"ALRIGHT, guys. Don't forget to hit the like button. And subscribe my channel. Turn on the notification bell also. Bye!"
Suraya menekan butang jeda pada video. Dia segera membuat senaman ringan untuk melegakan sengal-sengal di ototnya. Sudah hampir dua jam, dia menghadap komputernya untuk menyunting video yang bakal dimuatnaik di akaun Youtube rasminya.
Suraya sempat lagi membuka akaun Youtube untuk melihat jumlah tontonan, jumlah 'subscriber' dan komen-komen dari penonton. Tidak sampai dua hari, video yang sebelumnya sudah menjangkau angka lebih dua juta tontonan. Suraya hanya bersyukur. Komen-komen pun kebanyakkannya positif sahaja. Ada yang terhibur apabila Suraya meletakkan segala bentuk 'meme' yang kelakar. Ada juga yang terhibur dengan keletah Suraya yang agak 'gila' itu.
Kanta permata (2 days ago)
Aku suka kalau Yaya buat video reaction lagi. She's hilarious XDDunia Baru (2 days ago)
Hai Kak Yaya. Saya subscriber baru. Kenapa baru sekarang saya jumpa channel Kak Yaya? Ruginya saya. 〒_〒Mr Solero (2 days ago)
How many memes do you want to put in it?
Yaya Su : YESDIY BlackWhite (2 days ago)
Sis... nanti buat reaction video seram. Ramai suka tengok video reaction ini.Faizal Firi (56 minutes ago)
Nanti buat streaming game pulak. Main game Unravel. Game tu betul heartwarming.Diara Aldara (1 day ago)
Jarang betul saya nak subscribe youtuber dari Malaysia ni. Tapi sis punya content best la. Lepas tu, saya perasan jugak sis tak pernah nak ootd kat IG sis.Suraya hanya tergelak kecil apabila membaca komen-komen mereka satu persatu. Segala kandungan dan 'content' video, semuanya bergantung kepada permintaan 'subscriber'. Masalah terbesarnya untuk menjadi seorang Youtuber adalah untuk menghasilkan 'content' yang menarik untuk mendapat jumlah tontonan ramai. Sebab itulah di 'Channel Yaya Su', pelbagai 'content' yang Suraya sajikan kepada penontonnya. Ada mukbang, cover lagu, reaction video, cerita seram, resepi masakan, tips kecantikan dan banyak lagi.
Seusai selesai menyunting video, Suraya segera memuat naik video tersebut ke dalam akaun Youtubenya. Tetapi videonya itu diprivasikan dahulu kerana Suraya sudah menyusun jadual dan menetapkan harinya untuk memuatnaik video baru.
Suraya segera bangun lalu menuju ke katilnya. Jam dinding sempat dikerling. Sudah pukul empat petang. Video promosi dan 'review' produk pula sudah lama disunting. Tinggal mahu dimuat turun ke dalam Instagram sahaja.
Itulah kerjanya sejak lima tahun yang lalu. Menjadi seorang Youtuber. Pada mulanya, memang sangat susah kerana Suraya tidak berapa mahir mengenai hal pengeditan video dan digital. Dia sangat berterima kasih kepada kawan karibnya iaitu Syeera kerana mencadangkannya untuk masuk kursus dalam bidang pengeditan. Jadi, sedikit banyak Suraya dapat ilmu yang baru itu.
Tiba-tiba, pintu biliknya diketuk. Tersentak Suraya dari lamunannya. Dengan malas, Suraya terus menuju ke pintu bilik lalu tombol pimtu tersebut dipulas. Pintu tersebut dibuka. Kelihatan Amanda iaitu editor videonya dan merupakan rakan baiknya sedang berdiri di hadapan pintu.
"Kau buat apa? Lepas makan tadi terus berkurung dalam bilik?" tanya Amanda. Suraya menunjukkan monitor komputernya. Amanda terus sahaja duduk di atas kerusi untuk menonton video yang baru diedit oleh Suraya tadi.
"Makin banyak 'meme' kau letak," ujar Amanda tersengih-sengih. Suraya hanya tergelak kecil.
"Itu pun aku ikut cadangan kau. Kau yang ajar dulu macam mana nak edit 'meme' dalam video. Kalau tak... memang video aku sendulah sepanjang masa." Suraya berkata melabuhkan duduknya di atas katil.
