"Cikgu kata malamni aktiviti bebas,tapi berkumpulan." Tash menyelak helaian tentatif yang diberi David sebelum mereka berangkat ke tapak perkhemahan pagi tadi.
"Aku ada idea!"Troll tersenyum lebar.Semua mata terus tertumpu padanya.
"Kita main ... " Tidak sempat Troll menghabiskan ayatnya,Dax sudah mengeluh.
"No games,pleaseee..Dah malam niy penat."Troll menjeling Dax tajam.
"Apa kata kita tidur je?Esok dapatlah tenaga lebih.Dari duduk kat sini fikir nak buat apa,pastu tiba tiba masa habis.Baik tidur."Tash yang sudah keletihan cuba mencari alasan untuk berehat lama.
"Asyik tidur je.Pergi camp ke pergi bercuti?"Bisik Gibbs tanpa menyedari yang Tash masih boleh mendengar.
"Kalau macam tu,apa kata kau je fikir apa aktiviti nak buat?Dalam masa 10 saat,boleh?Lagipun kau kan ketua kumpulan,kau jela buat semua benda!"Tash mencampak kertas tentatif kepada Gibbs.
"Kalau macam tu buat apa ada penolong kalau semua aku yang buat?"Darah Gibbs sudah mula meninggi.
"Eh Gibran,you ingat I nak sangat ke jadi penolong bila ketuanya you?"Pen hitam yang berada di tangan Tash dicampak ke tanah.
"Dahla tu.Kita datang sini nak have fun kan?Janganla gaduh gaduh."Ray memandang Tash dan Gibbs silih berganti sambil menepuk perlahan belakang Gibbs.
"Kau cakaplah kat ketua kesayangan kau tu."Getah rambut yang berada di sebelahnya diambil sebelum bergerak pulang ke khemah berseorangan.
KJ yang dari tadi hanya memerhati pantas berbisik pada Dea.
"Dea,pergila ikut Tash tu.Bahaya dia balik khemah sorang.Ajakla kawan kau yang lain sekali.Rehat dulu,esok baru buat semua aktiviti."Panjang lebar pesanan KJ kepada Dea.
Dea yang malas melawan turut bersetuju dengan cadangan KJ lalu pantas menarik tangan dua kawannya menuju ke khemah mereka.
"Pastu masing-masing blah macamtu je?"Jelingan Gibbs mengiringi perjalanan tiga gadis itu pulang ke khemah.
"Dahla tuh,Gibbs.Dorang penatla tu.Chill dahla.Jomla rehat luh."Ray mengajak Gibbs pulang ke khemah setelah berlakunya peperangan ketiga dalam masa sehari.
Enam hari masih berbaki.
***************************************************
Di dalam khemah,
"Kau okey tak?"Fay mencuit bahu Tash yang sedang leka memakai earphone yang dicucuk pada mp3nya.
"Takyahla kau tanya soalan yang kau dah tau jawapan."Tash mencabut earphonenya sebelum menampal Neobun pada sisi dahinya.
"Takyahla kau risau.Aku ok je.Dahla,tidurla,rehat.Banyak lagi benda nak buat esok."Selimut yang berada di kaki ditarik hingga ke paras pinggang.
Fay hanya mampu mengeluh.
***************************************************
"Wei Gibbs."Ray memanggil namun matanya masih tidak beralih dari novel yang sedang dibacanya,The Love Hypothesis.
"Apa?"Gibbs memusingkan posisi badannya yang mengiring kepada menghadap langit.
"Kau dengan Tash memang tak nak berbaik ke?At least sampai habis camp je?"Gibbs sudah mula mengerutkan keningnya.
"Asal aku nak kena baik dengan dia pulak?"
"Takkanla benda kecil pun aku nak kena ajar Gibran.Kita ni satu group.Macamana nak capai kata sepakat kalau seorang ke kiri seorang kanan,seorang depan seorang belakang."Tangan Ray turut mengikuti apa yang dikatakannya.Ke depan belakang tangannya berayun.
"Bukan tu maksud aku,Ray.Kalau yang tu,aku tanya Iffy bengap tu pun dia tau.Maksud aku,asal aku nak baik dengan dia kalau dia pun tak baik dengan aku?"
Ray menghamburkan gelaknya perlahan tidak mahu didengari orang.
"Haih kau ni Gibbs.Sejak bila kau jadi girl niy,buat benda ikut emosi?Kita ni lelaki kena macho.Selalu kau yang ejek aku kata aku tak machola,nerdla,suka baca bukula.Kau tuh ha,tak nak beralah dengan Tash,ingat macho ke tak beralah niy?Nampak macam budak and tak nampak lelaki la bro.Tak maskulin."
"Pastu kau nak suruh aku berbaik dengan dia camna kalau dia taknak berbaik dengan aku?"
"Senang je.Kau cakap baik baik dengan dia walaupun dia buat perangai sekalipun.Sebab aku perasan korang gaduh tiga kali harini,semua start dari kau yang mudah tinggi suara."
Ray tahu dia akan diejek kerana sibuk memerhatikan Tash dan Gibbs,namun dia berbangga jika hubungan Tash dan Gibbs pulih kerana pemerhatiannya.
"Baru tinggi suara sikit takkan nangis dah?"Ray meraup wajahnya yang keserabutan.
"Maybe hati dia lembut,or ada benda yang pernah jadi dalam hidup dia yang buat dia trauma orang tinggi suara kat dia.Kau pepandaila cari tapi yang penting esok kau cakap baik baik dengan dia.Aku nak suruh kau minta maaf kat dia pun tak boleh sebab kau mana pernah minta maaf kat orang."
"Eh cakap pasal trauma,petang tadi aku ada terselak.."belum sempat Gibbs menghabiskan ayat,Ray sudah menguap.
"Wei sambung esok boleh tak?Aku ngantuk dah do.Night!"
Gibbs hanya terpinga lalu mengangguk.
YOU ARE READING
Just for a day
Teen FictionBougainvillea International School,atau lebih dikenali sebagai Perfecto School,terkenal di kalangan pelajar sekolah lain kerana pelajar sekolah itu sendiri. Penuh dengan pelajar yang kaya,perkhidmatan sekolah yang sempurna,atlet yang aktif dan berga...