BAB 2
ANTHEA's POV
"What?!! " terjerit saya dibuatnya. Uncle Edgar sudah hilang akal kah apa? No! This is insane.
"Please Anthea. Tolonglah Uncle kali ini saja. Sementara Anna belum balik, tolong gantikan posisi Anna di rumah agam itu. Kalau tidak suaminya pasti akan membunuh uncle. " kata-kata yang keluar dari mulut uncle Edgar sangat tidak logik menyapa halwa pendengaran saya.
Macam mana saya nak jadi seperti Anna? Sikap kami sangatlah berbeda. One more thing, saya kena menyamar jadi isteri Tuan Trevor dan ibu Lukas? What the fish??!
"Edgar. Kamu sudah mengambil Anna dari kami, janganlah ambil Thea pula. Kasihanilah kami, Edgar. " ucap mama. Papa dari tadi hanya mendiamkan diri sahaja.
"Papa... " saya cuba menyedarkan papa dari lamunannya. Papa memandang ke mata saya. Saya tahu papa pun tidak mahu anaknya diambil lagi oleh uncle Edgar.
"Ed, apa sebenarnya yang terjadi pada, Anna? Kenapa dia tiba-tiba hilang? " papa melontarkan soalan.
"I don't know what happened, Brad. Saya dapat tahu pun lepas suami Anna menelefon saya menanyakan keberadaan Anna. Dia mengugut untuk membunuh saya jika Anna tidak kembali ke rumah agam itu. Syarikat mendiang ayah pun akan bankrupt."
"Kau sudah berjanji sama saya, Brad. Jika saya perlukan apa-apa dari kau, kau akan memberikanya pada saya. Ini semua tidak akan terjadi kalau bukan disebabkan kau. Kau mahu saya ingatkan balik apa yang kau lakukan masa kita muda-muda dulu?" Ugut uncle Edgar. Saya ingin bertanya tapi tidak manis pula menyampuk hal orang tua. Walaupun saya tahu pasti hal itu mungkin membuat papa malu atau mungkin tidak mahu anaknya tahu.
"Edgar please." Rayu papa.
"No! Sekarang apa yang saya mahu kamu mesti tunaikan. Kalau saya kena bunuh oleh suami Anna ,saya pasti akan heret kamu sekali. Lagipun jika Trevor tahu hal sebenar pasti dia akan cari kamu semua. Sebab dia pantang ditipu. Takkan kau lupa Brad siapa Trevor tu sebenarnya?" Okey part Trevor tu saya tidak tahan.
"Trevor itu siapa sebenarnya,uncle?" See.. Soalan pertama keluar. Saya curious pula mahu tahu pasal manusia yang bernama Trevor Daniel ni. Saya bukan minat ya, saya ingin tahu saja. Dia itu suami kakak saya tahu.
"He's a gangster,Thea. Dia bukan saja punya syarikat besar tapi mempunyai empayar gangster sendiri. Dia tubuhkan sendiri. He's dangerous. Kalau buat dia marah, pasti dia akan menyakiti sesiapa sahaja yang buat dia marah tanpa belas kasihan. "
"What?! Gangster?!" Hmm. Menyesal saya tanya. Tapi... Kenapa saya rasa mahu tahu lebih tentang manusia bernama Trevor Daniel ni.
"So.. I want you to make a choice, Thea. Disguised or killed??" Matilah nakk..
Kalau saya pilih menyamar sikit kemungkinan penyamaran saya akan diketahui. Lagipun saya dan Ana sangat seiras jadi mana mungkin mereka boleh cam saya kan?
Kan???
Kalau saya pilih dibunuh, papa dan mama akan terpalit. Kalau saya saja tidak apalah. Saya kena lindungi papa dan mama. Mereka sudah tua. Saya tidak mahu mereka tekanan disebabkan hal yang ditimbulkan oleh Anna. Kenapalah Anna tiba-tiba menghilang? Buat semua orang risau dan susah.
"Disguised." Saya memberitahu keputusan saya. Papa dan mama sangat terkejut mendengar keputusan saya. Tapi ini semua saya buat untuk mereka. Anna selalu membuat papa dan mama risau.
"Good choise,Anthea " Uncle Edgar tersenyum kemenangan. I hate that smile. But what I can do?
'You can do it, Thea.' bisik hati Thea. Dia menguatkan semangatnya demi ibubapanya.
YOU ARE READING
MY HEART BELONGS TO HIM
RomanceMY HEART BELONGS TO HIM WRITTEN BY MARR ROSLINA 🍀SINOPSIS🍀 Anthea..sejak dari kecil dia tertanya-tanya kenapa kakak kembarnya tidak menyukai dirinya itu.Setiap kali dia mendekati Ayanna pasti dia akan diherdik dan dimaki.Entah mana silapnya sampai...