Bab 2

4K 125 3
                                        

-Fizzah Shah-

✨✨✨

Usai solat subuh berjemaah dengan Fayyadh, aku terus turun ke bawah untuk menyediakan sarapan sebelum dia berangkat kerja.

"Sayang, abang pergi kerja dulu. Abang ada meeting kejap lagi. "

Aku yang tengok dia kelam kabut turun terus mengambil kasutnya dalam rak, turut diambil sepasang stoking hitam yang baru saja aku lipat semalam.

"Abang tak nak makan dulu ke? " aku hulur stoking untuk dipakainya.

"Tak sempat sayang. Abang pergi dulu."

Lepas je aku bersalam dengannya terus dia masuk ke dalam kereta. Keretanya yang sudah mulai keluar dari perkarangan rumah aku pandang seraya sebelah tangan mengusap ke dahi sendiri.

'Dia lupa cium dahi macam selalu'.
Getus hatiku, kecewa.

Aku tutup pintu, berjalan masuk ke dapur. Hidangan nasi goreng kampung aku tenung kerana ini kali pertama dia tak isi perutnya sebelum pergi kerja. Selalunya dia akan jamah sedikit walaupun rushing nak pergi kerja. Walaupun hanya sekeping roti bakar.

Aku ambil tudung saji dan tutup nasi goreng tadi. Kaki dihalakan ke bilik untuk merehatkan diri. Penat memasak dari pagi tapi sayang tak di jamah langsung oleh suami aku.

Aku merebahkan diri ke atas katil dan menurunkan suhu aircond. Aku menarik selimut membaluti tubuh dan baru saja mata ingin terlelap, bunyi deringan telefon yang berada atas meja kecil tepi katil.

'Along'

"Waalaikumusalam along."

Aku hanya mengangguk mendengar bebelan along kerana aku sudah jarang menjenguk dia di rumah arwah mama dan papa.

"Ya along. Abang Fayyadh sibuk sekarang ni. Nanti kami balik sana ya. "

Aduhai along aku ni, semua benda dia tanya.

"Ad boleh je balik seorang tapi abang Fayyadh tak bagi kalau balik seorang diri. Risau katanya takut jadi apa-apa pada Ad."

"Insya Allah kami balik nanti. "

Aku menghembuskan nafas lega bila tamat panggilan. Macam detektif pula dia soal aku. Risau sangat kalau-kalau Fayyadh kongkong aku sampai tak bagi keluar jumpa dia. Aku menggelengkan kepala perlahan.

'Baik aku tidur dulu'.

✨✨✨✨✨

(No one pov.)

Dari kejauhan dia melihat kemesraan di antara seorang perempuan bertudung tapi gedik macam ulat bulu dan lelaki yang sudah bergelar suami.

Bukan dia tak kenal siapa lelaki itu, dah sah-sah suami kepada kawannya sendiri. Dia yang hadiri perkahwinan mereka dulu, takkan dia tak kenal dengan lelaki itu.

IPhone nya dikeluarkan dari beg tangan dan dia mula menangkap gambar mesra mereka berdua.

Terang lagi jelas yang tangan perempuan gedik tu tengah pegang tangan Fayyadh dan jantan tu tak tepis langsung! Ingat bini kau ke tu wei! Haram!

Masha berjalan ke meja yang diduduki mereka dengan amarah yang membuak-buak.

"Assalamualaikum... "

Tersentak terus dua makhluk yang tengah bersweet di situ. Serius nak muntah!

Fayyadh terus berdiri di depan Masha. Terkejut barangkalinya melihat sahabat isterinya sedang berdiri di depan mereka.

"Awal kau makan kedai. Selalunya Adlina masak kat rumah. Ke kau dah janji nak makan dengan sotong ni sampai tak makan di rumah? "

Bukan Masha tak tahu, Adlina tu rajin memasak untuk suaminya. Mustahil kalau Fayyadh makan kat kedai sebab Adlina tak masak. Kecuali kalau Adlina tak sihat baru dia tak masak dan tu pun Fayyadh ambil cuti untuk jaga Adlina.

"Baru jam 8 pagi, takkan dah jumpa dengan client kut. " perlinya selamba.

Masha melihat ke arah jam tangannya dan matanya tajam merenung ke arah Fayyadh dan perempuan tadi.

"I rasa I kenal you siapa. Bukan ke you ni doktor yang rawat kawan I? Opss, kiranya kawan I tak tahu lagi yang doktor yang dia anggap baik ni curang dengan suami sendiri? Panas! Cerita yang terhangat di pasaran ni..."

Masha senyum sinis.


Fokus dia kini sepenuhnya pada Fayyadh yang sudah bungkam dan beku di depannya.

"Masha, kau salah faham ni... "

Masha gelak perlahan.

"Patut lah aku tengok Adlina dah tak bahagia sekarang. Muka pun lemah tak bermaya je. Terlalu kuat fikir pasal rumah tangga rupanya. Mesti dia tak tahu kan yang suami sendiri berjumpa dengan doktor ni diam-diam belakang dia."

Ya, dia jumpa Adlina kat mall minggu lepas sebab mereka janji nak lepak sekali tapi perubahan pada Adlina sangat ketara. Sudah tiada wajah ceria dan berseri dulu. Adlina pun tak banyak cakap sekarang.

"And you perempuan... Tak payah berangan nak jadi perampas sangat. Sebab you sentiasa kalah. Hanya mampu dapat second hand je. Apa barang belajar tinggi-tinggi dapat jadi doktor tapi level setakat perampas suami orang"

Gelaknya kuat tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Dia tengok pula pada Fayyadh yang terdiam.

"Dan kau Fayyadh, kut ya pun nak bersweet sakan jangan kat tempat terbuka macam ni. Bawa perempuan gedik ni pergi bergedik kat tempat tertutup terus. Senang kalau kena tangkap khalwat boleh lah Adlina tahu perangai sebenar kau yang tak cukup satu ni."

Bidasnya dengan riak wajah yang garang dan menyinga.

"Masa kahwin dulu berjanji bulan dan bintang nak jaga kawan aku baik-baik, tapi sekarang hempeh! "

Dia terus melangkah pergi meninggalkan Fayyadh yang masih berdiri tegak mencerna kata-katanya tadi. Dan Qalisha yang sudah membara mula bangun dan menarik tangan Fayyadh untuk pergi dari situ.

"Jom sayang..."

Fayyadh menepis tangan Qalisha dan melangkah ke kaunter bayar. Dia meninggalkan perempuan itu begitu  sahaja.

"Fayyadh! You nak tinggal I?" tapi lelaki itu tidak mempedulikan Qalisha yang sudah memberontak di situ menahan malu.

Kepalanya mula kusut. Apa yang dia rahsiakan sudah pun diketahui oleh Masha. Dan tak mustahil kalau lepas ni isteri dia tahu pula.

Kalau abang iparnya tahu pula memang meletup kebaboom lah....






✨✨✨✨✨






Jangan lupa vote banyak-banyak!

KHIANAT CINTA ADLINATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang