SURAYA segera menyarung tudungnya. Lalu, pintu utama rumahnya dibuka. Kelihatan ada seorang lelaki tua sedang memegang bakul yang berisi buah rambutan. Suraya segera membuka pintu besi rumahnya. Lelaki tua itu merupakan Pak Cik Ghani iaitu pemilik sebenar rumah yang dia duduki sekarang ini. Sudah empah tahun Suraya menyewa rumah ini bersama Amanda. Setiap bulan mereka akan membayar sewa sebanyak RM 900.
"Pak Cik! Saya ingat siapa tadi," ujar Suraya mesra. Pak Cik Ghani hanya tersenyum sahaja lalu bakul tersebut disuakan kepada Suraya. Suraya hanya tersenyum senang. Pak Cik Ghani dan isterinya Mak Cik Gayah memang seorang pemurah. Kadang-kadang, mereka akan memberi buah tangan, kuih-kuih ataupun makanan kepada mereka.
"Ni ada rambutan lebih sikit. Kawan pak cik bagi tadi. Tapi pak cik dengan mak cik memang tak laratlah nak habiskan. Mak cik kamu tu ha... dah angin satu badan sebab makan rambutan tak ingat dunia," seloroh Pak Cik Ghani.
Suraya hanya ketawa. Macam-macam Pak Cik Ghani ini. Ada sahaja lawaknya yang membuatkan Suraya begitu terhibur. Suraya mengerling sekilas buah rambutan yang berada di dalam bakul. Besar-besar saiznya. Memang kenyanglah dia dan Amanda malam ini sebab makan rambutan sahaja.
"Pak cik... buat susah je hantar sini. Pak cik boleh call saya. Saya boleh datang sendiri kat rumah ambik buah ni." Suraya rasa serba salah pula. Sudahlah bakul buah ini agak berat. Kuat juga kudrat tua Pak Cik Ghani ini.
"Bukan susah mana pun, Yaya. Bukan berat pun buah rambutan tu. Itu pun mak cik kamu tu la. Beria-ria suruh pak cik bagi kat kamu buah ni," ujar Pak Cik Ghani lagi. Suraya hanya mengangguk sahaja.
"Sebelum pak cik terlupa, kawan kamu si Amanda tu... dah bayar sewa untuk bulan ni. Semalam, dia pergi ke rumah pak cik. Cepat betul korang bayar sewa bulan ni. Baru tengah bulan. Bagus!" puji Pak Cik Ghani.
Suraya hanya tersenyum sahaja. Semalam ada juga Amanda meminta duit sewa. Tetapi dia tidak menyangka pula bahawa Amanda akan membayar sewa rumah secepat ini. Memang bagus betul kawannya itu. Apa-apa pun sewa memang patut dibayar. Kadang-kadang, Amanda tidak memberitahu Suraya langsung bahawa dia sudah membayar sewa atas alasan terlupa. Dua kali juga Pak Cik Ghani maklum akan hal itu.
"Ada lagi satu. Tadi pak cik ada terserempak dengan satu lelaki ni. Dia cari rumah kamu. Tapi tak jumpa. Lepas tu, pak cik cakap kat dia pak cik boleh tunjukkan. Dia tak nak pulak. Dia bagi satu kotak ni kat pak cik. Lelaki tu cakap ini untuk kamu," cerita Pak Cik Ghani panjang lebar lalu kotak tersebut disuakan kepada Suraya.
Suraya memandang pelik terhadap kotak tersebut. Nama pengirim pun tidak pula ditulis. Musykil juga. Suraya cuba menggoncangkan kotak tersebut. Ternyata ada bunyi kaca berlaga. Suraya tidak dapat meneka apakah isi dalamnya.
"Pak cik tak tanya ke dia siapa?" tanya Suraya lagi. Melihat gelengan Pak cik Ghani, Suraya mengeluh perlahan. Sudahlah nama pengirim tidak ditulis. Kotaknya pun agak kotor sedikit. Mungkin hadiah dari peminat-peminatnya. Selama dia menjadi youtuber, Suraya mendapat banyak hadiah-hadiah dari peminatnya. Bukan satu, kadang-kadang lebih dari 10 bungkusan sampai di hadapan pintu rumah. Suraya cuba bersangka baik. Mungkin ada lagi peminat yang mahu menghantar hadiah lagi.
KOTAK HADIAH tersebut diletakkan di atas meja kopi. Suraya membelek-belek kotak tersebut. Dia cuba menghidu bau kotak itu. Bau kotak itu sedikit wangi. Suraya mengerutkan dahinya. Sangat misteri hadiah ini. Dia mahu sahaja membuka kotak itu. Gunting sudah tersedia di atas meja. Tetapi dia tidak mempunyai keberanian.
"Su!" panggil seseorang.
Suraya berpaling. Kelihatan Amanda sedang menyuap rambutan ke dalam mulutnya sambil membawa mangkuk. Suraya menggeleng perlahan. Laju sahaja kawannya itu mengambil buah rambutan tersebut.
"Aku dah siap edit video kau. Subtitle semua aku dah setting. Malam ni kau boleh upload video baru," ujar Amanda sambil melabuhkan duduk di sebelah Suraya. Alat kawalan jauh televisyen diambil lalu butang 'on' ditekan. Suraya hanya balas 'okey' sahaja.
"Tu kotak apa?" tanya Amanda sambil menunjukkan kotak yang berada di atas meja kopi.
"Entahlah. Aku pun tak tahu. Pak Cik Ghani yang bagi tadi. Katanya, ada orang lelaki yang bagi kotak ni. Aku takut la nak buka," adu Suraya. Amanda terus sahaja meletakkan mangkuk di atas meja. Fokusnya terhadap televisyen sudah beralih kepada Suraya.
"Kalau kau takut, sampai bila-bila pun kau tak tahu apa isi dalam kotak ni. Cepat buka. Aku pun nak tahu jugak isinya apa. Tapi kau tak tahu ke siapa lelaki tu?"
Suraya menggeleng sahaja. Gunting yang berada di atas meja diambil. Perlahan-lahan, pembalut kotak tersebut dikoyakkan. Suraya semakin berdebar-debar. Kemudian, penutup kotak tersebut dibuka.
"What the fish! Apa benda ni? Pelik betul barang-barang ni!"
Itulah ayat pertama dari Amanda apabila dia melihat isi kotak tersebut. Suraya mengeluarkan satu persatu barang-barang itu. Ada serpihan kaca, kelopak bunga, gincu yang sudah rosak, tompokan-tompokan berwarna merah dan segulung kertas kecil berwarna putih.
Suraya segera mengambil gulungan kertas itu. Lalu ikatan reben dilepaskan. Ada tulisan yang tercatat dalam kotak tersebut. Suraya membaca tulisan tersebut sehingga noktah terakhir. Amanda pula masih lagi membelek-belek gincu tersebut.
I can see you but you can't see me. - AS
Tulisan tersebut diamati satu persatu. Suraya mengerutkan Dahinya. Dia benar-benar tidak faham. Sudahlah tulisan ini berwarna merah seakan-akan darah manusia. Tapi tidak pula terhidu bau hanyir.
"Something not right. Aku tak pernah dapat hadiah macam ni. Siapa pulak yang nak main-main dengan aku ni?" keluh Suraya sambil memicitkan kepalanya. Harap ini merupakan satu 'prank' sahaja. Pelbagai andaian buruk muncul di benaknya. Mungkin ada 'haters' yang sanggup kenakannya? Ataupun mungkin ada peminat fanatik yangs sanggup beri hadiah seperti ini?
"Aku rasa 'haters' kau hantar hadiah macam ni. Dia saja nak takut-takutkan kau. Aku tengok komen video youtube kau yang lepas-lepas. Ada je komen-komen yang macam psiko. Seram pula aku."
Suraya mengangguk setuju sahaja. Dia pun ada berfikiran yang sama. Kadang-kadang, bukan boleh percaya sangat 'haters' ini. Ada juga akal mereka mahu menjatuhkan. Suraya hanya pasrah sahaja. Dia sudah bersedia dari segi mental bahawa menjadi Youtuber yang terkenal memang akan berhadapan dengan 'haters'.
"Dahlah. Aku buang je la benda ni." Seusai berkata, begitu Suraya terus sahaja meletakkan barang tersebut ke dalam kotak. Lalu, dia terus menuju ke dapur. Kotak tersebut dicampak ke dalam tong sampah.
YOU ARE READING
DARLINGKU MISS YOUTUBER (Terbit | E-Book)
Romance[LOVE NOVEL PUBLISHING] SURAYA NAFISAH, seorang gadis berkaca mata yang ceria tetapi sangat kelam kabut. Dalam diam, gadis itu mencintai majikannya sendiri WAN ZARIQ HANAFI iaitu seorang lelaki yang berlagak, ego tinggi dan dingin. Dek perancangan...