"Shit!"
Carl duduk bersandar di sebalik kereta. Bunyi tembakan masih kedengaran. Pistol yang terselit di pinggang dikeluarkan lalu digenggam kemas.
Perlahan-lahan Carl merangkak ke kereta sebelah. Kemudian, kepalanya dikeluarkan sedikit. Ingin melihat posisi pihak musuh.
"One, two, three." Setelah memastikan kedudukan musuhnya, Carl menghalakan muncung pistolnya ke arah musuh yang paling dekat. Dengan penuh yakin, picu ditekan.
Bam!
Headshot.
Pihak musuh yang tidak menjangka Carl mempunyai senjata mulai panik. Mata mereka meliar mencari di mana tempat persembunyian Carl.
Carl kembali menghalakan muncung pistolnya ke arah pihak musuh.
Bam!
Seorang lagi rebah.
Melihat rakannya yang seorang lagi rebah, lelaki yang terakhir semakin panik. Tangannya terketar-ketar memegang pistol. Fokusnya hilang.
Tanpa berlengah, Carl segera melepaskan tembakan ke arah lelaki yang terakhir.
"All clear." Kata Carl kepada Khairi yang masih membisu akibat terkejut di talian.
Penulis: FaithLuz faith_luz
YOU ARE READING
AMARAH SANG PEWARIS (COMPLETED)
AcciónChe Puan Elizabeth John Abdullah dibunuh kerana harta peninggalan Tengku Rahmat. Demi menuntut bela kematian mamanya, Carl Dylan pulang ke Malaysia. "Carl akan cari pembunuh mama sampai dapat!" - Carl Dylan. Dalam misi pencarian petualang yang menye...