EMPAT BELAS

499 86 14
                                    

"Jadi... yang aku nampak terima duit dari Puan Janet tu... Shah dan Khairi la?" soal Sofea sambil menggaru kepalanya.

"Ye bukan aku yang teri... eh?" Setelah menghadam kata-kata Sofea. Syed dan Saifuddin terkejut. Setiausaha Carl pun pembelot?

"Abang aku juga terlibat?" Nada suara Saifuddin naik seoktaf. Otaknya bercelaru. Kenapa abangnya terlibat sekali ni! Lepas ni siapa lagi nak belot dia? Kucing dia?

Sofea menganggukkan kepalanya. Carl menepuk dahi. Aduh... kenapa orang yang paling dia percaya belot dia? Patutlah plan A dia gagal! Setiausahanya pun ikut jejak Shah!

"Apasal semua keluarga kau belot aku ni?" tanya Carl.

"Apa? Kau nak tuduh aku pula belot kau kejap lagi ke!" marah Saifuddin. Dia bukan kesah sangat dengan harta. Harta dunia sementara je. Bukan boleh bawak masuk kubur pun!

"Ke situ pula kau ni..." Carl melepaskan keluhan halus. Susah juga dapat kawan sensitif ni. Carl terkejut melihat Sean cuba tikam Aisya dari belakang. Saifuddin turut terkejut apabila Khairi menghalakan pistol ke arah Sofea.

"Aisya!"

"Sofea!"

Serentak dengan jeritan itu. Saifuddin berlari mendekati Sofea. Carl menjadikan tubuhnya sebagai pelindung Aisya.

Argh!

Saifuddin mengaduh sakit apabila sebutir peluru terkena di pinggangnya.

"Kau dah tahu semuanya. Lebih baik kau semua mati!" Keresahan hadir dalam hati Sofea apabila Khairi ingin melepaskan tembakan. Melihat pistol di sebelah kakinya. Sofea terus mengambil pistol itu lalu melepaskan tembakan.

Akhirnya, tubuh Khairi tumbang. Peluru tidur. Jadi lelaki itu tak mati.

"Carl!" Mata Aisya terbeliak apabila melihat Sean menikam Carl sedalam 2 inci. Carl mengenggam tangan Sean sebelum Sean mendalamkan lagi tikamannya. Perut Sean ditendang kuat oleh Carl. Sakit di perut akibat kena tikam ditahan.

Sean ingin menujah perut Carl. Namun Carl sempat mengelak. Carl terus membalas serangan. Carl menujah dan menumbuk tubuh Sean. Gerakan Carl terus terbejat apabila sakit kena tikam menguasainya.

Sean tersenyum sinis. Belum sempat dia menggunakan peluang ini untuk menujah perut Carl. Aisya memukul tengkuk Sean. Sean terus pengsan.

Melihat Carl tumbang membuatkan Aisya bertambah cemas.

"Carl!" Aisya terus mendekati Carl. Melihat mata Carl terpejam membuatkan Aisya ketakutan. Dia memeriksa pernafasan Carl. Air matanya mengalir apabila Carl tidak bernafas.

"Carl!" Air mata Aisya semakin galak mengalir. Tubuh Carl digoncang.

"Bangun Carl... Jangan buat saya rasa bersalah. Carl..." Hatinya terpukul sayu. Kenapa Carl lindunginya sampai macam ni?

"Bangunlah... Saya janji saya akan buat saja. Janji, awak bangun..." sayu sahaja nada suara Aisya. Matanya terpejam. Dia diserang rasa bersalah. Hatinya pedih.

"Kalau macam tu. Cakap I love Carl dulu."

"Ya. I love... eh?" Aisya terus mencelikkan matanya apabila dia mendengar suara seseorang. Mukanya merona merah apabila melihat Carl tersengih.

"I love you too..." Carl terus mengenyitkan matanya. Hati Carl bahagia apabila melihat muka Aisya bertambah merah. Kenapa Cik Detektifnya comel sangat?

"Aduh! Aduh!" Carl mengaduh sakit apabila Aisya menumbuk dadanya bertubi-tubi. Tumbukan Aisya sangat kuat!

"Bencilah dengan awak ni!" Suara Aisya meninggi.

"Tak apa, saya suka awak." Carl tersenyum nakal.

"Kalau Encik Carl adik saya. Bolehlah merisik. Nanti saya bagi alamat rumah mak ayah saya," usik Sofea.

"Kakak..." Mulut Aisya panjang sedepa. Kemudian dia berpeluk tubuh. Bengang apabila Sofea mengusiknya.

Polis dan ambulans tiba di situ. Semua penjahat telah diberkas. Carl dan Saifuddin terus dibawa di hospital.

 Carl dan Saifuddin terus dibawa di hospital

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Penulis: Syafia_Fasihah Syafia_Fasihah

AMARAH SANG PEWARIS (COMPLETED)Where stories live. Discover now