Bab 8

2.7K 127 8
                                        

-FizzahShah-

✨✨✨

Kedengaran azan menyedarkan aku dari lena yang aku rasa sangat panjang kali ini. Badan aku yang lemah dipaksa bangun. Rasa sakit sangat. Buat pertama kalinya Fayyadh menyentuh aku dengan kasar seperti melepaskan dendam dan marah.

Selimut aku belit pada tubuh, pakaian kotor aku semalam sudah selamat masuk bakul. Mungkin Fayyadh yang kemas dan bersihkan bilik kami yang berselerak.

"Penatnya..."

Walaupun jam sudah menunjukkan angka 6.23 pagi, aku masih bermalas-malasan di tempat tidur. Rasa tak bermaya dan terlalu malas nak bersihkan diri.

Klak! Pintu yang dibuka dengan kasar membuatkan aku terus memejamkan mata.

"Tak payah berpura-pura, bangun solat. Nak tunggu matahari keluar baru nak mandi?"

Jengkel sungguh aku dengar nada sinis Fayyadh. Suami aku seolah-olah sudah berubah. Aku tak rasa Fayyadh macam suami yang aku kenali selama ini.

"Bangun Adlina, jangan sampai aku humban dalam tandas pula."

Dalam langkah perlahan, aku berjalan masuk ke dalam tandas.

Bum! Aku tutup pintu dengan kuat. Tanda protes.

Biarlah perangai macam kebudak-budakan. Biar dia tahu yang aku pun ada perasaan juga. Aku takkan lupa apa yang dia dah buat semalam.

"Sejuk..."

Aku tak tahu kenapa hari ni apa yang aku buat tak kena je. Selalunya aku mandi pagi air tak sejuk macam musim salji macam ni.

Tak sampai 15 minit aku bersihkan tubuh, aku keluar dengan tuala putih melilit pada tubuh yang menggigil kuat.

"Tutup aircond, sejuk sangat ni." arah aku kepada Fayyadh yang melirik ke tubuh aku.

Dasar gatal. Sebelum ni tak pula berselera nak pandang aku. Dah insaf ke?

"Kau sejuk, aku panas."

Mamat ni memang nak kena pelangkung ni.

"Biasalah, kulit buaya darat ni tebal sikit. Setakat aircond sejuk ni boleh bertahan sangat. Tak boleh tahan api neraka je kut." sindir aku perlahan tapi aku rasa dia dengar je.

Buktinya, mata dia menjengil ke arah aku. Aku bantai je pakai baju depan dia walaupun mata keranjangnya sedang meneroka keindahan tubuh aku.

Nak malu apa, suami aku juga. Walaupun benci dengan perangai tak cukup satu, setakat ni tak pula rasa nak sepak dia masuk ke tasik buaya.

"Tak payah membebel, jom solat. Lembap betul bersiap."

Aku hampiri sejadah yang dia hamparkan dengan muka cemberut. Tapi bila angkat je takbir, muka aku bertukar manis. Nikmat apa lagi yang aku dustakan? Hari ini dia masih menjadi imam aku, meskipun esok lusa belum tahu lagi...

✨✨✨

"Awak tak keluar hari ni?"

Pelik pula bila hari ni Fayyadh beria nak jamah air tangan aku. Selalunya kalau cuti macam ni, pagi-pagi dah keluar entah ke mana. Kalau balik tengahari pun dah kenyang isi perut kat luar.

"Tak. Hari ni aku nak rehat kat rumah je. Petang ni mama nak datang rumah. Kau masak je lah apa-apa untuk minum petang."

"Okey."

Patutlah harini 'cuti' rupa-rupanya mama dan papa nak datang sini. Aku meneruskan suapan aku tanpa bercakap dengan Fayyadh yang sedang memerhati aku makan.

"Kenapa kau makan sikit?"

Aku tengok pinggan nasi aku, portion nasi goreng aku ambil hari ini memang sikit. Selalunya mesti penuh satu pinggan. Maklumlah, aku ni makan banyak ke sikit mesti susah nak naik berat badan.

"Tak lalu makan. Makan buat alas perut je."

"Suka hati kau lah."

Perut yang sebu bertambah sebu pakej sekali nak muntah je tengok muka selamba Fayyadh. Tak nak tanya ke kenapa aku tak lalu nak makan?

Eiii tak caring langsung!

"Pasal semalam..."

Berdebar pula hati aku tunggu ayat dia seterusnya.

"Aku harap sangat membuahkan hasil. Mama minta aku fikir elok-elok sebelum buat keputusan sebab dia tak nak kau disakiti. Tapi kalau kalini hasilnya masih sama, aku harap sangat kau yang bagi peluang untuk aku pula."

Aku diam. Tak tahu nak balas apa. Fayyadh masih dengan pegangannya yang menyakitkan hati aku.

"Kalau kau tak terima cadangan aku semalam, aku boleh je kahwin dengan dia tapi kau perlu terima dia jadi madu kau. Kau perlu terima yang aku akan bahagiakan dia sama seperti aku bahagiakan kau."

Aku angkat pinggan dan cawan ke sinki. Malas nak basuh, aku bergerak meninggalkan dia disitu.

Aku dah letih untuk berpura-pura kuat.

"Saya izinkan awak madukan saya. Buat je apa yang awak nak Ghafir Fayyadh. Saya rela. Benda baik kn buat apa saya nak halang... Awak kan mampu." ucap aku tanpa perasaan.

Zup! Dia merentap tangan aku dengan erat sehingga aku mendesis kesakitan.

"Jangan kurang ajar dengan aku, Adlina. Kalau aku ni dayus memang kau takkan mampu berbalas kata dengan aku sekarang. Bersyukur sikit aku ni sudi berlembut lagi dengan kau." Ujarnya keras.

Aku merentap tangan aku dan terus berlalu ke bilik.

Kunci pintu bilik, aku duduk di meja solek. Tengok diri di cermin dengan tatapan sayu, terus air mata tak segan silu mengalir sehingga aku menangis kuat.

"Aku kurang ajar bila pertahankan diri daripada kena pijak dengan kau? Aku kurang ajar bila terpaksa terima semua perbuatan bodoh kau? Kau ingat aku tunggul kayu yang tak ada perasaan ke, Fayyadh? Kau curang dengan aku Fayyah! Kau ingat aku tak ada perasaan ke bila kau khianati aku!" Jeritnya lalu cermin ditumbuk dengan kuat melepaskan rasa marah kepada benda yang tidak bernyawa.

"Bukan kau je, aku pun teringin juga hadiahkan madu untuk kau seandainya benda tu tak salah disisi agama! Biar kau rasa macam mana sakitnya hati aku bila kau buat aku macam ni!"

Kepingan kaca yang berderai tadi dipandangnya dengan pandangan kosong. Sampai bila dia perlu rasa sakit macam ni? Dia rindu dengan kehidupan bahagia mereka ketika mula berkahwin dulu. Rindu sangat!

✨✨✨✨✨

Hai i tahu dah lama i tak update😂 Nah hadiah untuk uolss😙

I akan kembali bila idea mencurah macam hujan di negeri kesayangan i skrg🙂

Enjoy & jangan lupa vote❤️

😌😌😌😌😌

KHIANAT CINTA ADLINACerita yang buat anda obses. Terokai sekarang