Bab 14

2.3K 131 28
                                        

-Fizzah Shah-

✨✨✨✨✨

Aku masuk ke dalam bilik, bagasi besar dan sederhana yang berada dalam almari besar gedabak itu aku ambil. Baju dilipat dengan baik dan aku susun semua pakaian aku, tak tertinggal walau satu pun.

Barang makeup dan skincare yang berada dalam skincare organizer serta dalam cosmetic storage box itu aku akan letak dalam kereta supaya tak pecah.

Usai berkemas aku meletakkan sekeping surat di atas meja, aku selitkan bawah buku yang pernah Fayyadh hadiahkan untuk aku. Aku tak nak bawa buku tu balik sebab aku tak guna lagi buku tu. Baru guna tulis surat tadi.

"Aku akan rindukan bilik ni. Tiga tahun berada dalam ni, aku terpaksa relakan kau dihuni oleh orang lain pula. "

Aku mengusap lembut tilam yang dilapisi cadar yang dia sendiri pilih ketika aku membeli keperluan rumah dengan Fayyadh.

Aku membawa turun bagasi dengan bantuan along yang dari tadi menunggu aku di bawah.

"Dah bawa semua ke? "

"Dah. Along angkat je. Ad nak naik check kut ada barang yang tertinggal ke. "

Aku bergegas naik ke atas semula mengambil sebuah kotak yang mengandungi heels. Hadiah pemberian mama mertua aku. Bakal menjadi bekas mertua nanti.

"Barang aku, takkan menjadi barang kau. Cukup kau rampas suami aku. "

"Jom. "

Aku masuk ke dalam kereta along dan melambai ke arah rumah yang tersergam indah itu.

Pasang je radio dalam kereta, aku menghayati lagu kegemaran aku.
Kamu dan kenangan.


Seusai itu senja jadi sendu awan pun mengabu
Kepergianmu menyisakan duka dalam hidupku
Ku memintal rindu menyesali waktu mengapa dahulu
Tak kuucapkan aku mencintaimu sejuta kali sehari

Walau masih bisa senyum
Namun tak selepas dulu
Kini aku kesepian

Kamu dan segala kenangan
Menyatu dalam waktu yang berjalan
Dan aku kini sendirian
Menatap dirimu hanya bayangan

Tak ada yang lebih pedih
Daripada kehilangan dirimu
Cintaku tak mungkin beralih
Sampai mati hanya cinta padamu (padamu)

Ho-o-o-o-oh ...

Aku memandang ke luar tingkap dengan senyuman pahit. Ditambah dengan air hujan yang membasahi bumi, titisan hujan di cermin aku pandang dengan sayu.

Ianya seolah memberi gambaran keadaan aku kini, perit dan sakit. Hanya air mata menjadi peneman.

Tak apa, aku redha.

Selama ini aku terlalu berharap dengan manusia, sedangkan aku lupa bahawa Allah yang menentukan segalanya.

Berharap dengan Fayyadh, aku jatuh. Selepas ini aku perlu mencari jati diriku yang sebenarnya. Berharap dengan yang Maha Esa pasti aku lebih tenang dan bahagia.

KHIANAT CINTA ADLINACerita yang buat anda obses. Terokai sekarang