APA ITU DEPRESI?

337 60 71
                                    

Apa benda DEPRESI itu?Adakah sejenis makanan?Sekejap, kalau DEPRESI itu makanan,Bagaimana rupa dia?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Apa benda DEPRESI itu?
Adakah sejenis makanan?
Sekejap, kalau DEPRESI itu makanan,
Bagaimana rupa dia?

Nooroo : ...

Nooroo : Ha!

Nooroo : Hrm...

Nooroo exe. has stopped.

𖣘-----❀-----𖣘

Depresi /Depression / Kemurungan

🌟 Gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah dan hilang minat dalam aktiviti seharian

🌟Ianya berlarutan sekurang - kurangnya 2 minggu. Kemurungan juga boleh berlangsung hingga berbulan - bulan atau bertahun - tahun.

🌟Penyakit ini boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja tidak mengira umur, jantina atau bangsa. Hatta Adudu pun boleh kena depresi kerana selalu kena tolak cintanya dengan Kikita dan Ayuyu.

𖣘-----❀-----𖣘

Beza DEPRESI dengan KESEDIHAN

Kesedihan

♠️ Satu sifat yang positif. Menunjukkan kita adalah makhluk yang mempunyai perasaan.

♠️ Cuba kalau orang  yang kehilangan orang yang tersayang. Mestilah menangis, bukan? Kalau tersenyum - senyum macam minta bini, mesti dia adalah pembunuh bersiri ataupun orang gila. Mungkin juga bukan ahli keluarganya.

♠️Bermakna tidak salah untuk bersedih. Menangis bukan tanda kita meroyan. Menangis bukan tanda kita tidak kuat. Menangis bukan tanda kita tidak sabar.

♠️Menangis dan sedih adalah sifat semula jadi manusia, bahkan ia membuatkan kita lebih kuat!

Depresi

♠️ Tetapi. Ha, tetapi!

♠️ Kalau kesedihan itu berlarutan hingga membuatkan kita menjadi hilang kawalan, rasa down, menyalahkan diri dan macam - macam lagi, ia akan membawa kita menjadi depresi.

♠️ Malah, depresi ini boleh mengakibatkan anxiety social, bipolar, skizorfenia dan macam - macam penyakit mental lagi.

𖣘-----❀-----𖣘

Faktor Membawa Depresi

✨Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia iaitu Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine. Amboi, panjangnya nama. Baik mu tulis komsas.

✨Baka keturunan. Mempunyai salah seorang ahli keluarga yang menghadapinya.

✨Trauma atas sesuatu perkara;
I) Dibuli dan diejek sehingga menjadi takut untuk datang ke sekolah.
II) Mempunyai ayah yang curang dengan ibu dengan mengahwini perempuan lain. Malah, ibu tiri itu membenci dirinya serta ibu kandungnya.
III) Ada juga spesies ibu bapa yang suka memaksa anak mereka mendapat markah tinggi, membuatkan anak mereka belajar sehingga stress.

✨Kurang sokongan daripada keluarga ataupun sahabat terdekat.

✨Corak pemikiran. Contoh, kita rasa  diri sendiri tidak berguna. Malah, tanggapan orang sekeliling boleh hadirkan rasa kemurungan.

✨Baru melahirkan anak.
      Yalah, baru lahirkan anak mesti penat, lagi lagi lepas bertarung nyawa. Rasa stress sampai nak cekik bayi dia sampai mati.

✨ Antara faktor lain seperti maksiat, penyalahgunaan dadah, sihir dan banyak lagi.

𖣘-----❀-----𖣘

Tanda tanda Depresi

🔸Rasa putus asa dan tiada harapan.

🔸Mula hilang selera makan, berat badan kurang, badan lesu dan tidak bermaya.

🔸Kitaran tidur kita mula bermasalah. (Isomnia dan Hypersomnia)

🔸Selalu rasa mahu bunuh diri dan selalu cuba mencederakan diri sendiri.

🔸Sentiasa rasa tidak tenang, rasa kosong, cepat marah, susah nak gembira dan selalu fikir negatif.

🔸Rasa cemas selalu. (Trauma/Fobia)

🔸Kepala selalu berdenyut.

🔸Tidak suka jumpa orang, suka bersendiri dan tidak mahu diganggu.

🔸Selalu mendengar suara jiwa yang asyik mahu menjatuhkan diri kita, menyebabkan kita sentiasa mencari jalan untuk melenyapkan suara itu.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dr. Nooroo : Depresi  Where stories live. Discover now