"Banyaknya air mineral kena bawak!Beratla nanti !"keluh Dea.Dia memandang sekotak air mineral yang harus dibawa setiap kumpulan sambil mendaki bukit yang akan menjadi tempat perkhemahan mereka.
"Bawak jelaa..Korang tuh mengada,tak nak minum air sungai.Nak air mineral je."perli Troll.
Eish sibuk je dia niy! "Shut your mouth Troll." Dea menjeling.
"Apa kate,you guys je bawak kotak berat berat niy?Korang kan 'gagah perkasa' sangat!"sindir Dax pula menyokong Dea.
"Eh kitorang ok je!"KJ menunjukkan lengannya yang berurat.Tapi tak berotot haha.
"Eh eh sedap je!Semua kena angkat!Gilir gilir.Dahla nak naik niy 2 jam,kalau lelaki je angkat tak sampai sejam kitorang mati dah!"Ray menolak keras 'cadangan' Dax.
"Whateverlah!"Fay menjeling.Dia memandang Tash menunggu kata katanya.Namun Tash hanya termenung sambil bermain dengan rambutnya yang panjang.
"Wei!Supportla kitorang!"Fay menepuk bahu Tash.
"Eh!Ha?Support ape?"Tash yang baru tersedar masih blur tidak tahu apa yang digaduhkan sesama ahli kumpulannya.
"Kitorang tak nak angkat kotak air mineral!Tapi Ray suruh angkat jugak ergh!Kau tolongla cakapkan dekat Gibbs!"Fay menggoncang goncang bahu Tash memujuknya.
"Eish yela!Jap!"Tash berdiri untuk mendapatkan Gibbs yang baru mengambil makanan tin dari penyelia.
"Gibbs!"panggil Tash kasar.
"What?"tanya Gibbs yang sibuk menguruskan makanan tin yang akan menjadi bekalan makanan mereka untuk seminggu.
"Girls taknak angkat kotak air mineral."
"Eh mana boleh!Habistu kalau kitorang je angkat air mineral,beg kitorang sape nak angkat?Niy makanan tin niy semua berat tau!Gilir gilirla angkat."Gibbs menghalakan jarinya pada timbunan makanan tin di tepi meja.Tash mengeluh.
"Eish yelah!"Tash menendang kaki meja menandakan protes.
"Do that again!"Gibbs menghentakkan checklist yang sedang dipegangnya tadi. Suaranya yang tertinggi menarik perhatian ahli kumpulannya yang lain.
Tash memandang Gibbs dengan muka yang berkerut.Matanya berair.Pantas Fay,Dea dan Dax mendapatkan Tash.
"Shh shh.."mereka membawa Tash jauh dari Gibbs sambil memujuknya.Troll,KJ dan Ray hanya memandang langkah 4 gadis itu kemudian memandang Gibbs yang sudah memerah mukanya.
Ray menampar bahu Gibbs. "Kau niy relaxla!Kite nak fun fun kot!"
"Suruh angkat kotak air mineral je kan?Apa yang susah sangat?Lepastu nak tendang tendang meja asal?Lepastu dia yang nangis!"Gibbs pertahankan dirinya.
"Kau niy faham fahamla.Dorang tuh perempuan.Adela tuh benda yang tak kena sampai Tash nangis.Dahla jom settle niy!"KJ mencapai checklist yang dicampak Gibbs ke atas meja sebentar tadi.
🌼💫💫💫💫💫💫💫💫🌼
"Dahla Tash..Janganla nangis..Kitorang kan ade?"Dea menepuk-nepuk belakang Tash yang sudah mula tersedu sedan kesan menangis.
"Gibbs really ask for a.."tak sempat Dax menghabiskan ayat,Fay mencuit pinggangnya dan menggeleng.
"Gibbs pun tak tahu Tash niy macam mane..Don't blame on him 100%."bisik Fay pada Dax.Dax menahan sabarnya.
"Okey semua dah boleh ready berbaris!Kira semua ahli kumpulan kamu!Cikgu cakap start je,terus group first gerak ye!"
"Jom!"Troll yang tiba tiba datang entah dari mana menghulurkan tangannya kepada Tash untuk membantu Tash bangun.Namun Tash berdiri saja tanpa bantuannya dan sempat menampar tangan yang menghulurkan bantuan.
"Ei dasar crybaby sombong!"kata Troll perlahan namun didengari Dax yang masih berada di belakang Troll.
"Aduh!"Troll memegang kepalanya yang terasa sakit seperti rambutnya ditarik seseorang.Ternyata Dax yang menarik rambutnya.
Tash berjalan ke depan untuk mengambil kotak air mineral.Gibbs yang ternampak pantas bergerak ke depan untuk mengambil kotak air mineral itu.
"Tak payahla angkat.Biar boys je angkat."Gibbs cuba mengambil kotak yang sedang diangkat Tash namun Tash sempat menariknya.
"Tak payah!Biar aku angkat sendiri!"kasar sekali suaranya.Mata Tash kembali berair.Cepat cepat dia pergi ke arah kawannya yang lain.
Tangan Gibbs mulai bergetar.Bukan kerana marah,tetapi rasa bersalah yang amat tinggi.
Sejujurnya,kotak air mineral itu memang berat.Selalunya perempuan akan memegang satu kotak itu berdua.Namun dek kerana marah,Tash mampu mengangkat kotak air itu berseorangan.
"Meh kitorang tolong."Fay turut mencapai kotak yang sedang Tash angkat namun ,
"Takyah.Pergi tolong dorang angkat makanan tin tuh.Ambik yang sikit sikit je,ringan.Ambik yang banyak nanti berat."pesan Tash perlahan.Suaranya ketika bercakap dengan Fay,Dea dan Dax amat lain berbanding ketika dia sedang bercakap dengan Gibbs.
Fay,Dea dan Dax juga mula rasa bersalah.Terutama sekali Fay.Kalau bukan dia yang memaksa Tash bercakap mengenai kotak air mineral itu kepada Gibbs,pasti semua ini tidak terjadi.
Ketika berdiri dalam barisan,Gibbs tidak henti menoleh belakang untuk melihat keadaan Tash yang tidak meletakkan kotak itu ke bawah walau sesaat sejak dia mengambil kotak itu.Ray yang memahami Gibbs melangkah ke arah Tash.
"Meh aku angkat."Ray menghulurkan tangannya.Dia ingin mewakili Gibbs kerana dia tahu Gibbs tidak akan bercakap dengan seseorang itu jika merasa bersalah.
"Takyahla.Pergi jela masuk line."Tash menolak kaki Ray menggunakan kakinya untuk menyuruh Ray masuk ke dalam barisan.Marah macamane pun,dia masih menggalas tanggungjawab sebagai penolong kumpulan.
🌼💫💫💫💫💫💫💫💫🌼
Don't forget to vote ! ♡
YOU ARE READING
Just for a day
Teen FictionBougainvillea International School,atau lebih dikenali sebagai Perfecto School,terkenal di kalangan pelajar sekolah lain kerana pelajar sekolah itu sendiri. Penuh dengan pelajar yang kaya,perkhidmatan sekolah yang sempurna,atlet yang aktif dan berga...