Bab 12

2.3K 113 14
                                        

-Fizzah Shah-

✨✨✨✨✨

Sunyi dan sepi.

Dah pukul 8 malam tapi aku tak nampak lagi batang hidung Fayyadh. Malas aku nak ambil tahu dimana dia berada sekarang.

Aku bawa secawan susu panas dan biskut ke meja kecil depan tv. Sambil mencicah biskut dalam air susu, aku masih mencari siaran di Netflix.

Dalam ralit melihat drama kegemaran aku, tanpa sedar jam menghampiri 10 malam. Usahkan tubuh, batang hidung suami aku pun belum muncul lagi.

Aku bawa cawan ke sinki. Usai basih cawan dan simpan biskut dalam bekas, aku terus tutup tv dan masuk ke bilik.

Capai handphone, nombor Fayyadh aku dail. Tak berjawab.

"Mana dia ni? Takkan tak nak balik?"

Rungut aku. Pantang betul kalau Fayyadh tak angkat phone.

"Ni tengah bekerja ke keluar dengan perempuan lain hah!" Aku lempar handphone atas katil.

Aku usaha untuk tenangkan diri.

"Kalau tak buat hal, tak sah!"

Malas nak fikirkan tentang Fayyadh, aku terus selimutkan badan dan tutup lampu meja.

'Pagi esok tak balik juga, memang siap aku cari sampai ke office!'

✨✨✨

No one's pov....

Adlina melangkah masuk ke dalam syarikat milik Fayyadh dengan langkah berkarisma. Sepanjang perjalanannya banyak mata yang memerhati kerana tak sangka akan berjumpa dengan dia setelah lama dia tak berkunjung ke sini.

Dia melangkah masuk ke dalam lif yang di khaskan untuk golongan manager dan Ceo syarikat buku terbesar ini.

Entah kenapa hatinya berdebar kencang sepanjang melalui laluan ke arah bilik Fayyadh.

"Kak Nora, suami saya ada kat dalam? "

Tegur dia seraya membalas senyuman setiausaha Fayyadh tapi riak kebimbangan yang terpeta di wajah Kak Nora itu buat dia pelik.

" Bos ada puan. "

Adlina angguk dan melangkah ke arah pintu bercat maroon gelap itu tanpa menghiraukan renungan Kak Nora tadi.

" Nora, aku dah cakap kan tak nak diganggu. " suara dingin dari Fayyadh bila dia menguak pintu buat dia menarik senyuman senget.

Jelas di matanya Fayyadh sedang bercumbu dengan perempuan bertudung yang elok duduk atas ribanya.

"Wah bangga buat kerja haram? " sinisnya dengan tepukan tangan bergema di situ.

Terus terbangun perempuan tadi bila mendengar hilauan tawa dia.

Fayyadh sudah pun terkebil-kebil kerana kedatangannya yang mengejut itu. Kalau dia tak datang dia takkan dapat kejutan sebegini.

" Wah teruja I bila dapat kejutan macam ni dari suami I. Niat nak datang tengok keadaan suami I yang selalu sibuk bekerja tapi tertayang movie menarik pulak. "

Dia melihat tajam ke arah perempuan tadi dari bawah kaki hingga naik ke wajah itu.

"Bertudung dan bekerjaya tapi sayangnya ketepikan hukum. You tahu tak, you dah jatuhkan martabat you sebagai perempuan berhijab sekarang ni. Tengok lah, you tengah bercium dengan suami orang sedangkan diluar sana you dipandang tinggi. Pandai sembunyikan aib sendiri tapi sayangnya dah terbuka depan I. I rasa I dah buat keputusan yang betul untuk datang sini bagi borang ni kepada Fayyadh. "

Dia meletakkan satu fail berisi borang di atas meja Fayyadh.

" Susah I nak berbincang dengan you kat rumah sebab you sibuk mengulit betina kat sini. So I mencemar duli jejakkan kaki I ke tempat ni walaupun I dah rasa bahang api neraka. I harap you sudi jatuhkan tandatangan you sebab I tak rasa nak jadi isteri bodoh lagi. Kononnya nak berubah tapi hampeh! Makin menjadi-jadi buat dosa ada lah. "

Sebelum dia keluar dari bilik itu sempat dia menyindir.

"Kalau dah rasa tak tahan sangat, bincang dengan papa dan mama korang menikah je terus! I tak suka hak I disentuh perempuan murah macam you, tapi I pun tak sudi nak biarkan lelaki yang curang sentuh I. "

Dia tergelak sinis dan berlalu pergi tanpa menghiraukan Kak Nora yang melihat dirinya keluar dengan muka marah.

Dia berjalan hingga ke parking keretanya tanpa menangis sekali pun. Membazir air mata saja dia menangis kerana dia tahu hati Fayyadh bukan miliknya lagi.

" Well, kalau dia tak buka pintu, tetamu murah macam tu takkan masuk. Patut lah rahang selalu merah, sakan buat dosa di pejabat rupanya. "

Dia tertawa kecil dengan hati yang sudah layu.

Dia melencong ke arah rumah abangnya. Sebaiknya dia menenangkan diri sebelum menghadap hari penceraiannya nanti.

Fayyadh pula terus menghalau Qalisha keluar dari biliknya. Serabut otaknya sekarang!

"Bodoh kau Fayyadh!!"

✨✨✨✨✨

"Ad nak bercerai. "

Alongnya yang sedang meneguk air dipandangnya sebelum dia menunduk bila lelaki itu membuat muka serius.

"Ad merepek apa ni? Bukan ke Ad yang beria nak berkahwin dengan Fayyadh tu dulu?"

"Ad rasa kami dah tak sehaluan lagi. "

Melihat muka Adlina yang bercakap seolah tiada perasaan itu, dia yakin bahawa ada sesuatu yang sudah Adlina pendam sendiri tanpa pengetahuannya.

Tapi sekarang bukan masa yang tepat untuk bertanya.

"Ad yakin dengan keputusan Ad? Tak menyesal? "

"Tak ada apa lagi Ad nak sesalkan. Lelaki macam tu tak layak diperjuangkan lagi. Cukup Ad menderita selama ni. Ad pun layak bahagia dengan cara tersendiri. Harap along faham. "

Yazid mengangguk saja. Dia lagi suka kalau Ad tiada kaitan dengan Fayyadh lagi kerana sampai sekarang lelaki itu seakan memasang benteng diantara mereka sedangkan dia abang ipar Fayyadh.

"Along faham, tapi Ad selesaikan benda ni dengan Fayyadh dulu. Kalau perlukan pertolongan along, inform je along okey?"

Adlina hanya mengangguk. Kali ni dia betul-betul tekad! Dia tak nak bagi muka lagi kepada Fayyadh.

✨✨✨✨✨

Sakit. Sakit. Sakit hati ini.... Terpaksa melepaskan dirimu... Dan kini aku jauh darimu, tiada yang hilang dari hatiku...

Cer teka lagu apa 😂
Yang atas tu lirik sendiri je...

Jangan lupa vote dan komen kasi banyak semangat nak update!

KHIANAT CINTA ADLINACerita yang buat anda obses. Terokai sekarang