Thea POV
Sejak akhir-akhir ini,ketika bangun pagi tubuhku terasa lenguh dan kawasan kewanitaanku terasa sedikit perih.Aku disini bukannya melakukan kerja-kerja berat,aku cuma menemani Lukas dan menjaga makan dan minumnya.Tapi kenapa rasa sakitnya seperti baru sahaja melakukan pembersihan seluruh mansion.Ayumi sahaja yang membuat kerja-kerja berkaitan rumah dan aku tidak dibenarkan melakukan hal itu oleh Trevor.Dia hanya tugaskan aku menjaga hal-hal yang berkaitan Lukas.
Entah kenapa aku rasa rindu dengan Trevor,sudah seminggu Trevor tidak balik kesini.Menurut kata Ayumi,Trevor ada kerja di luar kota dan tidak tahu bila dia akan kembali.Trevor sama sekali tidak memberitahu aku sebelum dia bertolak pergi.Terasa seperti dia mengelak berjumpa dengan aku sejak aku berkata yang apa yang pernah terjadi diantara kami sebelum ini tidak membawa maksud apa-apa melainkan hanya penyamaranku sebagai kakak Anna.Sejak itu dia tidak lagi pernah berbual dan cuba mendekati aku.Dalam diam aku terpaksa memendam rasa sakit hati.
Hari ini sudah masuk bulan ketiga kami berada di mansion yang berada di kawasan perbukitan.Sunyi sungguh aku rasakan setelah aku berjaya menidurkan Lukas di biliknya.Rasa rinduku terhadapnya membuak-buak ketika ini.Kenapa harus begini?Sungguh aku sudah mengkhianati kakak kandungku sendiri.
Disebabkan rasa rindu ini aku memasuki bilik tidur Trevor dan mulai menelusuri setiap sudut bilik itu.Warna hitam dan kelabu menjadi warna tema biliknya.Seorang Trevor sangat menyukai warna yang gelap dan aku sedar hanya kemejanya saja yang berwarna putih.
Aku masuk ke dalam closet.Perlahan kaki melangkah sambil menyentuh pakaiannya yang bergantungan.Aku mengambil salah satu baju T yang selalu dipakainya jika berada di rumah lalu menghidu baunya.Bau tubuh Trevor pada baju itu sungguh harum dan maskulin.Entah kenapa rasa ghairah tiba-tiba menyerbuku.Tanpa sengaja aku mendesah perlahan sambil menghidu bau baju Trevor.
Hampir setiap malam aku bermimpi Trevor mengangkatku masuk ke dalam biliknya dan kami mulai hanyut dalam asmara.Ianya rasa nyata tapi setelah bangun pagi aku masih berada di dalam bilik Lukas dan tibuhku terasa sangat sengal.Sejak Trevor pergi,Ayumi tidak lagi menghantarkan susu kepadaku seperti yang selalu dia lakukan sebelum ini.Aku ingin bertanya tapi aku hanya berdiam diri sahaja.
Aku keluar dari closet membawa baju Trevor dalam pelukkan lalu aku membaringkan tubuhku di atas katilnya.Wangian tubuh Trevor sangat kuat disitu.Kepala aku daratkan di bantal kemudian bantal peluk aku peluk.
"Where are you,Trevor?Bila kau balik?I miss you."
🌼🌼🌼🌼
"Kau sudah jumpa dimana adik Anna?"
"Maaf boss.Sudah seminggu saya ekori Trevor tapi dia hanya pergi ke bangunan Elite Group dan balik rumah keluarganya.Dia tidak pergi kemana-mana selain ke kelab milik Swae Lee."kata Foz.
Dudley menghentak tapak tangan di meja dan merengus geram.Geram terhadap Trevor yang sudah menyembunyikan Anthea serta kedua orangtuanya.Permintaan dari Anna untuk mencari mereka belum lagi tertunai dan kini Anna tidak mahu disentuh sehingga dia berjaya menemukan keluarga kandungnya.Dudley menjadi tertekan sebab nafsunya tidak dapat dilempiaskan.
"Teruskan mengawasi si bedebah itu.Cari mereka sampai dapat terutama sekali kembar Anna.Ingat..kalau kau berjaya menemui mereka asingkan tempat kembar Anna dan ibubapa mereka dan jangan beritahu Anna soal itu.Kalau kau berjaya aku akan berikan hadiah yang istimewa untuk kau,Foz."kata Dudley dengan senyuman yang penuh dengan muslihat jahatnya.
"Baik boss.Saya akan lakukan yang terbaik."
Setelah Foz keluar dari biliknya,Dudley mengeluarkan gambar seseorang.Dia menatap gambar itu dengan penuh rasa ghairah.Dia mengucup dan mejilat gambar itu dengan senyuman sinis.
YOU ARE READING
MY HEART BELONGS TO HIM
RomanceMY HEART BELONGS TO HIM WRITTEN BY MARR ROSLINA 🍀SINOPSIS🍀 Anthea..sejak dari kecil dia tertanya-tanya kenapa kakak kembarnya tidak menyukai dirinya itu.Setiap kali dia mendekati Ayanna pasti dia akan diherdik dan dimaki.Entah mana silapnya sampai...