dengan perkara lain..."

Dr. Nooroo : Depresi  Where stories live. Discover now