"Keluarga Aku Teruk!"

118 27 12
                                    

DR. NOOROO
DEPRESI
____________________
"A family doesn't have to be perfect,
it just need to be united."

KATA NISTA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KATA NISTA

"Hei, anak Sameon tu dah khatam lima kali Al - Quran, tau. Kenapalah engkau ni langsung tak ada sedikit pun pencapaian? Malu ibu nak cerita fasal kamu dekat jiran sebelah."

"Kenapa gagal ni? Matematik senang pun boleh gagal. Kau tengok adik beradik kau yang lain. Semuanya pandai - pandai. Kau seorang sahaja yang bodoh!"

"Ayah sibuk ni. Jangan kacau ayah boleh tak?"

𖣘-----❀-----𖣘

LUAHAN

"Aku... aku langsung tak dapat capai cita - cita aku. Ibu bapa aku terlalu mengongkong aku. Harapan mereka terlalu besar... hiks. Aku tak mampu tunaikan."

"Aku benci apabila orang kata 'mereka masih keluarga kamu.' Hanya sebab mereka itu keluarga kau tak bermaksud mereka boleh suka hati saja musnahkan hidup kau. Hubungan pertalian darah kadang - kadang tidak bermakna apa - apa."

"Keluarga sepatutnya merupakan orang yang paling kita percayai tapi keluarga saya merupakan musuh dalam selimut saya sela ini."

𖣘-----❀-----𖣘

Hai, hahahaha, lama tidak berjumpa saya.

Aku sangat teruja nak berjumpa dengan kau sebab kau sangat kuat. Yalah, cuba bayangkan. Orang sudahlah stress balik sekolah kemudiannya kena hadap ibu bapa yang perangai tidak seberapa. Tapi, kau kuat dan sabar dengannya. Kau masih lagi bertahan. Sebab itulah aku teruja nak jumpa orang yang tabah macam kuat.

Kau lebih kuat dari apa yang kau bayangkan.

Tanpa melengahkan masa, ayo rakan sepertualang! Menuju ke ruangan tips dan motivasi!

𖣘-----❀-----𖣘

TIPS/ MOTIVASI

- Maafkan segala kesalahan ahli keluarga kamu. Eh, kenapa pula nak maafkan? Sudahlah dia orang buat jahat dekat aku. Lepas itu nak maafkan pula. Kalau kau tak maafkan mereka, malah berdendam dengan mereka. Jadi, apa beza kau dengan mereka?

- Kita kena maafkan mak ayah kita sebab mungkin mak ayah kita dibandingkan dengan mak ayah dia.

- Kalau kau rasa sakit dengan perangai mereka, jangan ulangi perangai mereka. Balas perbuatan mereka dengan kebaikkan.

Dr. Nooroo : Depresi  Where stories live. Discover now