SEBELAS

431 93 2
                                    

Lengan Carl yang terlindung dengan jaket ditarik untuk dibawa lelaki itu bersembunyi bersamanya di sebalik susunan kotak-kotak kayu itu.

"Carl! Kau okay ke?" Suara Saifuddin bertanya cemas kedengaran melalui earbuds yang dipakai Carl.

"Bahu belakang aku kena tembak tapi aku okey je," jawab Carl dengan suara yang menahan sakit, kedudukannya yang bersandar di kotak dibetulkan sedikit.

Bang! Bang! Bang!

Berdas-das tembakan dilepaskan ke arah tempat di mana mereka sedang bersembunyi oleh si penjahat. Carl dan Aisya berusaha berlindung daripada terkena tembakan.

Carl mengeluarkan kepalanya sedikit sebelum berbalas tembakan dengan orang yang menyerang mereka.

"Carl aku masuk ke sana sekarang juga. Kau dan Aisya bertahan," kata Saiffudin sebelum dia mematikan earbudnya tanpa sempat Carl membalas.

Mata Aisya tertancap pada belakang bahu Carl yang mengalir darahnya seperti tidak mahu berhenti. Laju dia mencapai sehelai kain yang terselit diantara kotak-kotak tersebut lalu tangganya lincah mengoyakkan kain tersebut sebelum diikat pada bahu Carl untuk memperlahankan pendarahan.

Tembakan yang tadinya rambang dilepaskan tiba-tiba terhenti. Tidak lama selepas itu muncul Saifuddin dalam keadaan tergesa-gesa.

"Kamu berdua okey kan? Jom kita perlu beredar dari sini cepat," ajak Saiffudin. Tangannya terus memapah Carl yang berusaha untuk bangun.

Tanpa berlengah mereka bergerak untuk keluar dari tempat itu sebelum lebih ramai penjahat muncul namun tiba-tiba Carl menjerit lantang nama Saifuddin diserta dengan tubuh Saifuddin yang jatuh akibat ditolak.

"Carl!"

"Abang Carl!"

Nyaring jeritan Aisya dan Saiffudin.

Membeliak bebola mata Saifuddin apabila melihat tubuh Carl yang rebah tidak sedarkan diri di tanah dengan darah yang mengalir dari kepala.

Sebentar tadi Carl melihat ada orang yang ingin melibas ke kayu ke arah Saifuddin lalu dia menolak Saifuddin ke tepi namun malangnya libasan kayu itu terkena kepalanya pula.

Kepala Saifuddin mendongak ingin melihat gerangan yang berani memukul Carl.

"Syed?" Saifuddin terjerit, lantang selepas melihat siapa pelaku tersebut. Aisya yang melihatkan itu juga terbeliak, tidak percaya!

 Aisya yang melihatkan itu juga terbeliak, tidak percaya!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Penulis: Anis Zainal anis_zainal

AMARAH SANG PEWARIS (COMPLETED)Where stories live. Discover now