Bab 15

2.5K 132 16
                                        

-Fizzah Shah-

✨✨✨✨✨

Kedatangan Adlina dan Beyazid disambut oleh seorang lelaki tampan dan bertubuh sasa. Tak lekang senyuman dibibir bila melihat kelibat tetamu yang dinantikan.

"Aku ingat kau tak datang. Baru nak mulakan bacaan tahlil. "

Dua jejaka itu bersalam tanpa menghiraukan Adlina yang mula rasa kekok.

Ditambah banyak mata memandang lagi tambah gugup dia.

"Along, Ad ni tunggul kat sini ke? " tegurnya sarkastik bila melihat alongnya nak masuk ke dalam rumah.

"Eh lupa pula aku, ni adik aku yang aku cakap haritu. Kau juga yang suruh ajak dia. "

"Ouh masuklah, kalau segan boleh masuk melalui pintu dapur. Kau masuk dulu Yazid, aku bawa adik kau ke pintu dapur. "

Adlina mengikut langkah jejaka itu sehingga mereka tiba di pintu dapur.

"Masuklah... "

Adlina pula tercegat je tengok lelaki itu, dia segan bila tengok ramai orang kat dalam. Dah lah semua dia tak kenal.

"Hah Hail, kamu buat apa kat sini. Siapa ni? "

Teguran dari Puan Sri Ramona yang tersenyum manis itu membuatkan Adlina makin tunduk. Tangan dihulur bersalam dengan Puan Sri Ramona.

"Ni lah adik Yazid, mama. Hail nak ke depan, bacaan dah nak mula tu. Suruh lah dia naik duduk dalam. Dia tak kenal lagi keluarga kita ni. "

Hilang je bayang Fuhail, Adlina mula menjejak masuk ke bahagian dapur banglo mewah itu.

"Meh duduk sini. Alah, buat macam rumah sendiri lah. Jangan segan-segan, anggap kami macam keluarga kamu je. Abang kamu tu selalu datang sini. "

Adlina hanya angguk dan diam.

Pelbagai soalan ditanya sehingga dia pula kering idea nak menjawab.

"Kamu dah kahwin, mana anaknya? " tanya seorang wanita berumur yang duduk di kerusi depan Adlina.

"Belum ada rezeki mak cik. " sir mukanya semakin keruh namun dia cuba sembunyikan dengan senyuman.

"Tak apa lah, lagi pun anak ni anugerah dari Allah. Mungkin Allah nak bagi anak tu pada masa yang sesuai. Mak cik dulu pun kahwin empat tahu baru dapat anak sulung tu. "

Dia menghela nafas lega, nampaknya kerisauan dia tadi semakin kurang. Dia ingatkan geng makcik ni akan mengata dan hina dia tapi mereka malah membelanya.

"Yang penting kita tak putus asa berdoa dan usaha. Kamu pun umur muda lagi, tak payah risau sangat. "

Bahunya ditepuk oleh Puan Sri Ramona. Terasa sebak pula bila orang yang dia tak pernah kenal memberi nasihat dan semangat kepadanya sedangkan ahli keluarganya sendiri cuba memulau dia.

✨✨✨✨✨

Dari kejauhan Fuhail melihat Adlina yang duduk berhampiran saudara maranya. Senyuman yang terlakar di bibir Adlina melegakan hatinya.

Bukan dia tidak tahu masalah adik kawannya itu, tapi dia tidak boleh melakukan apa-apa bila melihat wajah keruh itu masa mula-mula datang ke sini tadi.

"Adik kau tak balik rumah laki dia ke? "

Yazid yang tengah mengunyah kuih-muih itu menghala mata ke arah Adlina.

"Dia cakap nak tenangkan diri di rumah aku beberapa hari. Bila dah tenang baliklah tu ke sana. "

"Kau pula macam mana? "

"Dah kenapa dengan aku? "

Fuhail mengeluh sejenak. Sabar je lah layan kerenah Yazid.

"Kau cakap adik kau nak bercerai. Takkan kau tak masuk campur dalam hubungan mereka? Mana tahu boleh diperbaiki lagi. "

Yazid ketawa kecil.

"Dulu masa diorang tengah hangat bercinta pun adik aku tak nak dengar apa aku cakap. Sekarang dia nak bercerai pun aku tak nak masuk campur. Dia dah matang boleh berfikir yang mana terbaik untuk dia. Aku sokong dia dari belakang. "

Fuhail melihat gelas air ditangannya dengan pandangan kosong.

"Lagipun aku dah tahu lama jantan tu curang dengan adik aku. Cuma aku malas nak masuk campur, keruhkan hubungan aku dengan adik aku je. Sekarang dia dah tahu benda ni sendiri. "

Fuhail meneguk air kosong di tangannya dengan rakus. Pantang betul dengar perkataan curang.

Mana tidaknya, arwah papanya sendiri pernah curang dengan mamanya sehingga berkahwin di Siam tapi sayang tak kekal lama bila papa dia sakit, perempuan itu meninggalkan papa dan bercerai. Akhirnya papa dijaga oleh mamanya sendiri sehingga menghembuskan nafas terakhir.

"Adik kau cantik, muda lagi. Takkan nak bergelar janda muda. "

Sengaja dia membangkitkan isu sensitif itu untuk melihat reaksi kawannya.

"Janda muda tak apa, asalkan hidup bahagia. Buat apa pertahankan rumahtangga kalau masing-masing dah kelaut. Daripada dia menahan luka lebih baik undur diri je. "

"Kalau dah cerai dia tinggal dengan kau ke? "

"Soalan apa kau tanya ni? Mestilah duduk dengan aku, kalau bukan aku dengan siapa lagi. Aku je abang kesayangan yang dia ada. "

Fuhail diam.
So, lepas ni tak boleh lepak rumah kawannya itu sebab dah ada perempuan.



Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Nov 12, 2025 ⏰

Tambah cerita ini ke Pustaka anda untuk dapatkan notifikasi tentang bahagian baharu!

KHIANAT CINTA ADLINACerita yang buat anda obses. Terokai sekarang