SATU

1K 140 37
                                    

Puput bayu membelai lembut kulit muka seorang jejaka tampan bertubuh tinggi lampai yang sedang duduk bersila di tepi sebuah pusara. Alunan ayat suci al-Quran meniti lancar di bibirnya. Hatinya dipagut sayu dan sendu. Sudah lima bulan lamanya arwah Che Puan Elizabeth John Abdullah bersemadi di alam sana.

"Mama, Carl takkan berputus asa cari pembunuh mama." Dia memegang lembut batu nisan yang diukir nama mamanya dengan tinta berwarna emas.

"Carl rindukan mama." Dia mengukir senyuman pedih.

Air mata jantannya diseka agar tidak tumpah ke tanah. Dia perlu kuat. Mamanya telah pergi menghadap Ilahi dalam keadaan tragis. Keadaan keluarganya pula huru hara dengan perebutan harta semakin sengit.

Ini semua berlaku kerana almarhum ayahandanya tidak meninggalkan wasiat. Betul, harta perlu dibahagikan mengikut faraid. Tapi, nak buat macam mana apabila semua kaum kerabat menentang keras pembahagian harta mengikut faraid.

Senang kata, mereka menentang hukum Allah. Oleh sebab itulah, mamanya dibunuh kejam. Malam itu bermandi darah. Dia, Carl Dylan pula terselamat kerana tidak berada di Malaysia ketika itu. Jadi, apa perlu dia buat?

"Tuan Muda, jom." Khairi, setiausahanya mengajak pergi dari situ.

"Apa cerita dengan Datin Janet?" tanya Carl. Dia bangun dari duduknya lalu berjalan ke kereta.

"Datin? Haih. Nampaknya kes semakin rumit," jawab Khairi.

Jawapan daripada Khairi membuatkan Carl menarik nafas panjang. Kepalanya didongak ke langit biru. Tak sangka adik ipar kepada almarhum ayahandanya yang berketurunan Cina tersebut berani melanggar undang-undang negara.

"Sofea?" tanyanya pula kepada Khairi. Spek hitam di tangannya dipakaikan ke mata.

"Saya dah uruskan. Tunggu je berita daripada dia," jawab Khairi. Tenang.

"Good." Carl merampas anak kunci kereta dari tangan Khairi lalu memboloskan badannya ke dalam kereta.

"Aku nak bersendirian. Kau pandai-pandailah balik sendiri. Bye!" Usai menuturkan ayat tersebut, pantas Carl menekan pedal minyak.

Vrom!

Sempat matanya dikerling ke arah figura Khairi yang semakin mengecil. Nampaklah tangannya terawang-awang di udara dan mulutnya terbatuk-batuk akibat disembur oleh debu tanah sebaik sahaja dia memecut laju kereta BMWnya meninggalkan kawasan perkuburan tersebut.

"Nasib kaulah Khairi..." Carl tersenyum sinis.

Penulis: Angel_k20 Angel_k20

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Penulis: Angel_k20 Angel_k20

AMARAH SANG PEWARIS (COMPLETED)Where stories live. Discover now