"Oh ya... tadi si Asyraf Kholid telefon aku. Dia nak ajak kau shooting video dalam channel Youtube diorang. Dia cakap nak main satu game prank. Dia harap sangat kau terima."
Suraya menjulingkan matanya ke atas. Bukan dia tidak tahu apa niat sebenar youtuber yang menjengkelkan itu. Suraya tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah sekali sahaja dia bekerjasama dengan Asyraf Kholid. Lelaki itu hanya mementingkan 'view' sahaja tanpa mengira adab dan hukum agama.
Suraya pernah bekerjasama dengan Asyraf Kholid untuk 'shooting' satu drama pendek di Youtube mereka. Dia tidak menyangka pula bahawa produksi mereka menyediakan satu banglo besar yang memuatkan kesemua kru produksi tanpa mengira lelaki dan perempuan. Suraya agak tidak selesa. Dia sanggup mengajak Amanda untuk sewa di bilik hotel sahaja.
"Haih... aku tak nak dah. Dia ni tak ada 'content' yang berguna je ke? Asyik nak buat video prank je. Aku tak nak la. Aku tak berapa selesa diorang punya management. Kau faham kan maksud aku?"
Amanda hanya mengangguk faham. Amanda sendiri pun tidak berapa suka dengan pengurusan kru produksi di bawah Asyraf itu. Lelaki dan perempuan berpegangan tanpa rasa malu. Ada juga mereka menyuruh beberapa orang pelakon wanita untuk membuka tudung semasa pengembaraan drama mereka. Sebelum mereka melakukan projek drama, Asyraf dan krunya mesti mengadakan satu parti mini.
"Kau tak rasa pelik ke, Yaya? Asyraf tu macam nak rapat dengan kau. Dia asyik ajak kau join content Youtube dia. Aku rasa Asyraf tu suka kat kau. Banyak je lagi instafamous lain yang boleh dia ajak. Tapi kau jugak yang dia cari. Something fishy," ujar Amanda sambil mengurut dagunya.
Suraya hanya diam sahaja. Bukan Amanda sahaja yang perasan akan hal itu. Kawan-kawan youtuber yang lain pun perasan akan hal yang sama. Ada juga beberapa orang kawan Asyraf mengatakan bahawa lelaki itu ada perasaan cinta terhadapnya. Tetapi Suraya hanya mengendahkan sahaja.
"Entahlah. Aku malas betul nak layan dia. Dia tu muda dari aku. Okey... aku tahulah umur bukan penghalang. Tapi... entahlah. Aku rasa tak selesa. Aku malas nak fikir bab-bab cinta ni," jawab Suraya malas. Kepalanya dilabuhkan di atas bantal.
"Kau malas nak fikir ke atau belum 'move on'?"
Suraya terus bangun semula dari pembaringannya. Soalan tersebut seperti berbaur sindiran sahaja. Kelihatan Amanda mengangkat sebelah keningnya sambil bibirnya menguntum senyuman sinis. Ya... Amanda tahu sahaja mengenai kisah cintanya terhadap Zariq yang hanya bertepuk sebelah tangan. Suraya faham maksud tersirat soalan Amanda tersebut.
"Tak ada kena mengena dengan Zariq tu. Aku dah 'move on', okey? Kau jangan nak buat muka macam tu," ujar Suraya berbaur amaran. Amanda hanya mencebik sahaja. Dia memang tidak akan percaya Suraya boleh 'move on'. Dia tahu kawan baiknya masih lagi menyimpan perasaan terhadap lelako yang bernama Zariq itu.
Suraya pula hanya memandang siling sahaja. Tiba-tiba, memori pahit lima tahun yang lepas muncul di benaknya. Dia tidak tahu apa yang terjadi setelah dia mengambil keputusan untuk berhenti dari syarikat minyak wangi dahulu. Akhirnya, Suraya mengeluh perlahan. Mungkin Zariq sudah berkahwin dan hidup bahagia dengan isteri tercintanya. Akhirnya, keluhan kasar dilepaskan.
YOU ARE READING
DARLINGKU MISS YOUTUBER (Terbit | E-Book)
Romance[LOVE NOVEL PUBLISHING] SURAYA NAFISAH, seorang gadis berkaca mata yang ceria tetapi sangat kelam kabut. Dalam diam, gadis itu mencintai majikannya sendiri WAN ZARIQ HANAFI iaitu seorang lelaki yang berlagak, ego tinggi dan dingin. Dek perancangan...