CERITA SEKETUL NOOROO

139 21 36
                                    

DR. NOOROO:
DEPRESI
-------------------------
"Your not sick."
"You need help!"

☾︎------❤︎------☽︎

"Sekejap, author bagi nasihat ini. Author ada pengalaman ke?"

"Akak, followback."

Eh.

☾︎------❤︎------☽︎

Jangan alihkan cerita ini dari perpustakaan anda! Di sini seketul Nooroo ingin menceritakan kisah silamnya dari seorang perempuan yang cuba menamatkan nyawanya sendiri kepada seorang perempuan yang bangkit mara ke hadapan.

Yalah, mesti pelik kan. Mana budak ini dapat tips - tips sebegini? Hahaha, ini semua berdasarkan pengalaman sendiri!

Okay, nak tahu kisah hidup aku kan? Mari kita meneroka ke dunia seketul Nooroo!

☾︎------❤︎------☽︎

SOALAN PERTAMA: Berapa masalah depresi yang seketul Nooroo pernah hadapi?

Oh, soalan ini. Sekejap, en... mahu senaraikan.

1) Tekanan (stress)
2) Anxiety
3) Anxiety Social
4) Aku fikir yang semua orang nak bunuh aku,tak tahulah ni Skizofernia ke tak tapi tak mahulah memandai-mandai.
5) Isomnia
6) Hypersomnia
7) Self-harm
8) Trauma

Dan fakta paling menarik, saya tak pernah pergi jumpa doktor untuk rawat semua penyakit di atas. Luah dekat seseorang pun tidak pernah. Saya cuma luah atas sejadah sahaja. Tak pun dengan diri sendiri.

Kau orang beruntung tau, aku pertama kali bersemangat luah pada kau orang.

...

SOALAN KEDUA: Bagaimana seketul Nooroo mendapat semua masalah depresi ini?

Semuanya bermula selepas kematian arwah ayah saya. Kejap, nak cakap formal ke... nak cakap tak formal?

Dark Nooroo: Seram pula aku dengan kau ni. Kenapa kau cakap dengan dinding sambil menghadap telefon?

Hendak dipendekkan cerita, aku pernah 'ter'suka dekat budak lelaki sekolah aku. Waktu itu aku darjah empat. Sebab apa? Sebab dia baiklah. Yalah, dia tolong aku banyak kali kot. Lepas itu layan aku elok - elok, memanglah terjatuh suka.

Bila aku luah dekat salah seorang kawan aku... okey, kita gantikan nama dia dengan Cik Siti. Cik Siti pun beritahu dekat lelaki yang aku minat tu.

Selepas sahaja lelaki itu dapat tahu aku suka dia, terus aku datang sekolah kena hina. Aku macam dalam hati... kurang asam punya jantan. Satu kelas lelaki kutuk aku macam rupa dia orang semua iras Fattah Amin.

Jadi bermulalah episod aku dibuli. Aku diejek. Dihina dan dimaki ke mana sahaja aku pergi. Kalau ada kawan, dapat dibilang dengan jari sahaja.

Kenapa aku dihina? Hanya sebab 'gigi'. Gigi aku ini ke depan sedikit jadi terserlahlah kejong... kejongangannya. Allah, susah benor nak mengeja.

Jadi kiranya, bagi dia orang. Budak hodoh macam aku ini tak layak nak suka siapa - siapalah. Hek ek leh. Hek ek leh. (Masih tidak puas hati).

Sejak daripada itu, banyak benda jadi dekat aku. Kawan aku khianat aku. Satu kelas waktu aku darjah enam pulaukan aku. Kena baling sampah oleh ex-crush sendiri.

Bila meningkat usia 13 tahun, masih lagi budak - budak mengejek aku. Aku macam... aku ni famous sangat ke sampai ada orang nak mengejek aku? Tetapi itulah redha sahajalah.

Bila aku belajar sehingga pandai. Masuk kelas pertama berturut - turut, tiada orang yang berani - berani mahu mengejek aku. Dan aku macam... Alhamdulillah, tiada lagi makhluk - makhluk durjana berjoget depan aku lagi.

Tetapi satu makhluk lain pula datang. Ianya digelar depresi. Nak tahu ayat pertama dia kata dekat aku? Bismillah... assalamualaikum!

...

SOALAN KETIGA: Bagaimana seketul Nooroo menghadapi depresi anda?

Macam penyakit orang lain, aku pernah hampir bunuh diri tetapi tidak pernah cuba nak terjun bangunan sebab aku sendiri gayat. Tengok bawah pun terketar - ketar kaki. Memang taklah nak letak kaki di awang - awangan.

Sampai aku dikhianati oleh kawan keempat aku, aku memang tak tahanlah. Bak kata orang putih, 'imma head out!'. Aku senyap - senyap menyusup ke dapur dan ambil pisau dan tikam diri sendiri.

Waktu itu memang susah nak percaya. Aku tikam. Kuat gila aku tolak. Tetapi, tak tembus langsung pun. Aku cam... aku pakai pisau dapur kot. Kenapa tak tembus - tembus ini?

Dan lepas malam itu, aku terus terdetik untuk solat awal waktu. Alhamdulillah, waktu itu aku dah mula merasa tenang sedikit.

Beberapa hari kemudian, anxiety social dan anxiety menghantar rombongan meminang serentak. Aku waktu 14 tahun itu pun hanya menayangkan senyum pasrah sambil mencarut manja di dalam hati.

Aku usaha sendiri untuk keluar. Sebab ketika itu, aku langsung tidak berani untuk luahkan pada manusia. Aku takut sangat mereka akan lari semasa mendengar cerita aku. Jadi aku hanya menjadikan diri aku dan Allah sebagai sumber kekuatan aku.

Tak bosan lagi, kan? Mana tahu tiba - tiba tarik muka sebab bosan.

Aku keluar daripada kebimbangan sosial, tetapi isomnia, skizofernia dan halusinasi datang serentak. Haih... memang tidak puas hati betullah masalah depresi dengan aku. Macamlah aku pernah kacau keluarga dia.

Aku kembali jatuh ke dalam anxiety. Sudahlah fikiran aku cuba menjatuhkan aku. Aku mula berprasangka buruk kepada orang ramai.

Halusinasi pun sudah masuk dalam ke dalam kepala aku. Bayangkanlah. Masa mahu solat. Kau nampak satu ilusi... ramai pembuli - pembuli kau masa dahulu keluar daripada almari dan cuba untuk bunuh aku.

Yang paling kelakar, aku pernah berilusi salah seorang pembuli aku merangkak dekat atas siling macam spiderman.

Tetapi yang tidak kelakarnya, bila ilusi itu pergi terkam aku dan cuba tekup muka aku dengan bantal. Lepas sedar dari ilusi itu, aku terus menangis. Huhuhu, kalaulah boleh jumpa diri aku masa lalu, dah lama aku peluk dia (diri aku sendiri).

☾︎------❤︎------☽︎

Eh, kenapa berhenti ini? Ialah... sudah 800 patah perkataan lebih. Nanti jadi komsas pula bab ini.

Bagaimana seketul Nooroo berjaya keluar daripada masalah depresi? Mari kita ke baba... eh typo ini kan. Mari kita ke bab seterusnya!




Dr. Nooroo : Depresi  Where stories live. Discover now