LAPAN

521 99 8
                                    

Kepalanya ligat berfikir. Sesekali dia melepaskan keluhan berat. Dia memicit pelipisnya dengan hujung jari telunjuknya. Kepalanya  terasa pening dan berpusing, dia menyandarkan tubuh ke sebuah sofa dan memejamkan mata.

Carl cuba memeras otak. Namun, dia buntu. Carl tidak akan sesekali henti berdoa.Carl tetap berharap agar Tuhan melindungi Aisya.

Sejak kejadian itu, Carl tidak senang duduk. Fikirannya kusut, mana mungkin dia akan berdiam diri tanpa bertindak apa-apa. Rasa benar-benar kesal dengan dirinya sendiri.

Percuma kalau dia handal dalam pertahankan diri. Namun, tak mampu melindungi orang yang sudah pun dianggap penting dalam hidupnya.

'Kau gagal, Carl!' Bisikan suara itu seakan-akan mahu menyalahkan dirinya sahaja. Perasaan berkecamuk melanda hatinya.

Saifuddin juga bekerja keras, tangannya tidak henti mengetik papan kekunci laptop. Seharian suntuk, dia langsung tak makan. Saifuddin kasihan dengan teman wanitanya, Sofea. Gadis itu tanpa henti teresak-esak menangis. Lantas, Sofea mencapai beberapa helaian tisu dan mengelap juraian air mata yang meleleh di lurah pipinya.

"Sofea, kau janganlah macam ni..." pujuk Saifuddin nada lembut. Dia lelaki, mana reti pujuk orang perempuan.

Pantas Sofea mengerling tajam ke arah Saifuddin. Inilah orang kata, lelaki tak pernah nak memahami seorang wanita.

"Kau suruh aku sabar?" Sofea menyoal dengan nada marah.

Saifuddin menggaru leher. Perasaan serba salah menyelubungi dirinya.

"Kau tahu tak, yang hilang tu siapa? Yang hilang tu Aisya, adik aku!" Suara Sofea naik seoktaf. Bunga-bunga kemerahan yang mulai membenih di wajahnya jelas kelihatan. Saifuddin pula hilang kata-kata.

Sofea hanya menghela nafas berat. Dia tak sepatutnya jadi begini. Dia seharusnya kawal emosi. Dia perlu kembalikan semua semangatnya dan mencari bangkai-bangkai yang durjana itu.

Belum sempat Saiffudin ingin membalas. Tiba-tiba kedengaran pintu bilik diketuk. Carl memandang kedua-dua kawan teman sekerjanya  silih berganti. Dahi Carl berkerut.

"Saif, kau tak buat kerja ke?"

Saifuddin terpinga-pinga.

"Bukan ke aku dah pesan pada kau, hari ini aku tak  nak sesiapa pun ganggu aku?" soal Carl mendatar. Dia menatap Saifuddin dengan dingin.

Saifuddin hanya tersengih kambing.

"Maaf Tuan." Saifuddin tidak berani menatap wajah dingin itu. Lelaki itu sangat dia hormati. Kalau tanpa ihsan keluarga Carl. Mungkin sekarang keluarganya masih lagi terperangkap dalam genggaman Ah Long.

"Buka," arah Carl.

Saiffudin akur tanpa membantah. Tombol pintu dipulas, perlahan Saifuddin membuka daun pintu. Jelas mata Saifuddin membulat. Terkesima seketika.

Datin Janet...

Wanita berusia 40-an yang angkuh itu memandang Saiffudin dengan jengkel.

Datin Janet membetulkan cermin mata berjenama Prada dengan penuh gaya. Perlahan-lahan membuka langkah menghampiri anak saudara kesayangannya. Iaitu Carl.

"Carl, my honey. Kesayangan yímā (mak cik)!" Datin Janet berteriak suka memanggil anak saudaranya yang tinggi lampai. Arwah Tengku Rahmat benar-benar pandai mendidik anak bujangnya. Lihatlah sekarang Carl sudah membesar dengan hebat.

"Āyí, qiú qiú nǐle! xǐhuān (Mak cik, tolong hentikan! Saya tak suka)." Carl menepis muka Datin Janet dari terus-menerus mencium pipinya. Dia sudah dewasa dan dia cukup tidak suka dengan cara Datin Janet melayaninya. Cukup memalukan!

Wanita berusia itu muncung sedepa.

"Yímā dah lama tak jumpa you, mestilah yímā rindu sangat dekat you, Carl..." Datin Janet memeluk tubuh. Wajahnya mencuka.

Carl diam, manakala Sofea dan Saifuddin masing-masing tergelam dalam kesibukan mereka sendiri. Tidak dinafikan, mereka berdua boleh diharap. Carl hanya menjemput Datin Janet, ibu saudaranya agar duduk berhadapan dengannya.

Kerana Carl tahu tujuan Datin Janet datang ke sini bukan hanya mahu bertemu dengan dia sahaja. Pasti ada tujuan yang lain.

"Yímā hauslah, Carl," adu Datin Janet kepada Carl.

Carl memanggil Sofea, menyuruh gadis itu menghidang secawan minuman untuk Datin Janet. Sofea bagaikan tidak bertenaga hanya mengikut sahaja.

"Carl, masalah memang sering memburu kita. Tapi."

Carl merenung matanya dengan selirat tanda tanya.

Datin Janet menjeda seketika, dia hanya membiarkan Sofea menghidangkan secawan kopi panas untuknya terlebih dahulu. Setelah selesai, Datin Janet mulai bersuara menyambung perbualan yang sebentar tadi tergendala.

"Tapi, hendak tak hendak. Kita harus tempuhi segala masalah yang mendatang. Memang senang, sebab yímā hanya berkata-kata. Tapi Carl, When you feel like stopping, think about the reasons why you started." Cetusan kata-kata yang menusuk jauh ke sanubari. Carl terpana. Carl tetap Carl. Wajahnya masih tanpa riak. Dia terangguk-angguk perlahan.

"We’d better finish what we started. Stopping in the middle is not an option," ujar Carl sambil tersenyum lebar. Datin Janet melakar segaris senyum.

"Inilah barulah Carl, yang yímā kenal..."

Penulis: Xerlickmentos58 xerlickmentos58

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Penulis: Xerlickmentos58 xerlickmentos58

AMARAH SANG PEWARIS (COMPLETED)Where stories live. Discover now