-Fizzah Shah-
✨✨✨✨✨
Aku menghembuskan nafas perlahan, mata memerhati keadaan kafe.
Seorang wanita berbaju kurung warna biru laut dan bertudung warna senada mengambil tempat di depan aku. Aku terus mengangkat muka dan terkejut.
Nurul Madihah, pemilik kafe ini kini berada di depan aku.
"Hai, saya Madihah pemilik kafe ni" ucapnya tersenyum manis.
"Hai, Adlina Shahmina." sepatah aku menjawab seraya tersenyum mesra.
"Maaflah kalau saya mengganggu, tadi saya terdengar sedikit perbualan awak dengan budak perempuan tadi. Betul ke dia tu bakal madu awak? "
"Ya, doktor Sara Qalisha, akan berkahwin dengan suami saya bulan depan. "
"Ooh... "
"Niat saya bukan nak menyibuk, tapi boleh saya tahu kenapa suami awak nak kahwin lain? Lagipun saya tengok awak cantik, baik je orangnya. "
Allahu manisnya senyuman dia. Tanya pun dengan nada lembut dan sopan je. Pantas saja boleh kahwin dengan peguam terkenal di Malaysia.
"Kami tak ada anak. Dah 3 tahun kami kahwin, suami saya syak saya mandul walaupun saya sihat. Suami saya sangat inginkan anak yang akan jadi pewaris syarikat dia dan caranya adalah kahwin lain. "
Aku bukan nak buka aib kami, tapi cukup sekadar meluah dan bercerita sedikit saja.
"Dan awak izinkan macam tu je? "
"Tak nak terus pertahankan rumahtangga awak? "
Aku menggeleng.
"Saya dah cuba. Dari dulu lagi saya mengalah dan cuba jernihkan hunungan kami. Tapi saya je bersungguh-sungguh bertahan. Dia tak pun. Dia siap minta izin nak poligami. Dan saya terima sebab saya rasa tak kuat untuk berjuang seorang diri. "
"Saya penat. Putus harapan. "
Dia bangun dan duduk di tepi aku, dia menggosok sisi lengan aku dengan perlahan untuk menenangkan aku yang mula menunduk. Air mata dah keluar dibirai mata ni.
"Adlina, awak kena kuat. Ini ujian untuk awak. Teruskan pertahankan hak awak. Hak isteri lagi tinggi dari hak calon madu tau. Jangan biarkan dia mendominasi suami awak hingga awak semakin jauh dari hati suami awak sendiri. Jangan biarkan perempuan lain ambil tempat dalam hati suami awak. Awak je yang layak berada dalam hati dia. Bukan orang lain. "
"Tunjukkan pada perempuan perampas tu yang awak takkan pernah kalah dengan dia. " dia terus mengusap sisi lengan dan beranjak ke belakang pula.
"Awak hebat sebab mampu bertahan sehingga ke tahap ni. Kalau orang lain mungkin dah mengamuk sakan lebih-lebih lagi menghadap muka skandal suami sendiri. "
Aku berpaling pada dia. Hidung aku digosok berulangkali kerana gatal. Setiap kali menangis mesti hidung aku tak selesa. Gatal semacam je.
"Thanks sebab bagi semangat pada saya. "
"Madihah lagi muda dari saya 2 tahun kan? Umur Madihah sekarang 25 tahun kan? Jadi panggil kak Ad je. "
ANDA SEDANG MEMBACA
KHIANAT CINTA ADLINA
RomanceHati isteri mana yang tidak terluka apabila suami yang dicintai ditangkap khalwat dengan seorang doktor. 3 tahun dia bertahan dalam hubungan yang seakan tiada makna dan suram tanpa kehadiran cahaya mata yang menjadi pengikat kasih mereka. Adlina Sh...
