-Fizzah Shah-
Aku menghirup milo ais sambil mata melilau melihat keadaan di dalam restoran milik abang kandung aku, Beyazid Shah.
Kali pertama dulu aku datang ke sini adalah pada hari pertama pembukaan restoran mewah ini. Restoran ini adalah hasil titik peluh dia selama bekerja di bawah syarikat milik arwah papa yang kini sudah menjadi hak milik bapa saudara kami.
Sebabnya along sendiri tak minat hal syarikat. Dia lebih menumpukan ke arah bisnes makanan dan jualan. Maka tertubuh lah sebuah restoran mewah yang kini diusahakan oleh dia dan business partner nya, Tuan Fuhail Carim.
Tapi jujurnya aku tak pernah kenal kawan along aku. Tiap kali berkunjung ke sini tidak pula aku terserempak dengan lelaki itu.
Aku yang leka memandang ke arah rak buku dan majalah yang tersusun dalam ruang membaca Be' Hail Restoran terkejut bila mendengar seretan kerusi di depan aku.
"Lama Ad tak datang sini. Dari mana ni?"
Aku hanya memberi senyuman nipis kepada along aku.
"Ad jarang keluar sekarang along. Kalau keluar pun pergi mall beli barang dapur, shopping lepas itu balik dan uruskan suami Ad. Tadi keluar jumpa kawan kejap tu yang datang ke sini."
Sepinggan nasi goreng diletakkan oleh seorang pekerja perempuan di depan aku. Usai membaca doa makan, terus aku melahap.
"Sedap. " komen aku perlahan tapi aku tahu along dengar.
"Itu chef handal yang masak tau. Business partner along sendiri yang masak special untuk Ad. "
Aku hanya mengh'oh'kan saja. Tak tahu pula kalau kawan along tu chef dan pandai masak. Rasa nasi goreng kampung ni sangat sedap. Kalah masakan aku. Eh! Tak kenal chef tapi kemain memuji.
"Lepas ini Ad nak pergi mana pula? "
"Ad nak balik lah. Nanti kan Fayyadh balik tak ada yang nak sambut pula. "
Ye lah, kalau bukan aku siapa lagi? Takkan bakal madu aku pula?
"Fayyadh tu memang sibuk sangat ke sampai dah tak ada masa nak singgah rumah along? Nak bawa Ad lagi lah tak. "
Aku yang tersentak terus cover riak muka semula. Lagi pun Fayyadh memang sibuk sekarang. Sibuk nak berkahwin lagi. Geram je aku rasa.
"Biasalah... Musim sekarang hujung tahun. Banyak pula pesta buku yang akan dibuka dan dirasmikan dia. Jadi setiap hari ada meeting sampai balik rumah pun lewat. "
Aku masih lagi menyuap nasi goreng ke dalam mulut tak berhenti.
"Along ni bukan apa. Tak nak lah Ad pendam seorang pula kalau asyik terkurung dalam rumah tu. Kalau bosan duduk seorang diri kat rumah tu boleh lah datang ke sini tolong apa yang patut ke. Malas nak masak, datang lah makan dan lepak kat sini. "
Aku angguk sahaja. Bukannya tak boring duduk rumah tapi aku ni kan isteri mithali mestilah kalau nak keluar minta izin dulu. Sebab tu kalau Fayyadh keluar sakan dengan perempuan lain aku tak tahu.
"In sya Allah along. Kalau ada masa Ad datang lagi. Fayyadh tak kongkong hidup Ad pun. Ad bebas nak kemana-mana tapi kadang-kadang duduk rumah tu lagi baik. "
ANDA SEDANG MEMBACA
KHIANAT CINTA ADLINA
RomansaHati isteri mana yang tidak terluka apabila suami yang dicintai ditangkap khalwat dengan seorang doktor. 3 tahun dia bertahan dalam hubungan yang seakan tiada makna dan suram tanpa kehadiran cahaya mata yang menjadi pengikat kasih mereka. Adlina Sh...
