CHAPTER 1 - HOME

575 25 2
                                    

Bab 1

"Apa khabar awak sekarang, Anna? Adakah awak baik-baik saja? Awak bahagia bersama suami dan anak kau? " Thea bermonolog sendiri. Saat ini dia hanya duduk di rumah. Memandangkan hari ini harinya bercuti dari pergi bekerja. Lebih baik dia berehat sahaja di rumah. Dia bukannya ada kawan sangat pun di tengah-tengah bandar ini. Di tempat kerjanya pun hanya ada seorang iaitu Lisa.

Ingin mengajak Lisa lepak dirumahnya tapi Lisa dari hari jumaat lagi sudah pulang ke kampungnya disebabkan ada masalah keluarga yang berlaku di kampungnya itu.

Thea merasa hairan apabila Lisa tiba-tiba sahaja menangis berlari ke masuk ke tandas. Thea mengejarnya dan masuk ke dalam tandas. Apabila ditanya Lisa beritahu neneknya sudah pergi meninggalkan mereka.

Thea hanya mampu memberikan bahunya tempat Lisa melepaskan tangisannya.

Sebelum bertolak pulang Thea sempat berpesan kepada Lisa agar berhati-hati memandu. Thea ingin sangat mengikuti Lisa tetapi jika dia pergi, siapa yang akan membuat kerja Lisa? Thea terpaksa menolong Lisa membuat kerjanya yang tertangguh itu.

"Bosannya......" Thea mengeluh panjang. Dia berbaring di atas lantai berdepan dengan tv yang masih berpasang itu. Memaparkan katun Spongebob. Sudah besar panjang pun masih lagi Thea menonton katun kegemarannya itu.

Dulu masa kanak-kanak lagi dia sering dipukul oleh Anna. Mereka berebut ingin menonton katun kegemaran masing-masing. Anna ingin menonton Frozen manakala Thea pula ingin menonton Spongebob.

Mereka sering tidak sehaluan. Naomi Martinez ibu mereka sering menjadi pengadil tidak berbayar mereka. Jika ayah mereka Bradley Martinez ada di rumah mereka tidak berani bergaduh. Bradley mempunyai sikap yang tegas terhadap kedua-dua puterinya itu.

Tetapi apabila umur Anna dan Thea menginjak ke lima tahun, bapa saudara mereka datang untuk mengambil Anna. Anna yang disogok dengan barang mainan kesukaanya itu dengan senang hati mengikuti Edgar. Walaupun Thea masih kecil waktu itu, dia sudah faham sedikit keadaan ayah dan ibunya. Mereka diugut oleh Edgar. Thea pada waktu itu sudah faham apa itu maksud BUNUH.

Thea selalu melihat akaun muka buku kakak kembarnya itu. Dia merupakan seorang model terkenal. Terkenal sebab suaminya ialah Trevor Daniel.

Trevor Daniel merupakan usahawan yang berjaya. Bukan setakat usahawan tapi sudah bergelar jutawan. Mempunyai syarikat sendiri yang diwarisi dari ayahnya, Jason Daniel.

Mereka juga sudah mempunyai seorang putra kecil yang mereka namakan, Lukas Daniel. Lukas sangat comel dan Thea ingin sangat berjumpa dengan anak buahnya itu.

Tetapi...

Awal-awal lagi Edgar sudah memberi amaran kepada Bradley dan Naomi.

"Mulai dari sekarang, Anna adalah anak kandung saya. Kamu jangan sesekali muncul di depan media dan mengatakan kamu semua adalah keluarga kandung Anna. Saya tidak mahu orang tahu yang Ana ada saudara kembar. Jika semua ini terbongkar tahulah nasib kamu tiga beranak.! " begitulah kata-kata Edgar kepada Bradley dan Naomi.

Thea bingung. Entah kenapa ayahnya tidak melawan adiknya itu. Ayahnya seperti ketakutan dengan Edgar. Ayahnya langsung tidak menghalang Edgar mengambil Anna. Anna lagi suka mengikuti Edgar. Dia langsung tidak menangis. Yang menangis hanya Thea sebab berpisah dengan Anna, saudara kembarnya.

Tengah asyik Thea mengelamun di tengah-tengah ruang tamu itu, tiba-tiba smartphone miliknya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

Thea segera bangkit dan mencapai smartphone itu di atas meja kopi. Tertera nama MAMA di screen dengan segeranya dia menyambut panggilan itu.

MY HEART BELONGS TO HIMWhere stories live. Discover now